Boleh dikatakan hari-hari rakan-rakan di Facebook saya tidak berpuas hati dengan pengurangan subsidi minyak sebanyak RM0.20 untuk RON95 baru-baru ini. Ada yang menyindir, memaki apatah lagi yang mengeluh kesah kerana sedikit terbeban dengan pengurangan subsidi tersebut atau erti kata lain harga belian minyak sudah naik. Walau apa pun terma yang digunakan, kesan ‘domino’ keatas kenaikkan harga minyak memberi kesan langsung kepada harga barang makanan terutamanya. Walaupun kenaikkan itu secara logiknya tidak memberi kesan langsung secara analisisnya kerana barangan tersebut diangkut secara pukal dan bukannya per unit. Ia boleh diserap oleh syarikat-syarikat berkaitan.
Subsidi : Beban atau Hak?
Dari kaca mata kerajaan, subsidi merupakan beban yang perlu ditanggung kerajaan untuk menurunkan puluhan harga barangan yang digunakan oleh masyarakat sehari-hari tanpa disedari oleh kita. Jumlah kasar anggaran perbelanjaan subsidi adalah sebanyak RM23 billion untuk bahan api pada tahun lepas sahaja. Subsidi berlebihan memberi kesan terhadap kemajuan negara kerana setiap tahun kita terpaksa mengeluarkan jumlah yang besar untuk minyak, makanan dan lain-lain lagi keperluan. Jika difikirkan banyak pembangunan infrastruktur setiap tahun boleh dijalankan yang memberi kesan positif ekonomi masyarakat setempat berterusan sehinggalah ke generasi seterusnya.
Subsidi : Beban atau Hak?
Dari kaca mata rakyat pula, subsidi merupakan ‘ubat’ untuk meniti hidup sehari-hari. Kos sara hidup yang tinggi dan gaji pula tidak naik memang mengecewakan rakyat Malaysia. Belum ambil kira harga rumah yang meningkat turut memberi kesan lebih teruk lagi. Ada juga memberi alasan mereka sudah mengundi kerajaan dan sepatutnya kerajaan harus bantu mereka. Syukur bagi yang sabar, tetapi ada juga yang sudah hilang sabar. Malah ada yang lebih teruk ada yang mengugut akan menjadikan Malaysia seperti Mesir jika minyak naik lagi dalam tempoh terdekat ini. Berbaloi?
Subsidi ialah ubat bagi sesetengah golongan tetapi sebenarnya ia adalah racun dalam konteks negara Malaysia. Ia bukanlah hak tetapi adalah beban yang perlu ditanggung bersama. Ibarat bola besi di ikat dikaki, kita terpaksa mengheret bebola itu kemana sahaja ketika kita boleh berlari dengan pantas. Jika kita sudah tidak mampu berlari lagi, bola besi yang berat itu akan menarik kita pula kedasar. Subsidi tidak seharusnya diberikan secara samarata kepada semua. Kerana golongan miskin sudah pasti menggunakan sedikit sahaja subsidi berbanding dengan golongan kaya yang mempunyai kereta mewah dan hidup yang serba lengkap.
ya betul juga perlu ada sesuatu untuk meringkan beban golongan yang sangat memerlukan
yup..gov pttnya kene lebih kreatif utk bantu golongan ni..
sikap tamak merugikan apabila salahguna subsidi yang diberi
btul..lebih2 ag jika dijual pada pihak industri..meniaga atas angin..untug serta merta.. 🙂
Tidak dinafikan subsidi minyak tu banyak kekurangan dan semua golongan mendapat manfaat tapi saya harap, subsidi yang dikurangkan tu dapat diganti balik untuk golongan khusus berpendapatan rendah bukan disalurkan ditempat lain pula.
btul bro..fokus kepada yg btul2 ssh..mereka sebenarnya x guna banyak pon subsidi tu..
Dekat Malaysia ni kalau dah naik memang tak boleh nak turun dah. Tu yang buat sakit hati tu.
kalo minyak dh turun mmg x mungkin hrga brg2 akan turun skali.. 🙂
Ya, payah nak cerita bab hak dan subsidi nih. Semuanya sensitif. haha..