Tahniah JDT, Bank Of Johor dan Percubaan CDN

Tahniah JDT

Pasukan JDT akhirnya antara pasukan pertama yang layak ke pusingan kedua Piala AFC. Bukan sesuatu yang mudah tetapi persembahan yang konsisten banyak membantu perjalanan kelab selatan tanah air ini. Dengan kemenangan menentang Lao Toyota baru-baru ini, JDT telah menang 4 perlawanan dan dengan mudah melayakkan diri. Tahniah atas kejayaan ini. Pencapaian ini membuktikan kelab ini mempunyai hala tuju yang jelas, pembinaan bakat yang berterusan untuk meneruskan kesinambungan kejayaan demi kejayaan.

Bank Of Johor

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencadangkan Kerajaan Negeri agar menubuhkan sebuah bank sendiri dikenali sebagai ‘Bank of Johor’.

Sultan Ibrahim bertitah, bank berkenaan bertujuan memberikan perkhidmatan perbankan kepada rakyat Johor bagi pinjaman perumahan dan simpanan atau pelaburan.

“Banyak rumah mampu milik dibina untuk rakyat berpendapatan rendah namun masih ramai tidak dapat memiliki rumah kerana gagal mendapat pinjaman bank.

“Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menubuhkan sebuah bank sendiri yang boleh dinamakan sebagai ‘Bank of Johor’,” titahnya.

Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam majlis perasmian Pembukaan Penggal Keempat Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini hari ini.

Idea yang bernas malah pada saya ianya mungkin sebagai peneraju sistem perbankan mesra golongan pertengahan dan bawahan untuk mendapatkan dana membeli rumah atau membuat pelaburan mahupun simpanan. Saya tidak pasti konsep perbankan ini secara jelas, jika ia mirip Grameen Bank di Bangladesh ianya sesuatu yang positif. Muhamad Yunus iaitu pengasasnya memenangi hadiah Nobel disebabkan banknya khusus mereka di kelas bawahan terutamanya golongan suri rumah untuk berniaga dan sebagainya. Apa yang menarik tiada perjanjian atau ‘kontrak’ ditandatangani, tetapi mereka perlu mematuhi 16 kod yang perlu dibaca ketika membuat pinjaman. Secara ringkasnya ianya berasaskan kepercayaan yang peminjam akan bayar kembali. Menarik bukan.

Jika idea Bank Of Johor lebih fokus kepada pinjaman perumahan, mungkin pinjaman faedah yang rendah dan harga rumah yang murah boleh mengurangkan hutang isi rumah secara total. Apa yang perlu dikhuatirkan ialah ‘economic bubble’ yang akan berlaku kepada peminjam yang tegar atau liat untuk membayar hutang yang pada pendapat saya perlu diberi perhatian serius. Pelbagai kriteria lain perlu diutamakan seperti pembeli rumah pertama, warga tempatan dan beberapa perkara lain yang saya percaya mungkin dapat diselesaikan dan diputuskan kelak.

Percubaan CDN

Saya telah menggunakan perkhidmatan Cloudflare sudah hampir 4 tahun. Secara jujurnya banyak perkembangan dan pembaharuan yang diperkenalkan kepada penggunanya. Walaupun begitu terdapat beberapa kelemahan atau kekurangan dengan perkhidmatan berbayarnya yang boleh saya katakan sangat mahal untuk laman sesawang persendirian. Beberapa hari ini saya telah mencuba beberapa ‘CDN’ yang memang fokus untuk menyediakan perkhidmatan ‘CDN’ antaranya Amazon Cloudfront, CDN77, KeyCDN, Azure CDN dan beberapa perkhidmatan yang lain.

bank of johor

Setakat ini saya berpuas hati dengan CDN77 disebabkan mudah membuat tetapan, harga berpatutan mengikut ‘bandwidth’ yang kita gunakan dan beberapa aspek yang lain. Jika tiada masalah besar berlaku, mungkin saya akan melanggan perkhidmatan ini dan mengikut anggaran penggunaan ‘bandwidth’ yang saya gunakan, saya akan membayar hanya USD 1.00 sebulan.

Jebeng Otaiā„¢
mcm ringkasan berita jer..ehehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.