Tema WordPress Terpantas

Tema WordPress merupakan salah satu perkara yang dititik beratkan oleh para blogger. Selain untuk kelihatan cantik, tema WordPress berperanan memberikan identiti kepada penulis blog. Rekaan dan design yang menarik pastinya akan membuatkan sesiapa sahaja yang melawatnya akan kagum dengan ‘kegerekkan’ tema tersebut. Setiap tema mempunyai fungsinya tersendiri. Tema sperti Thesis dan Genesis mempunyai modul SEO yang terbina didalamnya. Kita tidak perlu memilih plugin SEO yang lain untuk membuat tetapan SEO kepada blog kita. Ia sangat sempurna untuk digunakan oleh para blogger, namun terdapat juga kelemahan yang ketara dalam pemilihan tema ini. Tema mesra SEO ini tidak menyimpan kesemua tetapan SEO yang telah dilakukan ke database. Jika kita menukar tema yang lain, tetapan SEO tadi akan hilang setelah pertukaran tersebut jika kita tidak melakukan ‘backup’ keatas tetapan tadi. Fungsi terbina ini juga meberi kesan negatif kepada blog. Salah satu diantaranya ialah blog tersebut akan loading sedikit lambat berbanding tema yang tidak mempunyai SEO terbina didalamnya.

Tema WordPress Terpantas

Saya telah melakukan sedikit ujian dengan menggunakan tetapan WordPress baru dan tiada plugin digunakan. Hasil keputusan kelajuan blog menggunakan tema tertentu berubah mengikut keadaan tertentu seperti pemasangan iklan, kod analytic, keupayaan server, bilangan plugin dan lain-lain lagi. Ujikaji ini juga dijalankan menggunakan GTMetrix dengan tetapan Sao Polo,Brazil sebagai server.

Tema WordPress Terpantas : Genesis Prose

Teori awal saya meleset sama sekali mengatakan Tema SEO ini akan memberikan keputusan loading blog yang tidak pantas kerana dibebani dengan fungsi terbina SEO. Skor kelajuan yang ditunjukkan pastinya akan dipertingkatkan dengan penggunaan plugin W3TC untuk simpanan cache, dan minify CSS dan Javascript. Rekaannya mudah juga menarik minat saya.Β Page Speed : 93%, Yslow : 95%.

Tema WordPress Terpantas : Genesis Framework

Walaupun Genesis Prose cemerlang didalam ujikaji sebelumnya, kadar kelajuan Genesis Framework pula tidak seperti Genesis Prose. Ianya lebih lambat dan keputusannya adalah seperti dibawah. Tema ini masih lagi berpotensi untuk laju dengan penggunaan plugin tertentu , cara dan teknik yang sesuai.

Tema WordPress Terpantas

Tema WordPress Terpantas : Thesis

Pastinya ujikaji yang ditunggu-tunggu. Tiada tetapan dan kod analytic dimasukkan sama seperti tema sebelumnya untuk menguji kepantasan tema Thesis ini. Keputusannya hampir sama dengan Genesis Framework. Masalah kelajuan ini masih lagi boleh ditingkatkan dengan beberapa plugin yang sesuai. Tidak hairanlah kenapa ianya loading dengan perlahan adalah disebabkan ‘script’ yang perlu dimuatnaik sebelum dapat dipaparkan kepada pengguna. Page Speed : 83%, Yslow : 96%.

Tema WordPress Terpantas : Twenty Eleven

Tema ini begitu ringkas. Ianya tiada fungsi terbina SEO atau framework dan hanya tema semata-mata. Ia memberi kelebihan kepantasan berbanding tema yang telah diuji sebelum ini. Ujian ini memeranjatkan saya. Jika kita menggunakan plugin untuk membuat tetapan cache ianya pasti akan menjadi lebih tinggi. Ia memerlukan kreativiti para blogger untuk menghias dan melakukan pengubahsuaian seperti blogΒ Cikgu Hairul. Skor yang diperolehi agak tinggi berbanding tema Genesis : Prose, iaitu dengan keputusan Page Speed : 96% , Yslow : 96%.

Jebeng Otaiβ„’

rasa mcm nk tukar tema lak..hehe

p/s: kesemua keputusan kelajuan loading ini adalah menggunakan instalasi WP yang baru, tiada plugin dan tiada banner.

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 77 Comments

    1. hafizmd

      Mungkin ada. Kita tunggu kot2 adai blogger yg sudi berkongsinya nanti =)

      1. JebengOtai

        tu aa..mesti ade nya..best of the best theme..hehe

        1. cik tom

          owh means twenty eleven punya theme pantas ye…tp dh cmpr aduk iklan n smua efek jgk pd loading ye cam blog ciktom..huhu

          1. JebengOtai

            aah la..kdg2 xder css selector buatkan loading tu lambat..mksdnya css yg x digunakan akan turut loading gak..huhuh

          2. JebengOtai

            aah la cik tom..kalo nk diikutkan iklan yg prob..huhu

  1. dzuandiey

    wah…rajin buat analisis..haha…jadi, apa keputusan terbaik?..hihihi

    1. JebengOtai

      bergantung kepada penggunaan..kalo load lambat tp widget dan plugin skit leh laju..tp kalo tema load cepat tp plugin,widget byk..lambat jugak..

      tp pling laju tu twenty eleven la.. πŸ™‚

      1. hafizmd

        betul tu. kalau guna themes apa pun, kalau dah kita pakai sampai 20 plugin, widget penuh atas bwah kiri kanan…mmg sampai bila payah nak laju. betul kan bro?

        1. JebengOtai

          aah..kalo theme tu byk fungsi..mkin byk la css atau javascript die..huhu

          1. cik tom

            mcm blog ciktom la kot..guna twenty eleven tp dah plugin ada 14.. xmasuk lg iklan..tue makin lmbt loadnya..

          2. JebengOtai

            mungkin juga..kene buang mana yg x perlu..

  2. nurmisnan

    Sejak aku tukar theme pertama till now aku punya speed
    OK, masalahnya YSlow grade aku selalu low then 70%..
    Dah buang css yang x guna.. kecuali satu jer nuffnang..
    itu pun terpaksa.. hik3.. any ideas?

    1. JebengOtai

      xleh nk dielakkan mslh loading lambt kalo pki iklan nuffnang..kalo server diorg slow @ down blog kita akan terkena kesannya..

      1. hafizmd

        betul tu..sbb tu kadang2 kalau singgah blog yg pasang iklan nuff kat header, mmg lebih lambat berbanding mereka yg pasang kat sisi bawah

        1. JebengOtai

          yela..mmg digalakkan letak kat footer..tp mmg pyh kalo footer ade container sendiri..mmg dok bwh jer la..

          kene letak kat bwh dri footer, link kan dgn css utk display kat top..hehe

  3. KY

    nak kena tukar ke? heee
    kalau dah ada yg terpantas bagus juga, tapi KY belum sesuai kut

    1. JebengOtai

      rasanya ada ag yg laju..nnt nk try satu2.. πŸ™‚

  4. hafizmd

    Blog JO ni antara blog paling laju load. Serius terbaik bro!

    1. JebengOtai

      rasanya mcm x cukup laju..mcm nk psg turbo jer..huhu

    2. rahman

      saya setuju… blog bro jebeng antara yg laju.. senang masuk dan senang keluar huhu πŸ™‚

      1. cik tom

        singgah sini load mmg dah laju+ komen pun senang je…

      2. JebengOtai

        senang masuk senang keluar bhaya gak..bouncerate tinggi..hehe

        1. cik tom

          owh ada keburukan jgk ek..adeh mcm2 kena fikir..pening2..ni mls nak tau byk sgt..makin pening jadinya..baik taip je entri sesuka hati..hahah..

          1. JebengOtai

            aah…isu teknikal ni leh letak no 3 jer..hehe

  5. budak felda

    betul la themes kena masukan plugin seo sendiri er,,:)
    tapi wp memnag best, senang nak handle ..:)

    1. JebengOtai

      WP mmg terbaik..kene tweak skit2 utk jdik lebih best..hehe

      1. budak felda

        betul2 tgh tweak nie..hehehe..:) bro buat la tutorial skit2

  6. tehr

    biasanya ada banyak benda yang mahu dipaparkan
    dan pastinya kelajuan akan berkurangan
    nak buat macam mana…

      1. rahman

        laju sangat pun nak kemana.. πŸ™‚

  7. irsah

    Bro. giler teknikal. tapi best. theme 20-11 ada terbaca kat blog luar anatara fast loading. tp bro buat ujian memang konfirm la. tu sebab conversion 20-11 ada banyak platform. thks share.

    1. JebengOtai

      mmg laju..tp ujian tu x pki apa2 plugin..so kalo dh tambah2 skit akan slow skit la..hehe

  8. onlajer

    err kau pergi blog aku laju ke lambat

  9. onlajer

    err kau pergi blog aku laju ke lambat,ish bengang betul aku dgn broad band ni mcm siput nak komen pun lambat loading

    1. JebengOtai

      ok jer bro..cuma result yslow jer yg kureng ckit..tp leh abaikan sbnarnya.. πŸ™‚

      1. onlajer

        sorry le bro terkomen benda yg sama 2 kali broadband aku tadi malam tetiba jadi mcm siput

        1. JebengOtai

          haha..xper..dh check 2x..load ok bro..cuma result yslow x berapa sgt jer..huhu

  10. titan

    theme blog aku memang super lambat la..haha..

      1. titan

        malas aku. aku suka theme lama aku tu..

        1. cik tom

          ciktom rs theme titan mmg lawo..haha

  11. puteri kasih

    rasanya blog puteri memang lambat load..nak kena tukar tema ni..hehe

    1. JebengOtai

      kene modify skit2,guna plugin w3tc..mungkin leh laju rasanya..

  12. azman

    Rajin ko buat analia yg penting isi blog,jangan terlalu lambat sgt dah.

    1. JebengOtai

      yela..bio pembaca senang nk msuk blog kita.. πŸ™‚

  13. SuhairiDotCom

    Kalau pakai CDN, load la kt mana2 InsyaAllah laju. Bergantung pada keupayaan server CDN tu.

    1. JebengOtai

      huhu..tp kosnya mmg laju..yg free mcm cloudflare x berapa stabil sjak kebelakngan ni..

  14. spudin

    wow…amat pantas tuh πŸ™‚ yang saya punya hanya berapa je … B dgn C je..huhu

    1. JebengOtai

      pantas ag bro..usain bolt pon x dpt buat 6 second..hehe

  15. Shack

    Bagus juga dicuba ni..

  16. chii

    mcm chii sendri..da tuka twenty eleven..widget pun sekadar 10..iklan x byk..load leh katakan better sikit dr sblm ni..ehehe..setuju kan :p

  17. ProfHariz

    Terbaiklah bro, Rajin !

    Saya baru bercadang nak pakai genesis framework. Tapi tengok mcm ni rasa nak pakai Twenty Eleven pula. Ish

    1. JebengOtai

      tp kalo pki twenty eleven kene pki plugin seo..huhu

  18. daddydee

    wah menarik theme ni…

    blog laju mmg orang suka…tak yah nak tunggu lelama.

  19. hatiputera

    kekadang iklan yang buat lambat…

  20. Hafizul

    Amat sukar juga bila aku tiada ilmu dlm dunia blogging ni..just pakai yang mana ada jer..terasa jugak nk buat yg lebih baik utk blog, tapi aku tak mampu..haiya..saba je la..

  21. iAwani

    fuhh .. patutlah buka blog Jebeng Otai ini loadingnya laju saja.

    1. JebengOtai

      masih x berapa laju lagik..kene pertingkatkan..

  22. arelan

    diri ini masih setia ngan blogspot.huhuhu

  23. sollehahn

    byk kali aku tukar template…byk kali gak aku bertukar semula ke twenty eleven…mmg laju n mudah configure

  24. yas

    Pening aku baca pasal w/p nih….aku rela layan b/p je bro…hehehe

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.