Recover Whatsapp Message

Mungkin ada yang menghadapi masalah ‘terdelete’ atau aplikasi Whatsapp secara tiba-tiba tidak dapat berfungsi dan mengakibatkan kesemua rekod mesej yang dihantar hilang begitu sahaja. Lebih menyedihkan lagi rekod mesej tersebut mengandungi transaksi jual beli untuk peniaga dalam talian. Perkara ini berlaku kepada saya baru-baru ini. Disebabkan saya membuang mesej yang saya rasa tidak penting lagi tetapi akhirnya saya memerlukan mesej itu sebagai bukti untuk mengelakkan dikenakan bayaran atas perkhidmatan yang saya tidak gunakan. Bagi mereka yang serupa nasibnya dengan saya, bolehlah menggunakan kaedah ini untuk mengetahui mesej-mesej lampau didalam database Whatsapp. Namun ianya terhad terhadapa database yang telah di’backup’ oleh sistem aplikasi Whatsapp. tetapi jika kita membuat salinan ‘backup’ tersebut, ianya lebih memudahkan proses ‘recover’ mesej yang kita inginkan.

Recover Whatsapp Message : Langkah-langkah

Cara atau langkah ini tidak memerlukan kita untuk root, memasang aplikasi atau perisian untuk ‘recover whatsapp message’. Antara langkah yang lain seperti ‘uninstall’ aplikasi Whatsapp pada saya tidak praktikal dan agak menyusahkan kerana setiap kali kita perlu mengesahkan perkakasan kita. Berikut ialah langkah-langkah yang perlu dibuat :-

recover whatsapp message

  • Pergi ke website ini : http://whatcrypt.com/
  • Pindahkan database Whatsapp ke PC :-
    • – /sdcard/WhatsApp/Databases -> sql database yang telah di’decrypt’
      – /data/data/com.whatsapp/key -> fail key untuk decrypt database
  • Pilih menu ‘Upload Your Crypt 6-12 Key’ di laman sesawang http://whatcrypt.com/ dan pilih fail ‘key’ tadi.
  • Selepas itu, pilih menu ‘Decrypt Whatsapp Database’ dan upload database yang telah kita pindah ke PC. Fail .zip akan dimuat turun dan ianya mengandungi database Whatsapp.
  • Pilih menu ‘Export Whatsapp Database’ dan pilih fail didalam fail zip tadi. Satu lagi fail .zip akan dimuat turun dan ianya mengandungi kesemua rekod perbualan dalam versi html. Ianya boleh dipaparkan didalam browser tanpa perlu memasang perisian lain.
  • Ulang semula step 3 jika tiada rekod mesej kerana ianya bergantung kepada ‘backup’ yang dibuat.

Recover Whatsapp Message : Peringatan

Langkah-langkah ini hanyalah perkongsian sahaja. Segala kerosakkan atau kerugian harta benda adalah menjadi tanggungan bagi mereka yang ingin mencuba kaedah ini berbanding kaedah konvensional yang tidak beberapa praktikal.

Jebeng Otaiā„¢
senangkan…

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 3 Comments

  1. doa qunut

    sejak dah integrate dengan google drive..senang je sekarang ni nak recover

  2. saps

    Perkongsian yang sangat bermakna… Terima kasih bro…

  3. semak saman

    Info yang sangat berguna… Tq admin…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.