Smart TV

Sudah menjadi trend selain paparan skrin, smart tv berkembang bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Mungkin idea ini diambil selepas fungsi telefon bimbit disambung ke paparan televisyen. Lebih-lebih lagi fungsi Wifi diperluaskan kepada televisyen menjadikan permintaan smart tv ini meningkat saban tahun. Selain itu fungsi dan nilai tambah televisyen meningkat dengan adanya smart tv berbanding televisyen biasa yang hanya boleh menonton siaran berbayar atau menggunakan antena yang dipasang diluar.

Smart TV : OS pilihan

Sehingga kini Android mendominasi pasaran telefon pintar. Ianya juga digunakan di perkakasan jam pintar dan juga smart tv. Apa yang saya tahu, setiap jenama menggunakan OS mereka tersendiri seperti Tizen untuk Samsung, WebOs untuk LG, FireFox TV untuk Panasonic dan Roku untuk beberapa jenama televisyen yang lain. Semua fungsi OS ini adalah sama. Apa yang membezakan Tizen, WebOs dan Firefox TV masih lagi baru dan kekurangan aplikasi untuk sistem masing-masing. Bagi mereka yang berminat untuk membeli smart tv, mungkin perkara ini perlu dipertimbangkan dengan sewajarnya.
smart tv

Smart TV : Mudah

Mungkin untuk televisyen kita perlu membeli ‘set top box’ asing untuk ‘upgrade’ fungsi televisyen kita. Perkakasan itu pula perlu disambungan kabel HDMI dan LAN jika tiada fungsi WIFI. Belum lagi ‘power supply’ untuk perkakasan itu. Dengan adanya smart tv, semuanya telah digabungkan kedalam televisyen. Ianya mudah, ringkas dan tidak perlu mengeluarkan modal untuk membeli perkakasan tambahan.

Smart TV : Pendapat

Atas individu masing-masing, smart tv bukanlah keperluan penting. Tetapi dengan peranan dan fungsinya kita boleh mengoptimumkan langganan internet kita dengan menggunakan smart tv. Kos langganan siaran berbayar dapat dikurangkan dengan menonton siaran internet atau IPTV. Bagi masih mencari smart tv pilihan, saya cadangkan smart tv yang menggunakan sistem android. Salah satu sebabnya ialah lambakan aplikasi di Google Play untuk dipasang pada smart tv. Walaupun begitu tidak banyak jenama televisyen yang menggunakan Android sebagai sistem operasi.

Jebeng Otaiā„¢
makin maju dh dunia ni..huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.