Tinggal baki 4 pasukan lagi untuk melengkapkan kuota 8 terbaik didalam persaingan suku akhir EURO 2012. 2 pasukan terbaru yang layak selepas perlawanan awal pagi tadi ialah Jerman dan Portugal. Berbeza entri sebelum ini Greece dapat melayakkan diri manakala hari ini Belanda pula yang tersingkir bersama Denmark. Tidak hairanlah ketika kejohanan seperti ini para pemain terhebat di kelab-kelab ternama mengalami sindrom ‘hilang skil’ iaitu tidak dapat beraksi dengan menyerlah untuk membantu negara masing-masing selain sindrom ‘terlalu yakin’.

Christiano Ronaldo Score
Sumber : Yahoo Sport

Pujian
Pujian diberikan kepada Chritiano Ronaldo kerana dapat membantu Portugal layak ke suku akhir EURO 2012 dan dapat menafikan kesemua kritikan yang dilemparkan kepadanya. Ada baiknya kritikan negatif seperti ini mungkin dapat meningkatkan semangat juang pemain. Siapa yang tidak ‘panas’ apabila dibandingkan dengan pemain ternama lain seperti Lionel Messi. Tetapi jika pemain itu sendiri ambil kisah terhadap kritikan negatif seperti itu pastinya pemain itu akan hilang semangat dan tidak dapat beraksi dengan cemerlang.

Suku Akhir
Perlawanan suku akhir EURO 2012 akan bermula dalam beberapa hari sahaja lagi. Saya ramalkan baki 4 pasukan yang layak ke peringkat seterusnya ialah Sepanyol, Croatia, Perancis dan Ukraine. Pilihan Croatia dan Ukraine adalah disebabkan pastinya mereka bermain bermati-matian seperti Greece untuk layak ke peringkat seterusnya. England pasa saya boleh diabaikan walaupun rata-rata pemainnya dikenali beraksi di EPL yang begitu popular di Malaysia berbanding liga lain.

Jebeng Otaiβ„’

11 Replies to “Suku Akhir EURO 2012 : Belanda Kecundang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge