Saya sendiri tertanya-tanya mengapa perangai dikalangan pemandu di negara kita berubah ketika berada didalam kereta ataupun di sewaktu pemanduan. Adakah ianya disebabkan oleh cerita wayang yang disajikan berunsur ganas dan ‘thriller’ seperti Fast and Furious, Italian Job dan berbagai-bagai lagi menyebabkan kita terikut-ikut dengan aksi yang ditayangkan. Ataupun ianya memang semulajadi sifat sabar hilang sewaktu didalam kenderaan persendirian. Saya membaca sebuah berita berkait rapat perubahan sikap pemandu atau samseng jalanan di salah satu negeri di utara Malaysia. Melalui video klip yang dimuat naik ke Youtube, gerun juga melihat tingkah laku pemandu yang hilang sabar akibat kenderaannya dilanggar oleh perakam video klip tersebut. Pemandu yang panas baran itu mengeluarkan payung dan mengetuk cermin hadapan kenderaan perakam video klip itu sehingga retak disamping isteri pemandu itu mengeluarkan isyarat lucah sambil mengendong anaknya.
[media url=”http://www.youtube.com/watch?v=rgcUXw8F9kI” width=”600″ height=”400″]
Siapa sebenar samseng jalanraya?
Walaupun aksi ganas yang sempat dirakam, tetapi bagi saya samseng jalanraya yang sebenar ialah perakam video klip itu. Mengapa? Kerana dia tidak mahu bertanggungjawab keatas kerosakkan yang dilakukan terhadap kenderaan pemandu yang panas baran itu. Pihak insurans sudah tentu tidak mahu membiayai kerosakkan kecil seperti itu. Disebabkan itulah pemandu MPV itu naik angin dan hilang sabar. Jika dihantar ke kedai, kos yang diperlukan untuk mengecat semula mencecah RM800 sebab ia perlu disembur keseluruhan bumper hadapan untuk mengelakkan cat tidak rata. Sebagai pemandu bertanggungjawab, perkara sebegini boleh diselesaikan secara bijaksana dan berhemah dengan berbincang dengan elok. Mustahil untuk sesorang itu panas baran secara tiba-tiba tanpa sebab. Jika tidak boleh menyelesaikan keseluruhan kos pon, separuh sahaja sudah memadai. Selain dari sabar, nilai tolak ansur juga perlu didalam pemanduan. Sikap penting diri sendiri akhirnya akan membawa kerugian pada kita kelak.
ganas juga ya orang dekat negara kita nih
nmpk lembut jer kan..dalam hati ade gelanggang wwe..hehe
1. mungkin perakam ni salah, dah lah lannggar kereta org, x nak keluar, pastu rakam plak
2. mungkin yg marah marah ni yg salah, keluar x bagi signal, pastu x puas hati (maklumlah org kaya yg rasa dirinya betul) pastu org yg dilanggar(perakam) takut pastu merakam utk menunjukkan betapa org pelanggar(pemarah) ni keterlaluan, dah la langgar pastu x puas hati, rosakkan kereta org plak, dengan cara merakam, ada bukti
kalo salah seorang bertolak ansur pastinya xkan lebih parah..huhu
negara kita ada undang undang.. sepatutnya catat sahaja no pendaftaran dan terus ke balai.. di sana akan ada pegawai yang akan menyelesaikannya mengikut saluran yang betul.
memang ganas…sebenarnyer mungkin melalui perbincangan dan tolak ansur boleh kawtim…
kebiasaannya senang jika kita berbincang..lgpon kerosakkan skit jer..
Pernah berada dalam situasi kemalangan kecil sperti ini. Apa pun semuanya boleh diselesaikan jika dibincangkan elok-elok..
sudah adat memandu.. mesti akan ada kemalangan
pernah tengok satu kes kemalangan kat tempat parking..2,2 pemandu keluar, tengok kereta masingΒ², salam dan borakΒ²..hehe
sebab 2,2 salah kot..masingΒ² undur belakang laju tak perasan kereta mereka akan bertembung
ramai samseng lagi rupanya..
bakat terpendam tu π
semakin banyak berubah kan π
Yang melanggar pun cuai dan yang kena langgar naik hantu.
elok polis siasat dulu, perakam buat langkah pertama yg bijak juga.
saya setuju juga tu… siapa yang bertindak ganas pasti akan menerima akibatnya nanti..
sesetengah orang memang mudah naik angin dalam masa singkat
tu yg bhya tu..
Kalau masing-masing taknak mengalah, saman je dua-dua. Senang cerita.
aah..bru adil..
bukan setakat saman jer tu.. rasanya dah jadi kes mahkamah kot.. huhu
Sama-sama tunjuk keras π
sape yg lebih keras..hehe
kita tak perlu cari salah siapa…budi bahasa budaya kita cool je
btul..perkara boleh berbincang..terlanggar sedikit shja..masing2 nk tunjuk ego..
huh samseng betul tu…
rambut sama hitam.. π
Entahlah, kenapa jadi camni. Kalau kat jalan raya jer jadi panas baran. Sikit2 nak marah. Janganlah camni cool lah…
jdilah pemandu berhemah.. π
Adoiii sama-sama naik angin suami isteri tu..yang duk rakan video tu selamber dia jerrakan smpai habis..memang berani betul la..tapi berbaloi ke cermin kereta tu dah retak??
kos cermin (insurans cover) tu lebih murah dari kos cat (rasanya xdak insurans cover) sbnarnya..hehe
biasa la bro
nie la namanya samseng jalanan…
hahaha
tapi yg pelik keluar dari kereta terus jadi sopan santun
yela..pttnya bleh jer berbincang..mslh kecik jer tu..huhu
Tak tau sapa yang salah π
kalo nk diikutkan dua2 yg salah..huhu
uish. samseng tu samseng jugak. kalau tersilap tunjuk samseng dekat samseng yang betul itu memang naya. jadi bersabar je lah. haha! π
entri kau pasal pemandu keretakan?
meh singgah blog aku baca kisah pemandu pelancong pula.
itupun kalau sudi le. hehe!
psl pemandu pelancong?..menarik gak tu.. π
macam2 sebab boleh jadikan manusia naik angin
[termasuk aku]
marah tu perkara biasa dan normal tu cikgu..cuma kene kawal elok2..kalo x bhya..huhu
garang juga cikgu tehr.. π
Samseng ni semua mesti sebab panas baran cepat marah.
xleh tahan kemarahan..mmg samseng btul..
lumrah di atas jalanraya…saya juga tak terlepas dari sikap marah semasa memandu…tetapi jika pemandu lain mengikut tatatertib semasa di jalanraya, pasti tidak berlaku… contoh masuk simpang tidak beri signal..bukankah itu membahayakan pemandu lain… kadang-kadang kita kena fikir juga keselamatan pemandu lain…
bab x bg signal tu mmg sy setuju..kdg2 main masuk jer…bhya kat penunggang motosikal..
Betul tu.. Saya setuju… Sebagai pemandu kita perlu bertolak ansur dengan para pemandu yang lain.. Barulah hidup kita aman dan harmoni..
yela..boleh dibawak berbincang..calar skit jer..biasalah..huhu
huhu macam2 org sekrang ni..
aah..mmg berbagai ragam..hhuhu
Brader dalam kereta ni samseng sebenonye.. da salah xmau bertanggungjawab
mungkin juga tu..kenapa die x kuar jer..
dalam kes ini, dua2 tu salah
yela..sorg cuai..yg satu x berhati2..
seeloknya berbincang kan…bila hilang sabar macam macam boleh terjadi
tu lah yg terbaik..
Ekkkk.. Garang gila mamat ni… Minah tu plak ganas juga.. Seram ak.. Orang dalam kereta tu asal x lari je ??
sbb nk upload kat youtube agknya..hehe
rakyat malaysia memang dikenali penuh dengan budi bahasa tetapi tidak ketika di jalan raya. Setuju?
aah..hilang di jalanraya agknya..hehe
Mungkin kerana laju sangat menyebabkan budi bahasa tertinggal kat belakang…
tolak angsur adalah sgt penting..
kalau gi mahkamah rasanya pemilik kereta pemandu boleh dakwa sbb ada rekod pecahkan cermin dgn sengaja π
tp x tahan dgn bawa baby pun.. iks x tau nak kata lah
kerosakkannya skit jer..tp mungkin ego sgt agknya..
kan tak pasal2 retak cermin depan kereta tu.. Ambik
menang jdik abu..kalah jdik arang..bio sama2 rentung..huhu
Waktu belajar ambik lesen x belajar pendidikan akhlak kot.
kene masukkan dlm silibus tu..
kata org tua2 driver penang mmg ganas sikit. kan
erk..bio btul bro?..
betul tu…dah salah tak nak bertanggung jawab…rasanya ramai orang akan amik tindakan sama seperti lelaki dalam video bila sudah marah…
yela..cuma kene tahan marah tu..bwk erbincang lebih elok..
Kan dah retak sekali cermin dia…padan muka….hahahah
sama2 rugi..hehe
pehh..memang super samseng nih..
super duper tu bro..
ermm mudah ker kita sudah hilang pertimbangan ketika ini??? rasanya kedua2 salah kerana tidak dapat mengawal keadaan… jika salah satu tidak mahu berbincang memang ada alternatif lain seperti bro sarankan.. insurans, report, catit no. kenderaan jika sempat no road tax skali…
p/s: tak guna juga kita bercakap dengan bara jika kita tahu bara tuh akan terus menjadi api menyala kan bro? elok disejukkan dengan air.. hee
Kalau kat Penang,.. aku memang tak nak komen apa2. π
Tgh mabuk kot…..tu yg jd lagu tuu…hahaha
pernah ada pengalaman mcm ni….dah langgar pastu lari plak…
Cuba pandu kat Penang tengok apa yang terjadi terutamanya kalau nak pergi kat Gurney Drive
Jenuh la kalau kena dlm situasi macam ni.