Beberapa minggu kebelakangan saya sedikit sibuk dengan projek-projek baru yang bakal dilancarkan di tempat kerja. Hasil pertemuan dengan pembekal IT terkemuka barulah saya dapati betapa ketinggalannya saya dengan teknologi semasa. Menjadi bidan terjun didalam IT ini memberi kejutan budaya kerana ada istilah yang dibentangkan saya tiada idea langsung untuk memahami ketika sesi pembentangan para pembekal. Kerana terpaksa, saya menjalankan sedikit kajian berkenaan dengan GPON.
Apa itu Gpon?
Kita mengetahui selain wireless atau Wifi, sambungan menggunakan kabel Cat5e atau Cat6 adalah perkara biasa. Dan yang terbaru Cat7 untuk transmisi data yang lebih pantas dengan bandwidth yang lebih luar. Bagaimana dengan Gpon? Gpon atau ‘Gigabit Passive Optical Network’ adalah kaedah transmisi data tanpa menggunakan talian tembaga atau lebih mudah menggunakan fiber optik. Banyak kelebihan menggunakan Gpon ini. Antaranya kelajuan transmisi data tersebut adalah kekal walaupun jarak yang jauh berbanding dengan penggunaan tembaga.
Masalah Gpon
Disebabkan ianya teknologi yang baru, saya khuatir pilihan peralatan untuk switch, access point dan beberapa peralatan IT yang lain adalah sangat terhad. Secara teorinya, kelebihan yang ada pada fiber optik sangat berbaloi dengan pelaburan yang telah dikeluarkan. Namun disebabkan kekangan peralatan yang dapat disesuaikan dengan Gpon mungkin kita kene fikir panjang sebelum menggunakannya sepenuhnya. Kos untuk pemasangannya dikatakan lebih murah dari kabel tembaga, tetapi ianya di ‘offset’ pula dengan kos membeli perkakasan.
Potensi Gpon
Jika kita memikirkan kos sahaja, kita mungkin bermasalah. Tetapi jika memikirkan potensi serta kos, mungkin ianya memberi sedikit gambaran bahawa betapa pentingnya penggunaan Gpon ini. Bayangkan jika kesemua bilik hotel menggunakan IPTV secara langsung dari internet, pastinya ianya memberi kesan kepada prestasi serta kepuasan pelanggan. Jujurnya perasaan takut masih ada jika apa yang diharapkan tidak dapat dipenuhi seperti yang dijangkakan.
Teknologi memang tak terkejar. first time dengar tentang gpon ni.
samalah..mungkin zaman dah berbeza sgt T T
hehehe…
saya fikir Gpon itu jepun..
rupa-rupanya salah
mirip2 la..haha
Wah GPON pulak.. huhuhu.. teknologi memang tak terkejar. Penukaran peralatan sedia ada kepada yang lebih terkini teknologinya, memang kita akan waspada disebabkan kekangan kos peralatan atau kos pemasangan yg tinggi. Namun jika kita fikir untuk kemudahan generasi seterusnya, kekangan tersebut boleh disifatkan pelaburan yg berbaloi.
Susah juga ni nak faham term-term dah ulasan teknikal ni hehe
kali pertama aku dengar pasal gpon nih.
huh..
hupdate woi.
Fuhh teknikal giless heee 😉 Tapi explaination Linux Tech Tips memang mudah buat kita faham kan… my favorite tech channel…
Baru tahu ada wire mcm ni call Gpon. Adakah Telekom sudah pakai cable seperti ini? Harap Gpon ni boleh dipasang dengan meluas di Malaysia supaya semua orang dapat menikmati kemudahan nya.