Linode akhirnya menawarkan VPS 1GB Ram dengan harga terendah USD 5.00 sebulan. Ini juga memberi saingan kepada Digital Ocean tetapi dengan kapasiti Ram yang lebih tinggi. Dengan persaingan yang hebat ini, sedikit sebanyak menggembirakan mereka yang menggunakan VPS terutamanya. Bagi pelajar atau pengguna baru, bolehlah mencuba tawaran VPS murah ini sebagai tempat untuk menimba ilmu pengetahuan.
Digital Ocean
Tawaran VPS Murah Dan Berbaloi : Kenapa Guna VPS?
Ya, ianya soalan yang selalu bermain dikotak fikiran saya. Kenapa perlu menggunakan VPS? Kelebihan utama VPS murah dari Linode ini ialah dari segi fleksibiliti vps tersebut. Ini bermaksud kita boleh menggunakan apa sahaja jenis server samada NGINX, Apache maupun Varnish untuk bereksperimentasi segala tutorial yang boleh didapati di enjin carian Google. Projek VPN menggunakan VPS, menggunakan OS yang berbeza seperti Ubuntu, Debian dan lain-lain dengan kelebihan tersendiri. Selain fleksibiliti, kelebihan yang lain adalah kita boleh ‘fine-tune’ tetapan tanpa sebarang masalah berbanding ‘shared-hosting’.
Tawaran VPS Murah Dan Berbaloi : Evolusi Hosting
Tidak dinafikan perkembangan ini mungkin akan menyebabkan evolusi ‘hosting’. VPS murah bermaksud segala kemungkinan untuk beralih dari ‘shared-hosting’ ke VPS semakin tinggi. Secara logiknya, USD 5.00 sebulan atau USD 60.00 setahun boleh dikongsi dengan beberapa rakan-rakan yang lain. Untuk memudahkan mengurus VPS, kita boleh menggunakan VestaCP. Fungsinya seperti CPanel untuk menambah domain, mengurus tetapan laman sesawang dan beberapa fungsi ringkas yang lain dan apa yang penting ianya percuma.
Tawaran VPS Murah Dan Berbaloi : Belajar
Kita boleh saja menggunakan VirtualBox atau ‘virtualization’ untuk menggunakan VPS pada komputer sendiri. Ianya sangat mirip, cuma terdapat beberapa fungsi yang agak berbeza dengan VPS sebenar. Seperti yang saya katakan, tawaran VPS murah ini amat sesuai bagi pelajar samada untuk blog atau ‘final year project’ mereka. Ini adalah pengetahuan tambahan mereka yang saya rasa amat penting bagi mereka. Bayangkan jika mereka dapat menguasai server sepenuhnya pemahaman tenatang server NGINX pada usia muda mungkin mereka tiada masalah untuk mencari pekerjaan sendiri ataupun dengan majikan.