Apa itu TLD? Istilah ringkas TLD atau ‘top level domain’ adalah perkataan terakhir pada domain yang kebiasaan adalah seperti .com,.org,.net dan beberapa perkataan lagi yang yang telah digunakan sejak awal lagi. Pada Januari 2012, ICANN telah membuka permohonan gTLD atau ‘generic top level domain’ seperti .club,.aero,.shop dan lain-lain lagi kepada sesiapa individu atau syarikat dengan bayaran USD 185,000. Sehingga Jun 2012, sebanyak 2000 permohonan telah dibuat.
TLD vs gTLD : Unik
Penggunaan gTLD baru ini memberi penjenamaan semula yang unik kepada laman sesawang kita. Domain gTLD seperti .blog,.shop dan lain-lain lagi, memberi kelainan dan membezakan laman sesawang kita adalah blog dan bukannya laman sesawang lain seperti syarikat, kedai atau lain-lain pertubuhan yang bercampur dibawah domain .com.
TLD vs gTLD : Tujuan
Tujuan laman sesawang dapat disampaikan dengan mudah melalui domain sahaja. Domain .blog sebagai contoh memberi tanggapan awal ianya adalah blog persendirian dan bukannya persatuan, kelab atau pertubuhan lain. Secara peribadi, agak menarik juga jika saya menggunakan JebengOtai.blog π
TLD vs gTLD : Harga
Faktor utama yang menjadi keutamaan kepada para pengguna iaitu faktor harga. Berbeza dengan domain .com, ada pendapat mengatakan harga untuk gTLD ini sedikit mahal dari TLD biasa. Ini kerana pengguna domain .com atau TLD yang lain lebih ramai berbanding gTLD. Sebagai contoh domain .club digunakan untuk penjenamaan kelab-kelab masing-masing. Kelab-kelab ini sangat sedikit berbanding pemilik laman sesawang individu.
TLD vs gTLD : Kekangan
Banyak dokumen berkaitan diperlukan untuk pendaftaran domain sebagai contoh .aero, .intl dan lain-lain lagi. Pemilik perlulah terlibat dalam bidang penerbangan atau mempunyai dokumen pengesahan untuk membenarkan domain tersebut dibeli. Proses yang rumit mungkin akan menyulitkan pemilikan domain gTLD ini dengan tujuan untuk mengelakkan penyalahgunaan domain gTLD tersebut.
Gtld..mahalnye boleh tahan..hehe..tp kalau betul2 minat dan mampu bawa blog ke tahap lebih super power..kos bukan halangan…betul tak bro JO?
kalo kene gaya mmg leh jenamakan semula blog atau lain2..bro x nak cuba ke?hehe
aku still lebih suka guna dot com. haha..
senang kalau nak flip nanti.
btul jgak tu..leh pelbagai..huhu
.net dan . com aku ada pakai hehehe
sy teringin nk pki .shop ngn .blog , mcm best la.. π