Rasapariso

Tidak pernah kenal erti perih jerih, rakan blogger Vanfery yang menyepi sebentar telah berjaya membuka perniagaannya. Perniagaan kecil-kecilan di Kulaijaya, Johor bersama rakan-rakan semakin hari semakin mendapat sambutan. Uniknya, penjenamaan ‘Rasapariso’ memang lain dari yang lain. Pada ketika ini, beliau hanya beroperasi pada pukul 8.00p.m sehingga 10p.m dari pada setiap hari kecuali hari Jumaat.

Rasapariso diambil dari Lagu Rasopariso yang bermaksud budi baik diubahsuai sedikit untuk penjenamaan perniagaan blogger Vanfery.
Lokasi
Menu
Pelanggan boleh menikmati makanan di warung Rasapariso ataupun dibawa balik. Antara menu dan hidangan istimewa disediakan seperti :-

  • Nasi Ayam Hainan
  • Nasi Lemak Berlauk
  • Chicken Chop dan Makanan Barat
  • Rojak Buah Istimewa
  • Roti Bakar Impian Seroja – ‘coming soon’
  • Pat Thai – ‘coming soon’

Tempahan Katering
Rasapariso menerima tempahan Nasi Ayam Hainan untuk majlis-majlis kenduri, perkahwinan dan jamuan pada kadar yang berpatutan. Sila hubungi Vanfery untuk mendapat maklumat lanjut.

Vanfery ( jefry_mustaffa@yahoo.com )

Tempahan

37 Replies to “Rasapariso

  1. kepelbagaian lauk dalam satu menu amat kreatif..kalau dulu nasi lemak lauknya ikan bilis atau ikan tongkol tumis je tapi sekarang ni ayam goreng pun boleh di jadikan lauk untuk nasi lemak..rosapariso ek, dah terbelit lidah nak menyebutnya..hahaha 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge