Selfish

Sebelum saya meneruskan dengan lebih lanjut saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang terlibat atau berkait secara langsung ataupun tidak dengan salah satu program yang ingin saya nukil kan didalam entri ini. Beberapa hari yang lepas, saya menerima panggilan telefon menjemput untuk hadir mendengar taklimat MLM berkaitan dengan salah satu perisian yang boleh dikatakan popular dikalangan masyarakat hari ini. Mereka menjual produk pendidikan untuk membantu anak-anak atau pelajar-pelajar yang ingin ‘skor A’ didalam setiap peperiksaan. Saya akui program ini sangat bernas dan pada pendapat saya ianya memang dapat membantu pelajar-pelajar dengan setiap subjek mengikut silibus yang ditetapkan KPM. Testimoni yang diberikan oleh pelanggan amat menggalakkan. Pelbagai fungsi yang menarik dan salah satu terutamanya ialah perlu menjawab 80% soalan dengan tepat sebelum dapat melangkah ke peringkat seterusnya. Sama seperti permainan video dimana pemain perlu menyelesaikan masalah tertentu untuk mendapat senjata atau ‘level’ seterusnya.

spm-exam

Credit : eduspiral.files.wordpress.com

Harga untuk ‘starter pack’ boleh dikatakan agak murah untuk setahun persekolahan. Untuk tahun seterusnya, pengguna perlu ‘top up’ untuk latihan dan ujian mengikut darjah dan tingkatan. Bagi mereka yang ingin melihat anaknya berjaya pada saya ia tidak merugikan kerana saya pasti dengan penggunaan yang konsisten saya yakin pelajar boleh mencapai keputusan yang cemerlang.

Segalanya seperti berjalan lancar sehinggalah ‘boss’ disitu mengatakan jika pelajar tidak cemerlang ia bukanlah salah kita atau pengedar perisian ini khususnya. Mungkin bagi sesetengah orang setuju pada pendapat ‘boss’ syarikat itu. Kita hanya menjual produk dan tiada tanggungjawab langsung untuk memastikan pelajar samada berjaya ataupun tidak. Saya terfikir sejenak setelah tersentak dengan kata-kata beliau. Apa yang ingin saya sampaikan ialah perbezaan antara pendidikan yang diberi secara ikhlas seperti guru-guru dibandingkan dengan pendidikan diberikan secara jualan langsung atau perniagaan. Terlalu jauh bezanya. Syarikat ini hanya mementingkan jualan dan pendapatan semata-mata.

Pelajar cemerlang atau tidak ia tetap merupakan tanggungjawab masyarakat sebenarnya. Jika kita tidak mengendahkan pelajar-pelajar ini mereka seperti dipinggirkan dan kebanyakkannya memberontak disebabkan pandangan negatif masyarakat. Apalah salahnya jika ada pelajar-pelajar yang tidak cemerlang dengan keputusan peperiksaan diberi perhatian seperti memberi pengetahuan meluas alternatif lain melanjutkan pelajaran. Berikan galakkan untuk mereka meneruskan pelajaran dan bukannya hanya tamat setakat tingkatan lima sahaja. Pelbagai kemahiran boleh dipelajari dan baru-baru ini saya ternampak ‘banner’ jawatan kosong di Singapura mencari juru kimpal disana. Gaji yang diberikan boleh mencecah RM10,000. Pekerja yang mempunyai kemahiran sangat diperlukan di negara kita. Juru kimpal hanyalah contoh sahaja, banyak lagi kerja yang boleh diterokai asalkan mahu dan minat sahaja. Akhirnya saya meninggalkan ‘boss’ tersebut disebabkan kata-katanya yang pada dia mungkin tiada apa-apa. Tetapi pada saya sifat ‘selfish’ yang dipamerkan sama hanyirnya dengan ikan-ikan di pasar.

Jebeng Otai™
Skor A itu ok..manager tu yg x ok..huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 18 Comments

  1. hairulafiz

    memang hanya memikirkan keuntungan aje

  2. akubiomed

    Terus terang saya tidak ada masalah apa sekali pun mekanisme latihan @ latih tubi @ ulangkaji @ apa nama diberi. Cuma ia diberi nafas baru kalau cara konvensional adalah mengunakan kertas dan sekarang ini mengunakan modul online.

    Masalah yang saya hadapi adalah teknik belajar yang berkesan dan semangat untuk belajar. Kalau tidak tahu boleh bertanya. Ini kalau berat mulut apa pun tak jadi.

  3. anif

    Dulu-dulu saya ingat “selfish” tu jual ikan! 😀

  4. Hazmin Hamudin

    Biasa la orang MLM. Memang niat asal diorang tu nak buat duit je. Saya kalau dengar MLM walau baik macam mana, terus tak berminat.

    1. hafizmd

      Sama. Setakat ni, apa saja sistem MLM, wajarlah dijauhi

  5. azman

    Kalau saya pun,saya akan blah – first impression dia dah buat spoil.

  6. Bro Zulkbo

    salam..
    kalau dah nama Boss tu sedikit
    sebanyak memang ada sikap selfish
    kita nak kena banyak sabar Bro..

    Boss saya dulu sendri pun pernah
    berkata pada saya bila saya komen
    sikap beliau, anda tahu apa katanya..?
    “kalau pandai sendiri jadi Boss la Zul”

  7. TehR

    dia dah kehilangan seorang pelanggan
    kejayaan seseorang memang atas usahanya sendiri
    tapi dia tak boleh la cakap macam tu
    diam adalah lebih baik

    1. syaifuddin alias

      mungkin dia akn sedar nanti..tp kalau tak sedar jugak tak tau la

  8. titan

    aku simpan komen aku bab ni. haha..

    1. hafizmd

      Jgn simpan2. nanti busuk =) hehe

  9. hafizmd

    Sistem ni antara sistem yg dikatakan berjaya cuma bila didasarkan atas MLM, tu yg tak syok tuh..sistem jadi lebih mahal dr biasa.

    Ada jugak ambe tgk,apa nama..lupa pulaak..lebih murah dan testimonialnya jugak bagus..

    Apa jua sistemnya, ambe ttp rasa sentuhan ikhlas seorang pendidik mampu melahirkan seorang ulama mahupun seorang PM =)

    Sekadar pendapat ambe saje..peace

  10. Panas Giler (djchef)

    Betul tu , pendidikan yang diberi secara ikhlas dan tulus adalah lebih berkat..

  11. ohcikgu

    skor A ni ok. kalau guna untuk latihan. Kalau ada yang tak dapat A..kiranya belum cukup usaha la tu..pendek kata, nak dapat A..memang kena usaha berlipat ganda.

  12. papa mifz

    produk skor A tuh rasanya bagus…tapi sesetengah mereka yang menyampaikan info pasal produk skor A yang tak berapa nak betul…

  13. daddydee

    Ya betul tu tuan. Sepatutnya tugas penjual itu untuk follow up keberkesanan Skor A itu sendiri. Apa maslaahnya, untuk dipertingkatkan lagi sistemnya. Itu yang terbaik.

  14. daddydee

    Tapi kalau saya Skor A hanya saya pilih sebagai pilihan ketiga. Pilihan pertama adalah sekolah formal. Itu tempat kita belajar tentang kehidupan dan bersosial. Pilihan kedua adalah kelas tuisyen, tak masuk kelas tuisyen tak semestinya tak berjaya. Tapi kelas tuisyen juga membantu perkembangan sosial anak-anak.

    Skor A mungkin akan melahirkan pelajar yang pintar tapi dari segi sosial mungkin tidak. Kalaun belajar sesorang depan PC je. hurm….

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.