Review Xiaomi Mi Band 2 : 1 Minggu Guna Fitness Tracker

Pada minggu lepas, saya sudah pun menggunakan Xiaomi Mi Band 2. Fitness atau activity tracker budget yang boleh didapati di Lazada. Secara keseluruhannya saya berpuas hati dan pembelian ini amat berbaloi sekali. Walaupun ada kekurangan dan kelebihan pada gadget ini, tapi dengan harga bawah RM100 ianya adalah sesuatu yang berbaloi.

Review Xiaomi Mi Band 2 : Jangka Hayat Bateri

Pada Selasa lepas, saya mengecas penuh Xiaomi Mi Band 2. Dan sehingga ke hari ini dengan penggunaan normal, bateri masih bertahan pada tahap 78%. Jumlah langkah dan degupan jantung dapat direkod dengan baik tanpa masalah. Mungkin saya tidak mengaktifkan mod ‘heart rate sleep assistant’ dimana setiap 10 minit akan direkodkan kadar degupan jantung pengguna sama ada pengguna berjaga atau pun tidur.

Review Xiami Mi Band 2 : Applikasi Mi Fit

Aplikasi Mi Fit yang dibina untuk digunakan bersama Xiaomi Mi Band 2 hanyalah mempunyai fungsi asas sahaja. Ianya boleh merekodkan berapa jumlah langkah, degupan jantung, tetapan untuk Xiaomi Mi Band 2, fungsi ‘synch’ ke Google Fit dan beberapa lagi fungsi lain. Aplikasi ini tidak dapat menganalisa aktiviti seperti mengangkat berat tetapi ianya boleh merekodkan kadar degupan jantung untuk mengira berapa kalori yang telah dibakar.

Review Xiaomi Mi Band 2 : Tips

Beberapa tips kita boleh lakukan untuk merekod segala aktiviti kita. Xiaomi Mi Band 2 agak sensitif dengan pergerakkan tangan. Jika kita tengah menaip atau menggerakkan tangan, pergerakkan tersebut akan di masukkan kedalam log. Kita boleh menanggalkan Xiaomi Mi Band 2 buat sementara untuk mengelakkan bacaan yang tidak tepat ini. Tapi jika difikirkan balik, tenaga yang digunakan sebenarnya adalah tenaga asas yang diperlukan untuk menggerakkan anggota badan kita. Sebarang pergerakkan adalah menggunakan tenaga tersebut. Bergantung kepada pengguna tersebut

Satu lagi tips ialah, jika kita melakukan aktiviti kardiovaskular dan aktiviti angkat berat, biarkan sahaja aplikasi merekodkan kadar degupan jantung kita. Seperti yang saya katakan tadi, kita boleh mengira berapa kalori yang terbakar dengan parameter yang telah di masukkan kedalam tetapan aplikasi seperti umur, berat dan tinggi.

xiaomi mi band

Jebeng Otaiā„¢
kene sihat selalu..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 2 Comments

  1. titan

    memang smart la kalau ada satu.

    selalu aku wat manual aje.

    haha

    1. jebengotai

      ok je manual…pakai ni bru nmpk mcm saintis skit..haha

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.