Rasanya tidak terlambat saya mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha. Kebiasaannya ketika menyambut hari perayaan, rutin harian aktiviti blogging akan sedikit terganggu. Entri ini adalah sambungan dari gambar ‘motherboard’ yang saya letakkan didalam Wordless Wednesday JebengOtai. Sebenarnya saya ingin ‘survey’ dan mencari-cari ‘motherboard’ yang sesuai untuk PC adik saya yang telah rosak terbiar disudut bilik. Sayang pula ianya dibiarkan begitu sahaja. Tambahan pula laptop yang saya gunakan ini cepat sahaja kepanasan walhal hanya menonton Youtube sahaja. Saya tidak pasti samada Windows 7 ini tidak sesuai atau serasi dengan spesifikasi laptop saya. Tetapi jika hendak dibandingkan, Windows Vista lebih banyak menggunakan ‘resource’ berbanding Windows 7. Pening juga memikirkan masalah ini. Mengikut aduan yang ditulis di forum Compaq, model seperti CQ40 mudah overheat dan kadang-kadang laptop akan terpadam sendiri untuk mengelakkan komponen meretak atau tidak berfungsi disebabkan kepanasan. Ada yang mencadangkan untuk menebuk beberapa lubang dibawah laptop untuk membenarkan udara sejuk masuk kedalam kerana penggunaan ‘thermal paste’ tidak banyak membantu. Disebabkan kekecewaan itu saya terpaksa mencari ‘motherboard’ baru dan banyak juga fungsi dan spesifikasi baru diletakkan didalam ‘motherboard’ seperti sambungan wifi, dual lan, usb 3.0, quick charge, sokongan ISCSI sehingga 8 SAN dan macam-macam lagi.

Kesimpulannya memang canggih dan puas hati. Begitu juga dengan harganya yang ada boleh mencecah RM3000++. Walaupun jualan gadget mobil banyak mendominasi pasaran, tetapi PC masih lagi relevan untuk tugasan berat yang kadang kala laptop tidak berupaya menjalankannya. Dibawah ini merupakan video klip yang saya dapat daripada Youtube menunjukkan cara-cara untuk membuat tetapan dual lan atau LAN Teaming pada ‘motherboard’ ASUS. Sesiapa yang berminat hendak mencari spesifikasi terkini bolehlah layari Gigabyte.

Jebeng Otaiβ„’

32 Replies to “Tutorial LAN Teaming

      1. Jadi beli ikut kemampuan dan keperluan jer..kalau spec tinggi tapi kegunaan hanya untuk surf internet sahaja cintohnya ..rugi jugak.

  1. salam aidiladha bro.. model cq40 memang begitu… memanas ikut masa..heee. cuma berhati jika terlalu panas, masalah video card cq40 overheat sering berlaku kerana kedudukannya yang built in pada motherboard… pernah menggunakan cooler pad dan tukar internal fan.. namun bertahan 6 bulan aje.. lepas tu “terkorban” elok juga mencegah sebelum parah… sekadar berkongsi..
    irsah recently posted..Mencuri Trafik Keyword Sensasi Panas Guna Frasa Kata RelevanMy Profile

  2. Cq40 memang main problem dia berkaitan dengan display. Kalau opis biasanya pakai LAN 100Mbps jer..jadi pakai cat6 hanya gah untuk nama jer…

  3. selamat hari raya Aidiladha bro, saya pula gunakan laptop Aspire Timeline X yang nipis. Kalau panas tak bising sangat kipasnya. Selain laptop, saya masih gunakan pc lama cuma saya tambah-tambah komponennya seiring perjalanan masa.

  4. Bila baca post bro pasal PC (desktop) ni baru teringat PC saya yang dlm kotak tak dibukak2 sejak pindah tempohari,.. apa cerita pun dah tak tahu.

    BTW, bila DIY barang2 desktop memang seronok & puas hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge