Tips Menurunkan Berat Badan

Jangan terperanjat jika Malaysia termasuk diantara ’10 Negara Paling Malas di Dunia’ dalam 1 video klip di Youtube. Pada awalnya, saya rasa terkejut. Hampir 60% penduduk Malaysia dikatakan malas. Sebelum itu, jangan salah faham kerana ‘malas’ yang diperkatakan bukannya malas bekerja. Senarai tersebut merupakan senarai penduduk yang aktif bersenam. Ada benarnya juga apa yang ingin disampaikan video klip ini. Saya berpendapat dari sudut positif mungkin disebabkan kesibukan bekerja, menguruskan rumah tangga dan lain-lain lagi menyebabkan kita sebenarnya ‘malas’ untuk bersenam. Lebih-lebih lagi kadar obesiti semakin meningkat sehinggakan golongan muda juga termasuk didalam kumpulan risiko obesiti. Berbagai faktor memberi sumbangan mengapa penduduk Malaysia ‘malas’ bersenam. Walaupun senaman itu tidak wajib, tetapi ia membantu mengurangkan berat badan. Entri ini saya ingin kongsikan tips menurunkan berat badan versi JebengOtai. Saya bukanlah pakar nutrisi atau diet tetapi boleh dicuba kerana ia tidak melibatkan bahan kimia atau diet yang keterlaluan.

Tips Menurunkan Berat Badan : Applikasi MyFitnessPal
Jujur saya tidak pernah ambil tahu berapa kalori sepinggan nasi, lauk pauk dan sayur-sayuran. Ada makanan yang mempunyai kalori tinggi dengan saiz hidangan yang kecil. Contoh seperti makanan ringan, makanan segera dan lain-lain lagi. Jika kita membaca fakta nutrisi atau ‘Nutrition Facts’ di label pembungkusan kita boleh memantau berapa banyak kalori yang kita ambil untuk 1 sajian tersebut. Kenapa kalori penting? Kalori pada makanan penting untuk badan kita menghasilkan tenaga untuk digunakan tubuh badan kita. Tetapi jika diambil berlebihan dari BMR atau kadar metabolisma, ia akan ditukar menjadi lemak. Aplikasi ini bagus untuk kita memantau apa yang kita makan. Ada beberapa kajian, mereka yang merekod makanan yang mereka makan boleh menurunkan berat badan.

Tips Menurunkan Berat Badan : Saiz Hidangan
Saiz hidangan atau ‘serving size’ ini sebenarnya sangat penting. Saiz hidangan yang disarankan untuk sesuatu hidangan boleh juga didapati di label bungkusan makanan. Sebagai contoh ketupat segera Adabi. Berat keseluruhan paket ketupat ialah 600g, saiz hidangan untuk 1 sajian yang disarankan ialah 60g sahaja iaitu bersamaan 3 peket ketupat segera. 3 peket ketupat segera itu sahaja sudah menyumbang 210 kalori tidak temasuk lauk pauk dan sayur-sayuran. Kita selalunya terlebih saiz hidangan lebih-lebih lagi diwaktu perayaan. Contoh lain seperti coklat Kisses Hershey’s, saiz hidangan ialah 9 biji coklat sahaja sudah menyamai kalori semangkuk nasi. Prihatin kepada label makanan boleh membantu kita mennguruskan masalah berat badan.

Tips Menurunkan Berat Badan : Kurangkan Gula
Gula dipercayai memainkan peranan masalah berat badan. Semua makanan yang kita makan akan dicernakan dan ditukar kepada tenaga untuk digunakan oleh organ badan seperti nutrien karbohidrat, lemak dan protein. Gula tergolong dalam karbohidrat ringkas, ia mudah dicerna dan jika berlebihan ia akan ditukar kepada lemak. Kita harus berwaspada dan sekali lagi kita perlu membaca label. Kebanyakkan produk rendah lemak, dimasukkan gula tambahan untuk memberi rasa kepada makanan tersebut. Kita selalu mengambil gula berlebihan tanpa disedari berbanding yang kita lihat.

Tips Menurunkan Berat Badan : Bersenam
Sebenarnya, kita perlu mengurangkan pengambilan kalori dan meningkatkan aktiviti penggunaan kalori. Jika ‘calorie in’ lebih kecil dari ‘calorie out’, berat badan kita akan turun lebih cepat. Salah satu caranya ialah bersenam. Walaupun pengambilan kalori atlit Olimpik boleh mencecah 9000 kalori atau lebih 5 kali ganda dari manusia biasa, tetapi mereka berlatih sepanjang hari dan memerlukan tenaga untuk latihan mereka. Sebab itu mereka tidak berlebihan berat badan. Jika terlalu malas, kita tetap membakar lemak ketika kita sedang tidur, tetapi kadarnya rendah.

Berikut adalah tips ringkas sahaja. Kesimpulannya kita perlu memantau dan bersederhana dalam pengambilan makanan seharian kita. Kita memerlukan nutrien penting dalam makanan dan tidak mahu penyakit yang kita dapat dari pengambilan makanan berlebihan. Pada saya diet yang terlalu ekstrim sebenarnya akan menyusahkan diri sendiri dan akhirnya kita akan berputus asa.

Jebeng Otaiβ„’
nk kene diet jugak la.. T T

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 24 Comments

  1. titan

    payah nak didik orang malas bersenam nih.

    makan aje kuat.

  2. Hafizul

    Emm termasuklah saya..yang malas nak bersenam..hehe..

  3. KKTG

    Mmg betul tu kita ni mls bersenam. Saya buat brisk walking ja, 2x seminggu (10 minit je). Diet saya : mkn heavy breakfast, lunch sederhana & skip dinner atau mkn sikit2 ja. Puasa sekurang2nya 1 hari seminggu. Kena buat gitu sbb saya suka mkn benda2 manis. Setakat ni, Alhamdulillah, BMI & BP normal. πŸ˜€ Takut juga kalau once capai tahap obese, tak blh turun balik.

    1. jebengotai

      btul..kalo bleh breakfast jgn skip..tp kalo ikut diet atkins kita boleh mkn mcm2 tp x gemuk..kene fhm bgaimana proses penghadaman kita berfungsi..kan best leh mkn mcm2 tp x gemuk..huhu

  4. syaifuddin alias

    org skrg payah nak bersenam dah bang ..saya pun susah nak bersenam sebab kerja kerja kerja..hehehe… cewahhh ayat kerja banyak ni ..

    1. jebengotai

      yela..kalo dipikir2kan..xder bz mane pon..huhu

  5. Khairul Zamri

    Malas bersenam kene diet kalau malas diet dan malas bersenam jadi tak tau nk cakap apa hehe

  6. diarysihat

    saje je orang buat2 bz supaya rasa takde mase nak senaman

  7. Dr Fattah

    mari sama sama amalkan gaya hidup sihat.

  8. Dr Fattah

    saya mencari tips menambah berat badan, sebab saya seorang yang underweight.

    1. jebengotai

      kene tingkatkan kadar asas pengambilan kalori.. πŸ™‚

  9. zik

    berat badan dah semakin naik nih…

  10. MDHAFiZ.NET

    nasib baik lh aku metabolisme tinggi. mkn 5 kali sehari pun xde masalah. hehe

  11. MUSADun

    cara senang, masukkan data dalam aplikasi kalori intake (ada banyak laman web matsalleh sediakan app ni).

    Lepas tu, dia akan sarankan berapa kalori kena ambik untuk ;
    1. Maintainkan berat badan
    2. Kurangkan berat badan.
    3. Tambah berat badan.

    so, lepas dah dapat data, cuma perlu monitor je calorie intake setiap hari. insyaAllah matlamat akan tercapai.

    1. jebengotai

      skrng semuanya dihujung jari..nak x nak jer.. πŸ™‚

  12. ridhwan

    hahahha…memang susah kalau nak turunkan berat badan ni kalau da pemalas…makan pun xda kawalan.senaman pun kurang.. nak turunkan berat badan ni mesti rajin-rajin juga la bersenam ,,kawal pemakanan, kalau boleh tak payah nak makn malam..iihi

  13. saps ibubapa

    apa yang penting, monotor kalori..nanti turunlah berat badan

  14. Khairul Zamri

    Kalau dah naik berat badan ni nak turun tu yang sukar tu jadi lebih baik jaga pemakanan agar berat dan saiz badan tak cepat naik mendadak. Nanti seksa esok-esok nak turunkan semula.

  15. permohonan upu

    kawal pemakanan adalah kunci utama untuk turunkan berat badan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.