Keberanian Felix Baumgartner melakukan terjunan dari aras 23 batu dari permukaan bumi berjaya dilaksanakan setelah beberapa kali ditangguhkan. Misi mustahil dan ‘berani mati’ ini telah melakar sejarah baru apabila beliau berjaya memecahkan rekod melakukan terjunan bebas pada ketinggian 120,000 kaki di pinggir angkasa lepas sekaligus memadamkan rekod Kitingger pada 105,000 kaki. Apa yang menarik ialah, Felix juga berjaya mencatatkan rekod terbaru merupakan manusia pertama yang terbang dengan kelajuan bunyi dengan kelajuan Mach 1.24. Dengan udara yang tipis di stratosfera, perkara begini tidak mustahil dan terbukti Felix terjun dengan kelajuan 833.9 batu/jam. Selain itu beliau juga memegang rekod baru mencatatkan terjunan paling lama iaitu 5 minit setengah untuk selamat sampai di daratan.
Kejayaan yang dicapai Felix bukanlah atas dari usahanya seorang sahaja. Kejayaannya adalah dari kerjasama dan semangat berpasukan yang ditonjolkan didalam Redbull Stratos pada lima tahun yang lepas sebelum misi ini berjaya disempurnakan. Apa-pun keberanian yang dipamerkan memang mengagumkan. Beberapa kali halangan seperti keadaan angin dan cuaca yang tidak mengizinkan tetap membuatkan Felix tidak berubah hati atau tidak ‘tersaiko’ langsung.
Allah Maha Besar.
tuhan pencipta sekalian alam..
tengok..perancangan 5 tahun, tapi hanya berlangsung lebih kurang 5minit sahaja..tapi efeknya sangat besar kepada sejarah dunia
btul..byk pencapaian kita dpt..mcm experiment juga..cth mcm suit yg digunakan tu..x tebal mcm suit angkasa lepas sedia ada..huhu
mereka menguasai ilmu sains angkasa dengan sangat baik.. hasil kajian bertahun tahun menyebabkan mereka tidak ragu ragu misi itu akan berjaya..
mmg penuh ilmu didada..
Memang hebat betul diorang ni. Perancangan lima tahun yang tidak sia-sia.
berbaloi dan hasil yg baik..
aku tinggi – tinggi ni gayat hehe
kalo 5 tingkat steady ag…tp kalo dh jejak 23km tu..mmg kene fikir byk kali la..hehe
bkn satu rekod dunia tapi tiga sekaligus…..hebat2…
yela..lagipun x ramai yg buat percubaan ni..sbb tu leh buat tiga terus..huhu
hebat felix ni, masa berpusing2 sekejap sebelum stabil tu seriau juga.
tp rasa kagum juga bile die kuarkan kaki dari kapsul tu..mmg nmpk bumi..huhu
wow…. hebat… baru tahu …
mmg woow.. π
tak tengok… takut…sbb fobia sy jatuh dr tempat tinggi… x sanggup tgk… tp mmg hebat r dorg ni…
keberanian dan persiapan diorg mmg tip-top.. π
sekali cipta 3 rekod dalam satu masa, memang hebat!
Adehh, kawe b’diri kat barenda bangunan tiga tingkat pon gayat, apalagi nak ikut perangai si Felix nie π
aah..die berdiri di pinggiran angkasa..hehe
u jump i jump… jom lompat! π
haha..bro dulu la..silakan..hehe
berapa tinggi bayaran yang di terima dari redbull untuk menjayakan misi ini.. mungkin ratusan juta….
pencapaian felix tak berapa nak dibanggakan sangat berbanding teknologi yang digunakan..berapa ramai jurutera yang bersengkang mata untuk menjayakan projek ini..thumbs up untuk diorang.
saya setuju…
kalau mereka buka tawaran seperti mencari angkasawan… aku yakin memang ramai yang sanggup tawarkan diri.
btul..team die memainkan peranan penting..
1st time dgr nama felix ni..x tau sblm ni..hehe
sama ler..tut2 dia ni dah famous serata dunia..sy jer yang baru membuka minda melihat dunia luar..hahaha
aah..sy pon baru jer tau..felix ni dh lama dgn team redbull..
ilmu dan kemahiran yang sangat tinggi ni
entah siapa pula yang akan pecahkan rekod beliau nanti
felix mmg pakar base jump ni..penah skali die terjun kedalam gua yg x nmpk langsung..dsyt2
Dapat tengok live aritu,terigin juga nak buat terjunan macam tu,tapi tatau la larat ke tak
teringin bro??sy sokong 100%..kurang2 ada jugak rakyat Malaysia yang berani mencabar rekod felix tu..hehe
mmg sy sokong gak..hehe
aku tengok secara live kot benda nie…
yg plg lawak ada yg perli pemain barcalona…
sebab depa terjun rendah je,sakit macam nk mati…
dia nie berapa meter 2…
tinggi 2
wahhh sedap ler dapat tgok live kan..
terjun dive bola utk penalti ke bro..mmg sakit tu..hehe
Beliau berani mencabar diri sendiri untuk buat terjunan tersebut.
kalo sy dah lama ‘tersaiko’..nak2 asyik kene tunda jer..huhu
memang tidak sia-sia apa yang diorang rancangkan selama ni
perancangan yang rapi dan serapi mungkin sy rasa…
btul..5 thun planning tu..
perancangan yang rapi, hasilnya selalunya yang terbaik kan
emm beranimelebihi tahap dah felix ni..memang seronok tgok..dapat tgok kat youtube jer..tu pun tersekat2..adoiii…kalau sy lah, dah lama pengsan..hahaha
haha..sama la bro..time die julur kaki keluar dari kapsul tu..pergh..mmg kagum gak..
Memang kerja gila lah…. Memang terbaik…
felix mmg giler dah..huhu
Diorang sanggup buat apa saja untuk nama dan rekod. Memang berani tahap gaban…
mereka cuba membuktikan sesuatu.. π
… kagumm dengan Felix. Moga satu hari nanti ada anak Melayu berjaya mencipta rekod seperti rekodnya.
impian yg boleh jdik kenyataan..jika berani kita leh cuba mesosfera,exzofera π