jokke sommer
Gambar : Redbull Airforce
Youtube : J. Sommer Official

Sejak dari zaman dahulu lagi, manusia bercita-cita untuk terbang bebas diangkasa. Dari Leonardo di Vinci usaha untuk terbang dengan rekaan alat yang mampu membawa manusia terbang sehingga berjayanya Wilbur dan Wright menghasilkan sesuatu yang merevelusi peradaban manusia. Begitu juga dengan Redbull yang menggunakan pendekatan ektrim untuk mempromosikan produk dan jenama mereka. Kejayaan Felix Baumgartner melakukan terjunan pada ketinggian 120,000 kaki dari aras laut berjaya menaikkan nama Redbull setelah berjuta-juta orang mengikuti berita terkini Redbull Stratos. Nama Felix masih lagi disebut dan ramai memujinya dengan keberanian yang luar biasa. Sebelum saya bersambung mari kita lihat video klip ini.

RedBull Airforce : Lebih Ekstrim dari Felix
Ketika melihat video ini, pada mulanya saya terpinga-pinga apakah yang ingin dipertontonkan kepada umum. Setelah beberapa ketika, Jokke Sommer iaitu penerjun bebas ‘Wingsuit’ tiba dan terbang begitu hanpir dengan penonton disitu. Sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal. Ianya sangat bahaya tetapi Jokke Sommer memang profesional dalam terjunan ‘Wingsuit’. Mungkin RedBull sudah hilang akal mencari dan mengumpulkan orang-orang ekstrim untuk pengiklanan mereka. Ianya dapat menarik perhatian malah kita sendiri ngeri melihatnya berbeza dengan pendekatan Ronaldo vs Nadal yang digunakan oleh Nike. Saya sangat teruja bagaimana Jokke Sommer meniru lagak seperti tupai terbang untuk bergerak dari satu pokok ke pokok yang lain dengan bantuan lebihan kulit untuk meluncur di udara. Jokke Sommer terbang begitu hampir dengan batuan, pokok-pokok malah menyusuri gaung-gaung yang saya yakin bukan sembarangan orang boleh lakukannya.

Jebeng Otaiβ„’

63 Replies to “Redbull Airforce : Jokke Sommer Lebih Ekstrim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge