Peringatan projek relau elektrik adalah merbahaya dan perlu pengawasan keselamatan yang teliti dan rapi. Dengan peralatan terpakai yang asas sebenarnya kita boleh membuat relau elektrik yang boleh digunakan untuk melebur aluminium, tembaga dan pelbagai logam di rumah. Bagi sesiapa yang berminat ingin cuba projek ini dinasihati untuk berhati-hati kerana suhu logam yang dicairkan ini sangat tinggi. Selain itu, wasap yang terhasil adalah sangat berbahaya jika terhidu dan perlu pengudaraan yang baik sebelum projek ini dilaksanakan. Entri ini adalah ringkasan sahaja berkenaan dengan relau elektrik. Jika difikirkan, projek ini tinggi potensinya terutama di bidang kraftangan, automotif, pembuatan dan sebagainya.
Relau Elektrik : Konsep
Konsep mudahnya, hanya mengalirkan arus elektrik melalui elektrod karbon yang boleh didapati pada bateri menggunakan transformer terpakai ‘microwave’. Elektrod karbon ini akan menghasilkan arka elektrik. Penggunaan blok bata alumina silica atau juga dikenali sebagai bata kalis api sangat sesuai untuk mengawal proses meleburkan logam kerana ia elektrod karbon ini mampu menghasilkan suhu sehingga lebih 1300°C. Walau apa pun projek yang ingin dilakukan, pastikan terlebih dahulu membuat kajian dan keselamatan haruslah diutamakan.
Relau Elektrik : Projek Best
Saya terfikir alangkah bestnya jika membuat projek seperti chasis kereta RC ataupun model Gundam. Kita hanya perlu ‘menekap’ di acuan pasir atau plaster sebelum cairan aluminium ini dialirkan membentuk salinan versi aluminium. Ataupun plat-plat alumnium sebagia model lengan robotik untuk demonstrasi dan sebagainya. manakala bagi penggemar ‘cosplay’ bolehlah mencuba untuk membina watak Ironman menggunakan projek ini. Pastinyta ianya sangat mengujakan.