Serverfreak Semi-Pro Plan : Hosting Pilihan

Reputasi Serverfreak dari segi bantuan khidmat pelanggan adalah yang terbaik dan tidak dapat dinafikan. Jebengotai.com sebelum ini penah menggunakan beberapa hosting ‘budget’ sebelum ini dan akhirnya memilih Serverfreak atas sebab hosting sebelum ini tidak mesra pelanggan. Segala masalah yang dilaporkan akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Dan paling tidak munasabah ialah untuk menyelesaikan masalah kita perlu ‘upgrade’ pelan langganan dan ini meningkatkan kos hosting. Sudah hampir 3 tahun saya beralih ke hosting Serverfreak dan syukur tidak banyak masalah yang timbul dan kalau ada pun dapat diselesaikan dengan cepat. Walaupun sebelum ini berdepan dengan masalah kod malware, tetapi pihak Serverfreak kerap membantu apa sahaja masalah yang dihadi pelanggan. Pengenalan Serverfreak Semi-Pro Plan, pada saya adalah sesuatu yang menarik dan positif.

Serverfreak Semi-Pro : Pelan Baru

Pelan hosting terbaru ini pada saya sangat menarik untuk mana-mana ‘blogger’ kerana ianya dilengkapi dengan ‘unlimited SSL’ untuk setiap domain yang menggunakan pelan ini. 10 domain dibenarkan untuk menggunakan pelan ini. Agak menarik bukan, kerana Google akan memberikan sedikit ‘perhatian’ kepada laman sesawang yang menggunakan https berbanding http. Selain itu hosting ini menggunakan storan 25GB Fast Raid10 yang memberi prestasi kelajuan terbaik. Dikuasakan dengan server Litespeed, 100GB bandwidth dan dioptimumkan untuk WordPress.

serverfreak semi-pro

Serverfreak Semi-Pro : Harga

Harga untuk pelan ini adalah RM 299 untuk setahun. SSL pula akan diperbaharui automatik jika masih melanggan pelan ini. Pada pendapat saya, pelan ini amat bersesuaian bagi mereka yang ingin menggunakan SSL dengan pelaburan minima. Jika kita menjual atau berkongsi dengan 10 orang atau domain berlainan, kos yang perlu dibayar ialah RM 29.00 seorang untuk hosting sahaja dan tidak lebih dari RM 80 setahun termasuk domain. Saya terlupa, bagi mereka yang melanggan pelan ini 1 domain percuma akan diberikan.

Serverfreak Semi-Pro : SEO

Entri “HTTPS as a ranking signal“, menekankan peranan https akan meningkatkan ranking carian blog atau laman sesawang kita. Bagi Google keselamatan pengguna menjadi keutamaan. Walaupun semua aplikasi dari Google adalah selamat tidak bermakna laman sesawang lain juga begitu.

serverfreak semi-pro

Jebeng Otaiā„¢
kene crik member utk kongsi2..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 2 Comments

  1. titan

    untunglah..

    hang pakai https rupanya eh..

    1. jebengotai

      x untung lg..sbb yg ni pki cloudflare..huhu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.