Tong Sampah Lautan

Mungkin tidak ramai menyangka, lautan pada masa kini menjadi tong sampah gergasi untuk umat manusia. Ianya merupakan salah satu pencemaran yang pada saya amat kritikal kerana lautan juga merupakan sumber protein utama kita yang murah dan luas. Jika tiada langkah pencegahan, umpama sampah-sampah dibuang akan masuk kedalam sumber makanan kita dan akhirnya kita akan memakan bahan buangan yang sukar dilerai seperti plastik terutamanya. Belum lagi kandungan merkuri dan bahan kimia yang lain dalam makanan laut kita.

Tong Sampah Lautan : Prototaip Seabin

Andrew Turton dan Pete Ceglinski adalah 2 orang peluncur yang berasal dari Australia. Oleh kerana hobi mereka suka meluncur, mereka kerapkali terserempak dengan bahan buangan seperti plastik dan merasakan amat kecewa sekali dengan keadaan ini. Dan akhirnya bercadang meneruskan projek ‘Seabin’ dimana sistem ringkas untuk memungut sampah-sampah ini secara automatik menggunakan kaedah rekaan mereka. Secara ringkasnya, sistem mereka gunakan ialah mengepam air masuk kedalam tong sampah gergasi mereka. Sampah-sampah yang terapung akan masuk kedalam tong sampah yang direka khas untuk mengumpul sampah terapung ini. Air laut yang dipam masuk akan di salur keluar semula ke lautan. Pada saya ianya sangat praktikal tidak perlu menggunakan tenaga manusia dan rekaan yang ringkas sedia untuk digunakan serta merta. Walaupun begitu saiznya yang agak kecil sesuai untuk pelabuhan, marina dan tempat-tempat rekreasi.

tong sampah lautan

Tong Sampah Lautan : Prototaip Boyan Slat

Berbeza dengan Seabin, Boyan Slat lebih menumpukan pada sampah atau serpihan plastik yang telah melalui proses peleraian dari plastik besar kepada serpihan plastik. Walaupun begitu ianya masih lagi plastik dan kebanyakkan haiwan liar dilautan menganggap serpihan plastik ini adalah makanan. Mengikut perkiraan dibantu beberapa orang profesor untuk mengira berapakah jumlah jangkaan serpihan plastik ini 5 ‘gyre’ utama. Amat memeranjatkan jumlah terkumpul ialah lebih kurang 7.5 juta tan dan memerlukan ribuan tahun untuk dibersihkan. Idea dan konsep Boyan Slat adalah meletakkan beberapa atau sejumlah 24 modul secara zig zag pemerangkap serpihan plastik atau sampah pada kedudukan tetap di 5 ‘gyre’ lautan ini. ‘Gyre’ atau bahasa mudahnya arus lautan akan melalui penapis ini dan proses ini tidak memerlukan ribuan tahun untu dibersihkan. Malah disingkatkan dan dijangka mengambil masa 5 tahun sahaja. Hanya perlu menggunakan proses semulajadi ‘gyre’ untuk membawa serpihan-serpihan ini ke modul penapis. Konsep ini sangat efisien, penjimatan wang dan bahanapi sekaligus membersihkan lautan.

tong sampah lautan

Tong Sampah Lautan : Diri sendiri

Didikan berkenaan kesejahteraan dan kebersihan alam sekitar juga perlu untuk generasi akan datang. Seiring dengan kaedah atau idea pembersihan lautan, kedua-duanya adalah perkara yang penting. Bagi diri sendiri pula, kita perlu mengurangkan penggunaan plastik atau membuang sampah-sampah ke sungai yang akhirnya akan dibawa ke lautan. Tanggungjawab kebersihan alam sekitar sememangnya tugas setiap orang dan bukannya hanya pada bahu PBT atau kerajaan semata-mata

Jebeng Otai™
muda2 lagi dah buat rekaan berimpak global…dsyt 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.