Isu Geely beli Proton ini masih hangat diperkatakan terutamanya netizen-netizen yang tidak berpuas hati dengan perkembangan terbaru syarikat kereta kebanggan rakyat Malaysia. Apatah lagi ada laporan-laporan yang kurang tepat di laman sesawang yang kadang kala agak meragukan. Entri ini bukanlah menokok tambah kekeliruan yang telah sedia maklum dan merupakan pendapat peribadi sahaja.
Geely Beli Proton : Jualan Kereta Proton
Pada tahun lepas sahaja, jualan kereta proton telah merudum jatuh selepas Perodua. Kesan daripada ini, produktiviti pembuatan kereta yang dihasilkan di Tanjung Malim adalah dibawah kapasiti penuh. Melalui pembacaan, kapasiti sebenar kilang tersebut adalah 150,000 unit setahun yang terbahagi kepada 2 ‘shift’. Dari sudut pandang perniagaan, ianya adalah salah satu ‘kerugian’ jika fasiliti tidak digunakan sepenuhnya. Ibarat kenapa kita membeli PC yang mahal, tetapi hanya guna untuk melayari internet sahaja.
Geely Beli Proton : Kewajaran
Sebenarnya yang dibeli oleh syarikat Geely adalah kilang pembuatan kereta di Tanjung Malim sahaja. Dengan membeli 51% pegangan dalam kilang pembuatan tersebut sahaja.Kekeliruan ini pada saya adalah penggunaan ‘gimik tajuk’ yang memberi salah faham kepada mereka yang gemar membaca tajuk atau malas membaca isi kandungan sesuatu berita. Secara asasnya, kapasiti produktiviti kilang tersebut akan meningkat. Bersaing dengan Toyota, Honda dan Nissan yang sudah lama bertapak di Asia Tenggara adalah agak sukar. Dengan membeli kilang di Tanjung Malim berupaya menjimatkan kos dan dapat bersaing dengan pengeluar kereta yang lain.
Geely Beli Proton : Kebaikkan dan Keburukkan
Kebaikkan
Tidak dapat dinafikan kebaikkan dan keburukkan pembelian ini. Antara kebaikkannya ialah agak mustahil Geely akan membawa kesemua pekerjanya dari China ke Malaysia. Dengan pembelian ini, peluang pekerjaan dalam pemasangan kereta atau teknikal automotif yang lain akan meningkat. Selain itu peluang perniagaan untuk vendor dan pembekal pun turut menerima kesan yang sama. Beberapa tahun yang lepas Geely telah membuat pelaburan dan menguasai Volvo. Jualan kereta berjenama dari Sweden itu meningkat selepas Geely mengambil alih. Selain itu menggunakan kapasiti penuh kilang di Tanjung Malim adalah sesuatu tindakan yang bijak dan perlu dilakukan sebaiknya.
Keburukkan
Seperti yang kita tahu, mereka berupaya untuk menjual kenderaan atau barangan buatan mereka dengan harga yang rendah. Mungkin ianya memberi kesan kepada jualan kereta Proton untuk pasaran domestik. Begitu juga dengan vendor berkaitan, jika kos untuk membuat produk lebih tinggi dari kos mengimport terus dari China, pastinya vendor akan kehilangan sumber pendapatan. Kesan berantai ini pastinya tidak bagus untuk negara.
Sumber :
https://en.wikipedia.org/wiki/Geely
http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/02/11/can-proton-do-it-this-time/
http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/02/03/cimb-proton-deal-will-fasttrack-geelys-presence/
http://www.scmp.com/business/china-business/article/2067885/geely-shares-soar-record-report-its-buying-protons-malaysia
hmmm berat masalah proton ni. kalau tak kerana bantuan kerajaan bungkus lama dah. tp sampai bila nak harapkan bantuan kerajaan. untung yg ditunggu tk kunjung tiba… duit kerajaan yang support tu duit rakyat. wajarkah duit rakyat dibazirkan dgn membiayai proton atau lebih bagus duit tu dibuat pembangunan yg lain…
setuju tu…sejak drb-hicom amik alih spttnya tidak bergantung lagi dgn kerajaan…proton sdh menjdi entiti bisnes yang perlu untuk berdikari sendiri…nk ikutkan hati mmg lah x rela..tp utk survival proton sendiri mungkin dia perlukan rakan kerjasama yg bagus…