Selamat Hari Raya Aidil Adha 2013

Tidak terlambat saya ingin ucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini kepada semua pengungjung yang sudi singgah di blog saya. Banyak peristiwa sebenarnya berlaku pada hari ini. Hari Raya Aidil Adha ini saya sambut sederhana sahaja pada tahun ini, mungkin kerana ianya jatuh pada hari Selasa dan cuti pula hanyalah sehari sahaja. Pengisian Hari Raya Haji ini adalah penghayatan dari kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s yang boleh dijadikan iktibar dan panduan kepada kita. Pengorbanan yang besar tetap dilakukan atas perintahNYA dengan taat dan sabar walaupun ada pertalian darah antara Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Saya ada terbaca risalah yang diedarkan tentang ibadat korban yang sepatutnya halal dan boleh mendapat pahala menjadi haram malah menambah dosa. Salah satu contoh seperti ketika melapah daging, organ-organ dalaman atau lain-lain sepatutnya diberikan kepada tuan punya haiwan korban dan tidak boleh diambil tanpa kebenaran untuk dibawa pulang kerana ditakuti menjadi haram pula. Begitu juga dengan daging korban yang kita dapat, jika terlalu banyak adalah lebih baik diberikan kepada yang miskin dan yang memerlukan. Wallahualam.

Hari Raya Aidil Adha

Hadiah Hari Raya Aidil Adha : Keputusan Mahkamah penggunaan ‘Kalimah Allah’
Mahkamah menetapkan bahawa Kalimah Allah ini adalah hak eksklusif umat Islam. Hujah-hujah yang diberikan para barisan peguam Muslim berjaya mematahkan hujah-hujah diberikan peguam yang menuntut penggunaan kalimah tersebut. Kalimah Allah bukan boleh diterjemah kepada bahasa Melayu, malah ianya adalah kata nama ‘khas’ yang tidak boleh diterjemah yang boleh membawa pengertian yang lain. Walaupun begitu, mereka dikatakan akan tetap menuntut di Mahkamah Persekutuan dalam tempoh masa 30 hari.

Hadiah Hari Raya Aidil Adha : Malaysia (1) – Bahrain (1)
Tahniah diucapkan kepada Harimau Malaya kerana mendapat seri dan sepatutnya kita boleh menang ditempat sendiri. Apakan daya, mungkin salah percaturan atau taktikal kerana kita sering kali menghantar bola tinggi serta pemain tengah yang agak tidak berfungsi. Tetapi, pujian diberikan kepada Mat Yo kerana berjaya menjaringkan gol penyamaan.

JebengOtaiβ„’
Perjuangan belum selesai πŸ™‚

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 15 Comments

  1. Mus

    selamat hari raya aidiladha bro

  2. onlajer

    Selamat menyambut aidil adha bro dan alhamdulilah keputusan kalimah Allah memehak kepada kita

    1. jebengotai

      syukur tu sgt2..tp perjuangan blum selesai.. πŸ™‚

  3. wazy

    Selamat Hari Raya Aidil Adha

  4. Rina

    Selamat Hari Raya Aidil Adha …
    Semoga Allah SWT menerima semua ibadah kita di hari kurban ini

  5. Mak Lagenda

    eh eh..mcm pernah ku lihat pic lembu tu berposing tp di blo sapa ya?? Hahaha..

    Apapun, slamat hari raya qurban beng!!

  6. hafidz

    Siapa sangka Hari raya Aidiladha tahun ini ada hadiah yang terbaik πŸ™‚

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.