Persaingan membuat gadget tercanggih seperti telefon pintar memang suunto elementummengujakan. Banyak promosi dilakukan untuk memperkenalkan produk terbaru oleh pihak pengeluar. Tidak kurang hebatnya peminat tegar gadget tersebut yang bersungguh-sungguh mencari kelemahan gadget pengeluar lain dan kekuatan gadget yang diminati. Berbagai video dihasilkan untuk membuktikan gadget yang diminati mereka adalah yang terhebat. Sebenarnya agak bagus juga dengan review seperti ini. Ia membantu para pengguna membeli gadget pilihan yang bersesuaian dengan keperluan dan budget semasa. Tetapi jarang sekali kita melihat gadget canggih lain seperti jam tangan di’review’ di Youtube atau lain-lain media sosial. Mungkin fungsi jam tangan semakin dilupakan kerana telefon pintar juga mempunyai jam elektronik terbina didalam. Kadang-kala jam tangan seperti Suunto Elementum ini sangat diperlukan didalam keadaan situasi tertentu seperti didalam hutan, padang pasir, lautan dan lain-lain kawasan yang tiada bekalan elektrik untuk mengecas telefon pintar tersebut.

Suunto Elementum : Evolusi Jam Tangan
Ramai pernah dengar dan sedia maklum jenama seperti Casio, Rolex, dan Timex tetapi tidak ramai yang biasa dengan jenama Suunto. Ia merupakan salah satu jenama premium yang sama hebatnya dengan jenama jam tangan lain yang sudah lama bertapak didalam pasaran. Suunto Elementum merupakan produk terbaru Suunto yang menarik perhatian saya. Ia dilengkapi dengan pelbagai fungsi seperti kompas digital, altimeter, barometer , pengumpulan data dan beberapa fungsi yang boleh membantu kita ketika telefon pintar kehabisan bateri atau ketika ‘jungle tracking’ dan sebagainya. Rekaannya sangat ringkas dan ianya mudah digunakan. Saya tidak pasti apakah nasib jam tangan pada masa hadapan. Jika teknologi bateri dapat ditingkatkan kapasiti dan jangka hayat, mungkin jam tangan akan dilupakan terus dan kekal didalam lipatan sejarah. Walaupun begitu, harga yang ditawarkan untuk produk Suunto Elementum ini membuatkan kita berfikir dua tiga kali sebelum membelinya.

JebengOtaiโ„ข

47 Replies to “Suunto Elementum : Evolusi Jam Tangan

  1. saya baru saja beli jam baru jenis pakai bateri yang bukan digital. Tidak ada nombor. Cuma plain kaler warna putih pada permukaannya dan dua jarum jam. simplicty!

  2. tak kisah apa jenama jam pun.. yang penting bila hujan tak masuk air dan harga pula murah, dah kira ok bagi saya.

    jam kat atas tu memang tak masuk senarai ler hee ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge