Serverfreak Diserang

Mereka yang pakar pun boleh diserang, apatah lagi kita yang masih hijau ini untuk menyekat serangan demi serangan. Saya telah menerima satu email dari Serverfreak bahawa mereka telah menukar IP DNS mereka kepada IP yang baru. Mereka mengatakan DNS mereka diserang. Tidak pasti serangan yang bagaimana kemungkinan besar serangan DDOS yang selalunya dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ataupun lain-lain serangan. Bagi mereka yang tidak menggunakan Cloudflare atau ‘custom DNS’ tidak perlulah membuat apa-apa perubahan kerana mereka sudah lakukannya terlebih dahulu.

Dear Client,

Please be inform that 116.0.121.200 is under attack. Therefore we have changed the server IP to 116.0.121.203. If your domain is using custom DNS, please update the A record to reflect the changes. If you are using our DNS server, there is no changes required from your end.

Your hosting account under domain jebengotai.com is affected.

Please contact our support if you need further assistance.

Best regards,
Sam Lee

Serverfreak Diserang : Malang

Agak malang juga bagi saya kerana saya baru menyedari email mereka pada pagi ini. Lebih-lebih lagi saya menggunakan Cloudflare dimana IP DNS lama masih digunakan atau tidak dikemaskini. Sememangnya mereka yang mempunyai laman sesawang, jika ‘down’ atau tidak dapat beroperasi seperti biasa adalah sesuatu yang merugikan.

Serverfreak Diserang : Alert

Mungkin selepas ini saya perlu ‘alert’ dengan setiap email yang diterima terutamanya dari Serverfreak. Pasrah dengan apa yang berlaku, walaupun laman sesawang kita dilengkapi plugin keselamatan. Serangan DNS adalah sesuatu diluar kawalan kita. Walaupun begitu, bantuan dan ‘support’ dari Serverfreak adalah yang terbaik setakat ini. Memang tidak mengecewakan.

Jebeng Otaiā„¢
ssh kan byk dengki..huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 8 Comments

  1. Afif Rayyan

    Pergghhhh.. dasat sungguh puak hackers sekarang nie

  2. Khairul Zamri

    DDOS attack ni memang selalu camni. Tapi saya tak terima apa-apa pun pasal pertukaran ini.

    1. jebengotai

      mungkin sbb dh pki default dns serverfreak..

  3. cik tom

    ciktom baru jgk tukar ke serverfreak bulan lepas…tapi takde dapat sebarang email..

  4. titan

    sabaq ajelah wehh..

    benda biasa nih.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.