SSL Percuma : Cloudflare Flexi SSL

Jika tidak silap, pada tahun lepas Cloudflare telah menambah fungsi SSL percuma kepada penggunanya. Perkhidmatan SSL percuma ini adalah kesinambungan Google mengeluarkan entri berkenaan dengan SSL sebagai faktor ‘ranking’ enjin cariannya. Seperti yang sedia maklum, kos yang tinggi untuk membeli sijil SSL ini dan memasangnya sendiri pada server amatlah rumit. Memerlukan beberapa kriteria sepeti IP tetap juga membebankan blogger kecil-kecilan.

SSL Percuma : Cloudflare

Tindakan pihak pembekal perkhidmatan Cloudflare ini disambut dengan sangat baik. Bukan sahaja percuma, malah tetapannya juga amat mudah. Walaupun tidak seperti SSL yang dipasang terus kepada server, SSL percuma cloudflare atau ‘flexi ssl’ ini hanya terpasang pada server Cloudflare sahaja. Mereka beranggapan SSL ini sepatutnya murah ataupun percuma untuk menggalakkan ramai pembuat laman sesawang menggunakannya disebabkan faktor keselamatan, kepercayaan dan lain-lain lagi.

ssl percuma

SSL Percuma : Best ke?

Terdapat kebaikkan dan keburukan yang saya alami ketika membuat tetapan SSL percuma ini. Salah satu keburukkan antaranya ialah membuat pelbagai tetapan semula termasuklah menyenaraikan semula pada enjin carian Google dan Bing. Ini kerana sebelum ini tetapan http telah berpindah ke https. Ini sedikit menyukarkan dan jika tidak dilakukan dengan cermat pasti memberi kesan kepada keputusan enjin carian.

Saya juga tidak dapat melampirkan entri terbaru bagi blog dan laman sesawang yang menggunakan plugin Commentluv. Saya tidak pasti mengapa tetapi ianya akan mengeluarkan ‘error’ tidak boleh link ke entri terbaru saya. Amat mengecewakan. Selain itu ‘error’ ‘mixed content’ dimana percampuran antara sumber dari http dan https. Ianya tidak dibenarkan dan kita perlu mengubahsuai sumber yang digunakan untuk menyelesaikan masalah ini.

SSL Percuma : Kebaikkan

Sudah tentu ada kebaikkan SSL percuma ini, seperti yang kita tahu Cloudflare melindungi hosting dan laman sesawang kita dari serangan DDOS dan pelbagai serangan untuk menyahaktifkan laman sesawang kita. Selain itu juga Cloudflare menyimpan salinan ‘cache’ jika laman sesawang kita tidak dapat beroperasi. Faktor kelajuan dan SSL antara faktor yang perlu dipertimbangkan jika kita mahu Google mesra dengan kita.
overview

Jebeng Otaiā„¢
xtau nk ckp sesal ke x..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 2 Comments

  1. zool

    Lama den tak singgah sini..
    wah ilmu baru kat den ni

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.