Samsung Galaxy S4 : Raja Segala Smartphone

Strategi dan taktik perniagaan yang digunakan Samsung untuk menguasai pasaran telefon pintar sangat luar biasa. Kagum apabila melihat semangat Samsung meneruskan perjuangan mereka. Baru sahaja iPad mini dilancarkan dan iPhone 5 mula mendapat sambutan, Samsung telah mempersiapkan diri untuk telefon pintar seterusnya, Samsung Galaxy S4. Banyak sumber mengatakan ianya akan dilengkapi dengan unit pemprosesan yang lebih canggih dan efisien. Samsung dikatakan akan menggunakan Exynos 5450 fabrikasi mengikut ‘architecture’ ARM Cortex A15 berbanding A9 yang digunakan pada S3. Tetapan ‘clock’ akan ditetapkan pada 2.0GHz akan meningkatkan prestasi dari semua model yang pernah Samsung bina. Apple tidak menyiarkan spesifikasi produknya, Iphone 5. Ramai yang tidak pasti dan tertanya-tanya mengapa Apple buat begitu. Beberapa sumber mengatakan unit prosessor yang digunakan, A6 Soc telah di ‘custom made’ sendiri oleh Apple. Sukar untuk menjalankan uji kaji tetapi dipercayai A6 Soc ini adalah dual core menggunakan ‘architecture’ ARM Cortex A15. Dengan ‘clock’ 1Ghz. Tidak hairan lah mengapa bateri Iphone 5 boleh tahan lama. Ada juga yang berpendapat, cip A6 ini dibuat oleh Samsung dan dimodifikasi oleh Apple.

samsung galaxy s4

Paparan
Paparan Samsung Galaxy S4 ini akan menggunakan OLED, dimana teknologi ini digunakan pada LCD jenama Samsung. Bersaiz 4.8 inci, ia pastinya memberi gambaran yang jelas dan terang serta lebih menarik. Skrin ini tidak memerlukan tenaga elektrik untuk paparan hitam dan hanya menggunakan tenaga untuk warna putih dan paparan warna yang lain. Walaupun begitu paparan OLED ini dikatakan akan mengalami ‘sedikit’ masalah warna apabila lama digunakan. Jika diikutkan ianya tidak menjadi masalah kerana selepas Samsung Galaxy S4 dipasarkan pengumuman Samsung Galaxy S5 akan menyusul.

OS
Dalam masa beberapa bulan lagi, Android Key Lime Pie akan dilancarkan. Samsung Galaxy S4 dikatakan akan menggunakan OS ini. Banyak ‘features’ baru diperkenalkan antaranya meningkatkan keselamatan, ‘multiple profile’, penambahan menu tetapan pantas dan sebagainya. Mungkin juga aplikasi untuk membuat pangilan video akan diperkenalkan berbanding menggunakan Skype dan lain-lain aplikasi.

Bateri, Simpanan, Kamera
Samsung Galaxy S4 akan menggunakan 32oomAH jauh lebih besar dari Samsung Galaxy S3. Ia juga dikatakan dijual dengan ‘storage’ 32GB,64Gb dan 128GB. Tidak seperti Iphone, ia dilengkapi dengan slot kad tambahan jika ingin menyimpannya didalam memori kad. Gadget ini akan menggunakan 13MP kamera dan 1.9MP kamera hadapan. Samsung akan mengumumkan siri Galaxy ini pada tahun hadapan.

Jebeng Otaiβ„’
aik..keluar ag yg baru..huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 57 Comments

  1. shraqs

    Samsung memang nak cari nahas kalau diorang keluarkan produk cepat2. Sekarang ramai pengguna dah bising & siap buat petisyen lagi sebab proses update diorang yang terlalu lambat…

    1. jebengotai

      btul juga..bahagian update tu pon satu mslh juga..geram pon ade..huuhu

  2. Shasha Mohamed

    Wah! Saya suka fungsi kamera dia sampai 13mp, senang ambik gambar kalau tak bawa kamera.
    Ntah berapa la harga dia nanti πŸ˜‰

    1. jebengotai

      mungkin harga ketika itu sama ketika s3 launching..sbb material dah murah masa tu..hehe

  3. lewisdotmy

    kalau keluar tahun depan, biarlah keluar lambat sikit, dalam bulan Ogos ke baru bagus kan sbb skrg ni s3 masih lagi sgt top

    1. jebengotai

      sy xpasti..mungkin diorg target hujung tahun dpan agaknya..diorg nk sekat penjualan iphone sbnarnya..hehe

  4. Hafizul

    emm keluar yang baru pulak ke??adoii cepat betul la..bro, tak join ke contest denaihati??hehe..iphone 5 tuhhh…

    1. jebengotai

      nnt sy join..nk gak mende free ni..hehe

  5. akubiomed

    Cepat betul. Nanti satu hari akan ada sindrom cutsomer exhausted yang mahu gajet terbaru.

  6. pahan

    tumpang info bro

  7. zool

    tak rajin nak follow.. tapi camne ngan bateri ek? samsung byk makan bateri kan?

    1. jebengotai

      aah…ramai juga yg mempersoalkan prestasi bateri sbb clock dh 2ghz..kita tunggu features tech terbaru dari samsung.. πŸ™‚

      1. zool

        tu yg tak berani nak beli tu… ***sebenarnyakedekutnakkeluarduitribu-ributu**

  8. Naziman

    Wah kamera 13MP la, memang power la ni nanti.

    1. jebengotai

      walaupun smartphone samsung canggih..tp dri segi kamera agak kureng skit la..

  9. rahman

    memang gigih samsung .. πŸ™‚

  10. iAwani

    saya ikuti perkembangan Samsung sepanjang masa dan saya ada ada membaca mengenai hal ni. Pelancaran rasmi S4 hanya akan dibuat pada pertengahan Mei 2013 tapi prototaip Samsung Galaxy S4 akan diperkenalkan pada Consumer Electronic Show 2013 di Las vegas dan Mobile Word Congress 2013 yang akan diadakan di Barcelona. Dari segi aspek pemasaran, Samsung cuba menepukan pasaran dengan produk-produknya seperti yang dilakukan oleh Nokia satu masa dulu.

    1. jebengotai

      cuma nokia tidak mahu menggunakan android yg lebih popular dikalangan pengguna berbanding symbian..windows pon ssh gak sbb x byk developer cam android..

  11. auc dot com

    huh x terkejar dah
    ade je gajet baru yg kuar πŸ™‚

    1. jebengotai

      btul tu..bru jer tgh panas2..kuar lak yg bru..hehe

  12. titan

    jadi..permaisurinya siapa?

    1. hafidz

      err…
      apple kot?
      sebab samsung dan apple kan saling bergantung, heh. πŸ˜†

      1. jebengotai

        mungkin la..apple pon bergantung kepada samsung utk buat cip..tp rasanya mungkin zte.. πŸ™‚

  13. Juan

    aku rasa, sampai suatu masa nanti pasti tepu

    1. jebengotai

      dijangkakan 2015-2020..tp kalo diorg leh atur transistor secara molekular..fuhh xdpt nk bygkan..

  14. Hazmin Hamudin

    Sampai tak larat dah nak ikut perkembangan teknologi ni.. Kalau setakat harga puluhan ringgit ok lagi… Kalau harga beribu mamang susah orang nak ikut.

    1. jebengotai

      aha..psl duit tu jer yg statik..x berkembang2..hehe

  15. Eizil

    S3 pun tak sempat nak cuba, dah ada spesifikasi untuk S4… teknologi berkembang semakin maju, tapi bila baca artikel ni, macam menggugat jiwa juga…

    Apapun, tiada perancangan untuk bertukar telefon buat masa ni, telefon sedia ada sudah cukup untuk aktiviti seharian setakat ni. πŸ™‚

    1. jebengotai

      kalo x silap sy..hukum moore tu mmg akan berganda dari setiap tahun..so utk gadget tahun dpan pasti dua kali bgus dari skang.. πŸ™‚

  16. faizul

    fuh, S3 pun saya belum dapat pegang lagi dah nak keluar yang 4 dan 5 pulak. Cepat giler teknologi ni berjalan ye.

    Anyway, it’s all about business πŸ™‚

    1. jebengotai

      yela..mungkin probably target market utk org yg baru kerja kot..hehe

  17. papa mifz

    tak terikut la trend smartphone skrg, terlalu pantas sgt tukar model baru…huhu

  18. zik

    adueww.. kenapa lah aku punya $$$$sikit..kena usaha lebih, untuk dapatkan gadget impian..huhu

  19. chii

    mak aih..cepat sungguh..x mustahil akan ada s5 pasni kan…

  20. cik tom

    asyik keluar baru je.xmyempat nk follow up..

  21. onlajer

    syarikat handphone selalu updated cuma kita je yang tak dapat nak selalu updated handphone

  22. Puan Bardboo

    walau keluar yang baru, tetap ku setia dengan yang lama..huhu..

  23. hairulafiz

    baru berangan nak amik S3 dah nak kuar S4 plak….

  24. hafizrahim

    s3 pun baru suam-suam kuku di tangan..dah nak kuar s4..perghhh..gila laju diorang ni..tunggu s8 baru aku trade in s3 aku ni..hahaha

  25. hafizmd

    fuh! ambe mmg tumpang bace dan nengok aje dulu…makin meriah…sana sini ambe tgk produk samsung..

    budak2 sekolahpun pakai s3…dasat!

  26. sollehahn

    erk…dah kuar plak pasal s4…lol…
    tgok semula spec tu bro…takkan 2.0Hz je…2.0GHz patutnya =D

  27. hatiputera

    persaingan yang terlalu cepat kekadang boleh membunuh industri itu sendiri.

  28. Adam

    Samsung makin menggila..
    Dunia semakin maju gila… adoi.. hahaha.. tabik2!

  29. hairulafiz

    teknologi memang tak terkejar dibuatnya….

  30. W.HabibuRahman

    Google Nexus 7 tak nak bro?

    kat blog aku ada…

    nak join jom…

  31. Bang Iwan

    Para vendor smartphone semakin berlomba melancarkan produk baru.

    1. Bang Iwan

      Moga suatu saat bisa memiliki salah satunya.

  32. iAwani

    fuhhh … ini kali lah .. Samsung lebih prolifik dari Apple. Dari perspektif lain, Apple sebenarnya sudah dikalahkan jauh oleh Samsung.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.