Teknologi ISCSI : Penyelamat Bisnes Cyber Cafe

Saya tidak pasti adakah teknologi ini masih baru ataupun tidak begitu memberi kesan kepada pengguna komputer terutamanya. ISCSI ataupun ‘Internet Small Computer System Interface’ adalah salah satu kaedah yang menjimatkan kos penggunaan dan penyelenggaran peralatan penyimpanan data terutamanya. Berbeza dengan kaedah lain seperti ‘Fiber Channel’ yang memerlukan tetapan dan peralatan baru untuk membuat tetapan untuk mendirikan SAN. Ia sememangnya memeningkan kepala bagi mereka yang tiada pengetahuan IT yang mendalam termasuk saya sendiri. Apa yang saya faham, teknologi ISCSI ini menjimatkan kos sesebuah syarikat kerana dari tahun ke tahun, syarikat tersebut terpaksa melabur untuk ‘upgrade’ kapasiti storan kerana data akan memenuhi ruang hard disk di setiap komputer. Syarikat juga terpaksa mengeluarkan belanja jika salah satu dari ratusan komputer itu ‘corrupt’ atau rosak dan kemungkinan akan merugikan syarikat dari segi kos, masa dan tenaga.

[media url=”http://www.youtube.com/watch?v=QCDiz9C8Vvw” width=”600″ height=”400″]

Kaedah ISCSI ini hanya menggunakan satu ruang storan dimana setiap komputer didalam rangkaian akan menggunakan satu storan ini sahaja. Bayangkan semua hard disk di satukan dan kerja membaik pulih atau memantau dapat dijalankan dengan mudah. Dari masa ke semasa syarikat hanya melabur untuk menaik taraf server sahaja dan bukannya setiap komputer yang digunakan didalam syarikat. Salah satu kelebihan ISCSI ini hanya menggunakan infrasuktur rangkaian semasa dan tidak perlu melakukan tetapan atau menggunakan peralatan baru. Kelebihan ISCSI ini telah digunakan di salah satu Cyber Cafe di Kuala Lumpur. Komputer yang digunakan disambungkan menggunakan ISCSI keseluruhannya. Pengusaha tidak perlu melabur ribuan ringgit untuk membeli OS atau Windows yang tulen kerana ia hanya perlu install pada server sahaja. Satu installasi boleh digunakan puluhan komputer yang disambungkan kepada server. Ianya memang menjimatkan. Entri ini adalah ulasan amatur dan jika terdapat kesilapan, silalah perbetulkan saya. Mungkin ada benarnya pendapat Wanwidget teknologi adalah cara untuk meneruskan survival perniagaan. Dalam konteks positif, ia membantu mengurangkan kos pengusaha seperti Cyber Cafe,SOHO dan perniagaan kecil-kecilan yang lain.

Jebeng Otaiβ„’
btulke ulasan iscsi ni?..huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 39 Comments

  1. SDC

    Aiskazi=ISCSI

    1. jebengotai

      aah btul tu..tp hairan gak camne leh dpt ‘zi’ tu..huhu

      1. SDC

        hehe tu lah keunikan bahasa dunia πŸ™‚

  2. Anuar

    Terima kasih di atas perkongsian info.. Sebelum ini pernah juga terdengar pasal teknologi ISCSI ni.. tapi tak pernah ambil tahu pun.. Sekarang ni alhamdulillah, dapat juga sedikit maklumat tentang teknologi ini..

    1. jebengotai

      dh ade kat normal pc..cuma x guna jer..huhu

  3. Adam

    Hebat gak teknologi ini ye.. Dunia semakin moden!

    1. jebengotai

      semakin moden dan menjimatkan kos.. πŸ™‚

  4. cikgu naman

    nama dia pun dah canggih

    ramai pelajar ponteng lepak cc

    1. jebengotai

      alamak..pe kata buat cc kat sekolah lak..hehe

  5. hatiputera

    pernah HP dengar tapi sebelum nie belum meneliti apa maksudnya. Terima kasih untuk info tersebut.

    1. jebengotai

      sama2..ni pon ikut kefahaman saya..kalo silap leh btulkan..hehe

  6. Cikgu Hairul

    kalau cuma guna satu hd tak ke lagi haru biru? segala2 kat satu tempat. jimat memang jimat, tapi sekali dia problem, semua tak boleh guna. teknologi yang cangih ni kadang2 kita tak sampai akal nak memikirkannya. orang yang terlibat menggunakannya mungkin boleh explain lebih kot..

    1. jebengotai

      kalo satu mmg bhya gak..tp biasanya letak dua..satu utk mirror.. πŸ™‚

      1. rahman

        guna konsep server jer tu..

  7. titan

    hoho..memang best la benda nih..

  8. Amirez

    bagus juga, banyak boleh jimat kos ni. kiranya semua centralize

    1. jebengotai

      jimat duit,masa,tenaga kerja… tp rasanya agak complicated gak tu..huhu

  9. sollehahn

    aiskazi….nk buat kat PC kat umah pon boleh…hohoh =P

    1. jebengotai

      bro dh cuba ker?..leh wat tutorial πŸ™‚

  10. akubiomed

    Tidak berapa hendak faham terlalu teknikal. πŸ™‚

    1. jebengotai

      sy pon masih keliru..tp rasanya features ni jrg kita nk guna..maybe syarikat besar2 guna..

  11. daddydee

    wah dah dikira hebat tu…..terbaik la…

    1. jebengotai

      kalo dpt guna mmg dpt jimat byk..wndows pon bli satu lesen jer..hehe

  12. iAwani

    saya ada terbaca pasal hal ni dari ComputerWorld dan PC Magazine. Nama lain dipanggil central server. Proses booting up dilakukan dari server, penyimpanan fail juga begitu. Tapi kalau network rosak, komputer juga tidak berfungsi sebab akan jadi ‘kosong’ tanpa sistem operasi dan storan di kekotak cpu.

    1. jebengotai

      mungkin itu kelemahan die..tp kelebihan die kita x yah repair setiap komputer..kita hnya repair server shaja..tp kdg2 utk selesaikan prob ni leh pakai harddisk backup yg dah dibuat salinan harddisk utama..jika ade prob hanya cabut dan ganti dgn harddisk mirror tu jer.. πŸ™‚

  13. ohcikgu

    wahh..ini sudah bagus sangat!

  14. zool

    macam tak paham je..huhuhuhu

    1. jebengotai

      senang citer..os kat server…komputer kita xdak hard disk..so die boot amik fail dri server.. πŸ™‚

  15. wazy

    Sesuai jugak kalau aku guna ni di cyber cafe nanti,tapi kena usulkan dengan bos dulu

  16. irsah

    teknologi ada baik dan buruknya untuk survival perniagaan.. itupun jika kita bijak menggunakan aplikasi dan infra secara menyeluruh… cuma kelemahan bagi perniagaan kita diera teknologi ini adalah selenggaraan dan update.. ramai masih tidak menitik beratkan sektor itu kerana ia sudah menjadi keperluan jika menggunakan teknologi..

    ketika ini, pemilik perniagaan lebih suka terima seadanya, tanpa mengambil kos2 selnggara selanjutnya dan jika tidak mengikut perkembangan semasa, bakal mengundang padah kemudian hari…

  17. rahman

    teknologi adalah cara untuk meneruskan survival perniagaan.. betul gak tu.. tapi biasanya teknologi yang bergerak terlalu pantas kebiasaannya tak mampu di kejar oleh peniaga peniaga bangsa kita.. tu yang ramai lingkup ..itu yang di tulis oleh dr mahathir di dalam buku malay dilema.. cuba baca kisah kipas yang ayahanda tun ceritakan di dalam tu dan kita akan faham nanti

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.