Tips Membeli Vintage Lens

Selain kita boleh membeli DSLR atau kamera mirrorless terpakai, kita juga boleh memilih atau membeli lensa terpakai. Disebabkan banyak produk lensa untuk kamera dikeluarkan saban tahun, lensa yang tidak diperlukan akan dilelong atau dijual semula pada harga yang lebih murah. Tips kali ini adalah bagaimana untuk membeli vintage lens atau lensa lama yang digunakan pada kamera puluhan tahun yang dulu.

Vintage Lens : Intro

Vintage lens selalunya dioperasikan secara manual. Berbanding dengan lensa moden, vintage lens tidak mempunyai sambungan elektrikal ke ‘body’ kamera. Sambungan ini adalah digunakan untuk menghantar isyarat dari processor ke lens untuk mengawal aperture, autofocus dan fungsi yang lain. Bagi mereka yang ingin mengambil gambar pergerakkan pantas, menggunakan lensa manual adalah tidak digalakkan. Ini kerana lensa perlu difokuskan secara manual dengan tangan. Bagi yang kurang mahir, untuk memfokus gambar akan mengambil sedikit masa. Selain fokus, aperture juga perlu dikawal secara manual. Ini tidak bermakna lensa jenis ini tidak bagus digunakan. Untuk situasi tertentu, ianya ‘outperformed’ lensa moden. Contoh seperti efek bokeh, yang memang senang untuk diambil menggunakan lensa manual.

Vintage Lens : Nilai Sejarah

Setiap lensa lama ini mempunyai ceritanya tersendiri. Contoh seperti SMC Takumar menggunakan bahan beradioaktif pada pembuatan kanta untuk mengurangkan silauan pada gambar. Mungkin pada ketika itu, ianya adalah penemuan teknologi yang terbaik pada masa itu. Untuk lensa ini, nilainya semakin hari semakin mahal, ini kerana lensa yang boleh digunakan atau dalam keadaan sempurna makin berkurangan. Manakala lensa Carl Zeiss Jenna Biotar direka pada tahun 1939 atau lebih kurang 80 tahun yang lalu.

Vintage Lens : Tips Membeli

Senarai semak dibawah merupakan langkah penting sebelum membeli vintage lens.

1. Jenis mount kamera & jenis mount lens
Merupakan langkah yang penting dan kritikal bagi mengelakkan kita berbelanja lebih. Pada masa ini, kebanyakkan kamera telah pun mempunyai adapter OEM yang dikeluarkan dan kita boleh dapatkannya pada harga yang murah bergantung kepada kualiti samada di AliExpress, Lazada, Shopee dan lain-lain lagi. Hampir kesemua mount vintage lens tidak menyokong mount kamera moden. Secara prinsipnya adapter perlu dipasang pada kamera, dan lensa manual di hujung adapter. Sebagai contoh :

Fujifilm X-E1 ( mount fx ) -> adapter fx-m42 -> helios-44m 58mm F2.0 ( mount m42 )

2. Streamline vintage lens
Apa yang hendak saya tekankan, apabila kita sudah memulakan koleksi pertama, kita akan teruja hendak membeli vintage lens yang lain. Jenama-jenama seperti SMC Takumar, Helios, Zenith, Minolta dan lain-lain lagi. Malangnya, ada diantaranya mount lens tidak sama. Dan kita terpaksa berbelanja lebih lagi untuk membeli adapter ring lagi. Saya cadangkan pilih 1 hingga dua mount yang ingin kita beli sahaja. Berikut merupakan tetapan yang saya buat untuk kamera saya :

Fujifilm X-E1 ( mount fx ) -> adapter fx-md -> Sears F2.8 200m ( mount MD @ minolta )
Fujifilm X-E1 ( mount fx ) -> adapter fx-md -> adapter ring ( md-m42 ) -> helios-44m 58mm F2.0 ( mount m42 )

* adapter fx-md boleh diganti dengan focal reducer fx-md untuk format 35mm

3. Tempat survey dan beli
Berikut merupakan senarai survey vintage lens :
a- E-Bay
b- Carousell Malaysia
c- Lazada
d- Shopee

4. Fungus, Haze dan Balsam separation
Antara perkara lain yang perlu diberi perhatian juga. Yelah, jika tidak berhati-hati kita akan rasa rugi pula. Mungkin video dibawah boleh menerangkan keadaan seperti diatas untuk kita belek sebelum kita mula membelinya.

Jebeng Otaiā„¢
helios terbaik la..

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has One Comment

  1. potia casadelarossa

    vintage pon mantap wooo… gambar lagi leleh dgn vintage.. hanya org2 berseni je tau apa itu vintage lens ni…. fuhhh…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.