Tajuk kali ini nampak menarik sekali. Tiada kena mengena dengan pertandingan GP Joran atau mana-mana pasar basah yang menjual ikan bilis ataupun jerung. Tips kali ini sebenarnya bukanlah petua untuk perniagaan online tetapi lebih kepada perkongsian pengalaman ketika ini yang dialami saya sewaktu mengendalikan Butik M7. Pelbagai ragam dan masalah saya hadapi sepanjang 2 bulan saya bergiat aktif menguruskan Butik M7. Ragam pelanggan, masalah stok, tersalah hantar dan bermacam-macam lagi telah saya lalui. Mujurlah pengalaman sebelum ini boleh dijadikan sandaran untuk melalui situasi sebegini. Namun begitu, pengalaman yang ada tidak mencukupi dan berdepan dengan jerung besar memang sesuatu yan tidak saya sangka. Jika tidak silap fakta sains, jerung boleh menghidu setitis darah dilautan dalam lingkungan jarak puluhan batu dari titisan tersebut. Perumpamaan sebegini memang sesuai digunakan kerana peluang menjadi dealer M7 menjadi rebutan ramai peniaga. Potensi produk ini sangat tinggi dengan meningkatnya populariti dutanya serta banyak acara dianjurkan pihak pembekal.

tips perniagaan online
Jerung vs Ikan Bilis di Lautan

Tips Perniagaan Online : Jerung 1 – 0 Ikan Bilis

Saya akui saya kalah dari segi modal dan wang ringgit untuk membeli stok dan produk untuk dijual. Saya juga menerima keluhan dari rakan-rakan peniaga produk ini ada yang mengatakan salah seorang dutanya telah melabur begitu banyak wang untuk membeli produk tersebut untuk dijual di Kuala Lumpur. Saya tidak pasti ianya khabar angin atau benar-benar berlaku. Walaupun rasa tidak puas hati, tetapi saya tiada hak untuk menghalang mereka kerana secara lumrahnya siapa yang mempunyai modal, dialah yang berjaya.Hakikat yang kejam yang kebiasaannya terjadi. Pembekal pula lebih tertarik dengan jerung besar ini kerana mengeluarkan modal yang banyak. Tiada siapa yang hendak pandang ikan bilis yang tempahannya cukup-cukup sahaja 2k.

Tips Perniagaan Online : Jerung 1 – 1 Ikan Bilis

Geram dan marah apabila memikirkan jerung ini. Setelah berfikir, saya amati situasi saya sebenarnya tidaklah rugi sangat. Saya juga mempunyai kelebihan menjual produk ini melalui online. Kuasa ‘viral’ tidak boleh dipandang rendah. Ianya sangat pantas, bekerja 24 jam dan jika kita manfaat sepenuhnya, mungkin ikan bilis seperti saya dapat mengalahkan sang jerung yang rakus memonopoli perniagaan. Mungkin saya boleh menawarkan harga yang lebih murah dan produk yang dibeli dihantar terus ke rumah tanpa perlu pergi ke Kuala Lumpur semata-mata membeli 2-3 helai t-shirt. Bermacam-macam strategi telah dirangka bersama rakan-rakan untuk menghadapi jerung ini. Apa yang boleh saya nasihatkan ialah jangan gelabah atau panik menghadapi situasi-situasi yang tidak diduga seperti ini. Ianya memberi satu pengalaman baru yang berharga yang boleh digunakan kelak.

Jebeng Otaiβ„’

70 Replies to “Tips Perniagaan Online : Jerung Lawan Ikan Bilis

  1. Macam-macam dugaan bro. Bukan saja berniaga, dalam apa bidang pun pasti ada dugaannya. Harap bro boleh lawan jerung-jerung tu semua.

  2. Sebab itu pengalaman berniaga banyak mengajar macam mana jerung ni berniaga, sebab esok mana tau kita pulak jadi jerung dalam perniagaan pulak, masa tu kena ingat bilis pulak…Insyaallah..
    Note:Suka makan ikan bilis goreng jer…

  3. dalam berniaga itu sudah jadi lumrah kan bro hehehe.:) kena tau bagaimana nak lemahkan jerung tu baru la kita boleh jadi jerung nanti hehehe

  4. Sudah menjadi lumrah perniagaan pasti ada persaingan, tetapi jika kita seringkali menganalisa, pasti banyak kelebihan menjadi ikan bilis juga. “Ruangan kecil” yang tidak dapat di capai jerung-jerung ini memberikan kita selaku ikan-ikan bilis untuk meneroka kawasan tersebut dan tanpa kita sedari, “ruangan kecil” ini adalah lubuk yang dicari para penggiat perniagaan.
    Eizil recently posted..Cerita di hujung mingguMy Profile

  5. Nampaknya jurus kreativiti harus dikeluarkan dan sealiran ikut perkembangan semasa. Dalam apa jua perniagaan, risiko, modal dan masa adalah musuh utama, baik off atau on line (selain jerung dan ikan paus) Cuma jika distrategi, planning dengan efisyen serta menggunakan ilmu (kepakaran yg ada), sudah pasti dapat mengatasi sesuatu masalah dengan berhemah dan relevan.

    Orang puteh ada kata, too be better in business and whatever you do, is to stand in front of your competitor , not walking behind his shadows. When they want to create war, make sure you’re ready with the battle plans… Harap membantu…
    irsah recently posted..Shopping Cart-My: Tutorial Integrasi Themes Blogger Kedai On-Line PercumaMy Profile

  6. Lumrah berniaga bro. Bila org nampak peluang memang diorang akan rembat. Terpulang kepada kreativiti & usaha kita utk bersaing.

  7. Pernah kawe buat bisness dulu… Ianya pertama di tempat kawe.. Kawe ler perkenalkan he he.. Harga kawe offer RM 5 satu. Ikut kos dan sebagainya. Sekali jerung masuk market, dia kasi turun kan harga jadi RM 1.50 mahu kasi kita mampus dulu… Hmmm…
    Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..The NEW Apple iBookMy Profile

  8. tidak apa bro, perniagaan memang begitu. Sekejap ada. Sekejap tidak ada. Depends dengan market juga. Syarikat-syarikat besar juga tidak lari dari situasi ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge