Tahniah JDT, Selamat Hari Pekerja dan Kemas Rumah

Tahniah diucapkan kepada pasukan JDT kerana layak ke pusingan akhir Piala FA. Saingan sengit antara kedua-dua pasukan Kedah dan JDT sememangnya tidak mengecewakan. Bak pepatah peminat bola, bola itu bulat dan apa sahaja boleh berlaku pada setiap perlawanan. Dengan kelebihan agregat 4 : 3 melayakkan JDT ke pusingan seterusnya menentang PKNS FC dimana PKNS FC menang menentang Perak tempohari.Perlawanan seterusnya akan diadakan pada 14 Mei 2016. Diharap JDT terus melakar kemenangan untuk merangkul Piala FA bagi tahun 2016.

Tidak terlambat juga saya ingin ucapkan selamat Hari Pekerja kepada mereka yang bekerja untuk mencari sesuap nasi. Tidak kira apa pun jawatan yang dipikul, setiap orang ada peranan masing-masing. Kita tidak perlulah memandang rendah suatu profesion seperti pekerja pembersihan, pekerja sokongan seperti jururawat dan lain-lain yang kebanyakkannya diviralkan di media sosial kerana hanya salah faham atas sesuatu perkara. Mereka juga manusia dan tidak terlepas dari kesilapan dan kita pula bukanlah selalunya sempurna dan betul.

Tidak dilepaskan cuti dua hari ini dihabiskan mengemas rumah. Itu sahaja waktu terluang saya untuk membersihkan rumah yang bakal disewa. Sudah sebulan dibayar tetapi tidak diduduki atas sebab kesibukan dan keadaan rumah yang bersepah dan perlu dikemaskan secara total. Proses pengecatan, membersihkan longkang dan mencuci rumah dilakukan. Selepas itu kerja memasang tikar getah, langsir dan pindah masuk perabut pula. Memang memenatkan kerana ianya dilakukan berseorangan.

Jebeng Otaiā„¢
apa rakan-rakan semua buat waktu cuti ya?..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 4 Comments

  1. titan

    sila kemas rumah bersih-bersih yek.

  2. Hafizul

    Ok..ini lelaki baik ni.. Hehe.. Waaaa tak tengok JDT main.. frustnya..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.