Aplikasi Android mempunyai banyak kelebihan. Dengan kadar penggunaan telefon pintar yang menggunakan OS Android semakin tinggi, merekacipta aplikasi Android boleh menghasilkan punca pendapatan sampingan atau sepenuh masa. Aplikasi ini sedikit sebanyak membantu para pengguna untuk mengakses perbankan talian, menyemak saman dan bil utility serta ada yang mampu mengesan AES untuk memberi amaran awal supaya mengurangkan kelajuan untuk mengelakkan disaman. Bagi mereka didalam bidang pengaturacaraan komputer mungkin tidak menghadapi masalah untuk menghasilkan aplikasi Android yang ringkas. Walaupun kerjasama MIT dijalankan antara pihak Google untuk membolehkan semua orang melakukan pengaturacaraan Android melalui Appinventor. Walaupun telah diringkaskan, saya masih lagi ‘blur’ berkenaan dengan ‘method’ Lego dengan menggabungkan beberapa fungsi menjadi blok-blok kecil lalu menjadi satu sistem yang besar. Untuk permulaan, aplikasi yang disediakan ini boleh dipelajari tetapi ianya tidak cukup serta terhad kerana tidak boleh ‘customise interface’ ataupun GUI yang dikehendaki. Pernah juga saya mencari bagaimana ingin meniru ‘menu ribbon’ seperti didalam Google Plus atau Youtube. Rata-rata mereka mengatakan ianya terlalu sukar dan kompleks.

Saya, Bumi Langkawi Homestay beserta LangkawiHomestay.Net baru sahaja berjaya membina tema mobil yang seakan-akan menyerupai aplikasi Android ataupun IOS. Ia langsung tiada kene mengena dengan kedua-dua OS itu, tetapi menggunakan 100% HTML dan CSS. Tidak mengapalah, asalkan ada daripada tiada. Mungkin ianya boleh dibangunkan untuk platform Wordress pula. Sangat ringkas dan ada ‘feel’ menggunakan aplikasi mobil.

bumi langkawi homestay

Jebeng Otaiβ„’

48 Replies to “Tema Mobile Terbaru Bumi Langkawi Homestay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge