Senangpay Memang Senang

Bagi sesiapa yang gemar ‘shopping’ didalam talian pasti akan menggunakan salah satu perkhidmatan bayaran melalui talian seperti Ipay, Molpay, Netpay, Paypal dan beberapa perkhidmatan ini sebelum dapat membeli produk-produk yang dijual. Perkembangan teknologi seiring dengan statistik pembeli dalam talian yang semakin meningkat dari saban tahun. Pasaran yang luas, fleksibel dan lebih efisien mendorong perkhidmatan bayaran online ini berkembang daripada sistem yang kompleks kepada sistem yang lebih mesra pengguna atau lebih tepat lagi para peniaga dalam talian.

Senangpay : Perkhidmatan Terbaru

Mungkin ada yang terserempak perkhidmatan ini ketika membayar didalam talian ataupun mungkin yang tengah mengkaji pilihan perkhidmatan bayaran manakah yang lebih mesra pengguna dan kos yang sedikit untuk membangunkan kedai dalam talian. Bagi mereka yang sudah tahu atau biasa menggunakan WordPress dan Woocommerce, penyediaan kedai dalam talian anda menjadi lebih mudah kerana ‘plugin’ perkhidmatan bayaran Senangpay ini boleh didapati di laman sesawangnya. Ini juga sedikit sebanyak mengurangkan kos dan menjimatkan masa berbanding plugin lain seperti Ipay yang sedikit rumit dalam integrasi sistem bayaran talian.

senangpay
Kredit : Senangpay

Senangpay : Kos Penyediaan

Dengan hanya yuran tahunan sebanyak RM 100 ( tidak termasuk GST), dan cas 3% untuk setiap transaksi pada saya perkhidmatan ini agak murah untuk permulaan atau ‘beginner’ kerana berbanding dengan Ipay yang memerlukan RM 400 untuk yuran seumur hidup pasti akan sedikit membebankan mereka yang ingin mula berkecimpung dalam perniagaan dalam talian. Jika ingin mencuba selama 2 hingga 3 tahun dan tidak berminat untuk menjual selepas itu, peniaga tidak akan rugi berbanding yuran seumur hidup itu. Berikut adalah perbandingan antara perkhidmatan bayaran dalam talian.

senangpay

Senangpay : Fleksibel

Salah satu keistimewaan Senangpay ialah ianya sangat fleksibel. Para peniaga dalam talian tidak perlu fikir sama ada perlu untuk membuat blog atau laman sesawang sendiri. Senangpay menyediakan ruang atau ‘form’ untuk belian dimana, link tersebut boleh di kongsi di Whatapp atau Facebook. Pembeli hanya perlu klik link tersebut, ‘form’ belian akan keluar dan pembeli hanya perlu melengkapkan butiran kad debit atau kad kredit di ‘form’ tersebut. Mudahkan. Ia merupakan bonus bagi mereka yang memikirkan untuk menjimatkan kos laman sesawang dan memang sangat sesuai untuk ‘beginner’.

senangpay
Kredit : Senangpay
Jebeng Otai™
hidup dah senang dah 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.