Slumdog Millionaire pernah dinobatkan sebagai filem terbaik beberapa tahun yang lepas. Saya tidak pernah menontonnya sebelum ini sehinggalah hari Ahad yang lepas di TV3. Plot penceritaan yang menarik, unik dan rasanya tidak pernah dilihat sebelum ini. Cerita ini mengisahkan seorang remaja gelandangan, yatim piatu telah berjaya memasuki ‘Who Wants To Be A Millionaire’ versi India. Kerana latar belakang hidupnya sebegitu, remaja ini diperkotak-katikkan, dihina dan berbagai lagi persepsi negatif dilemparkan kepadanya sehinggalah semuanya berubah dalam sekelip mata apabila beliau berjaya menjawab semua soalan didalam rancangan itu dengan betul. Remaja ini ditangkap sebelum episod ‘finale’ kerana didakwa menipu didalam permainan tersebut dan akhirnya dilepaskan kerana tiada bukti yang mengatakan remaja itu melakukan penipuan. Apa yang menariknya, setiap soalan yang dijawab dengan betul itu adalah dari pengalaman yang dilaluinya semasa kecil. Filem ini dibikin dengan budget hanya sekitar USD 15 juta dan telah meraih untung sepuluh kali ganda dari kos asal. Ketika ini pula ‘game show’ seperti Money Drop Malaysia mendapat sambutan ramai peminatnya sendiri.
Untuk menang saya pasti kita perlu mempersiapkan diri kita dengan strategi. Mengenal pasti corak permainan dapat membantu kita membuat keputusan dengan cepat. Mungkin kita boleh mengadakan simulasi sendiri untuk membawa pulang wang tunai dari Money Drop Malaysia. Didalam permainan ini, peserta akan diberikan 7 soalan dimana setiap soalan mempunyai pilihan jawapan.
- Soalan 1-3 : 4 pilihan
- Soalan 4-6 : 3 Pilihan
- Soalan 7 : 2 Pilihan
- RM 1,000,000 dibahagikan didalam 50 bungkusan.
Strategi Untuk Menang Money Drop
Ini hanyalah idea gila sahaja. Saya tidak pasti ianya cara yang terbaik. Akan tetapi ia boleh membawa pulang ganjaran wang tunai dibawa pulang. Pada kebiasaannya, soalan 1 hingga 3 ianya agak mudah dan jika boleh duit RM 1 juta tersebut dilaburkan pada satu pilihan jawapan sahaja. Pada soalan yang ke-4 dan seterusnya kita perlulah membahagikan duit itu samarata pada 2 pilihan jawapan sahaja seperti berikut :-
- Soalan 4 : 25 : 25
- Soalan 5 : 13 : 12
- Soalan 6 : 7 : 6
- Soalan 7 : 4 : 3 @ RM 60,000 – RM 80,000 wang boleh dimenangi.
Walaubagaimanapun strategi ini tidak terpakai jika soalan 1 hingga 3 adalah soalan yang susah. Peserta masih lagi berdepan risiko membuat 2 pilihan yang salah dan mengakibatkan kesemua pelaburan kita hilang. Ada strategi 100% menang iaitu dengan banyakkan membaca dan menambahkan ilmu pengetahuan am dan lain-lain malah memenangi hadiah lebih dari perkiraan diatas.
Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan.
– Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta )
– Part-Time Blogger
Jarang2 dpt tgk game nih…tp syok jg sbb dpt tambahkan ilmu am….:D
yas recently posted..iPhone 5 Gajet Impian
btul2..tp ade kes money drop luar negara guna fakta salah..last2 die suro peserta tu join semula..hehe
kalau soalan satu dan dua pun tak leh bawa 1 juta tu..payahlah..
titan recently posted..Masalah malware inteliconcept.com
haha..bek ngalah jer la..
bagus strategi nie…nanti kalau aku terpilih…akan ku pakai strategik nie..hahaha
Geng Droid recently posted..Backup & Restore SMS pada Android Anda
rasa2 tahun depan nak masuk audition game nilah…ari tu terlepas…
hairulafiz recently posted..Gelagat anak-anakku
Kena preparekan diri awal-awal kalau nak masuk money drop.
cuba jek mana tau dapatkan HP
hairulafiz recently posted..Trip #3 : Pantai Lido
Slumdog Millionaire memang best walaupun dihambat dengan kontroversi gara-gara rumah setinggan didalam filem ini.
Tak salah mencuba kalau menang boleh dianggap rezeki. π
akubiomed recently posted..Terkenang daku maruku di pagi Deepavali
betul bro…cuba kalau tak cuba tak tau..
hairulafiz recently posted..Trip #3 : Pantai Lido
kalau otak buku mm boleh menang ni..
cik tom recently posted..Panduan Lengkap Temuduga DPLI-SR j-QAF
slamdog memang terbaik bagi saya…erti buat hidup
saya pon pernah tengok citer tu. memang terbaik lah
Tak pernah tengok game money drop nih.
Mesti kena tengok kalau nak rasa berdebar2..haha
lama x tengok game money drop tu.. memang mendebarkan sekali
donnyien recently posted..Rahsia hidup bahagia Part 1
pernah tengok perempuan hamil dgn suami dia. India…soalan baru 2-3..semua duit nya jatuh. Risau tengok perempuan tu dengan perutnya..
Hahaha… besar cita-cita nampaknya bro jebeng ni ye…
Bagus, bagus!!
faizul recently posted..Smart Camera Samsung NX1000
game sebegini perlu ada strategi yang terperinci. baru boleh kayo! heh π
Ilmu pengetahuan memang penting.. Lepas tu kene confident. Kalau kena gertak sikit dah goyang, memang susah la kan.
Hazmin Hamudin recently posted..Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H
tapi dia gertak xleh lawan jalaludin hassan dalam game who want to be a millionare
hairulafiz recently posted..Lego ketigaku…
seronok gak tgk money drop….mmg soalan agak senang..tp kalau jd peserta..kalu panik, soalan senang pun bileh jadi susah…
Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Cik Note Kena Masuk Wad π
kalau tetiba soalan 1 dah susah tak boleh buat apa la
zool recently posted..Keputusan perlawanan persahabatan Malaysia vs Hong Kong 14 November 2012
djdanchef pernah main mm ni scara on9 siap search kt google nk cari jawapan.. berpeluh2 juga la search kt google nk main mm scara on9 ni sbb diberi beberapa saat je jwb soalan ni
puteri pernah cuba main on9 dulu. money drop bukan saja perlu ilmu pengetahuan yang tinggi tapi juga perlu bijak memasang strategi π
puteri kasih recently posted..Penguasaan Pasaran Telefon Pintar
samalah pernah main on9 tapi soalan dia susah gak…
hairulafiz recently posted..Lego ketigaku…
boleh pinjam ini strategi ehhh…
Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Alan Shearer β Man Utdβs Fantastic Four Is The Most Frightening Ever
tu la kalau sesiapa dapat masuk rancangan realiti ni lepas tu pakai kira2 JO ni..manalah tahu dapat la jugak bawak pulang duittttt walaupon ada jawapan yang salah
Alamak macam belajar probability dekat UNI lah plak .. atau pun nisbah. Hahahah.
Pernah tengok rancangan ni. Tapi kalau terjatuh semua. Alangkah berkecamuk nya hati
apa-apa pun moneydrop memang memberikan ilmu pengetahuan…
saya belum pernah menonton atau main game ni secara online.
game sebegini memerlukan perancangan dan perlu juga pengetahuan meluas dalam banyak perkara.
Banyak juga hadiah yang boleh dimenangi sahabat
Blog Keperawatan recently posted..Masa Pubertas
Bila JO nak masuk game ni? Hehehe
daddydee recently posted..Belajar dan Terus Belajar
Strategi yang menarik dan boleh dipraktikkkan.
daddydee recently posted..Belajar dan Terus Belajar