Seperti kebiasaan di bulan Disember, hangat diperkatakan berapa peratus dividen ASB yang akan diterima pada Januari tahun hadapan. Pelbagai teknik digunakan untuk memaksimakan keuntungan ASB dari pembiayaan bank. Antara kelebihan melabur ASB melalui pembiayaan bank adalah antaranya kita memulakan pelaburan dengan modal yang besar, secara tidak langsung dividen dan bonus yang akan diterima juga agak banyak.
Dividen ASB : Teka-teki
Beberapa hari yang lepas, dividen ASB menjadi teka-teki di laman sosial. Ada yang menjangkakan ianya sekitar 5% kerana 70% dari pelaburan PNB adalah didalam pasaran saham tempatan. Seperti kita tahu, tahun 2019 Bursa Malaysia mencatatkan aliran keluar modal asing dan penurunan mata indeks yang memberi kesan langsung terhadap prestasi pelaburan PNB terutamanya dana ASB. Realitinya dengan modal yang semakin besar, agak sukar untuk mencapai dividen seperti tahun sebelumnya atas pelbagai faktor yang perlu diambil kira.
Dividen ASB : Bayar guna dividen
Rata-rata ramai menggunakan teknik ini ketika mengambil pembiayaan ASB. Tahun pertama kita akan bayar seperti biasa. Jika bermula dari Januari, dan pembayaran diteruskan sehingga Disember. Januari tahun berikutnya, kita akan menerima dividen atas pelaburan kita. Dividen itu akan digunakan untuk membayar semula pinjaman pada tahun yang sama. Ianya diteruskan pada tahun berikutnya sehinggalah habis tempoh pinjaman. Cara ini atas kertas kita tidak akan mengeluarkan wang tambahan untuk membayar pembiayaan kerana telah ditampung oleh dividen. Pada akhir pembiayaan, kita akan terima nilai pinjaman tadi dan boleh digunakan ketika kita sudah berumur kelak.
Dividen ASB : Threshold
Saya tidak mahir mengulas berkenaan dengan inflasi, ataupun berkaitan dengan formula kewangan yang lain. Disini adalah untuk melihat samada peratus dividen akan mempengaruhi nilai bayaran bulanan untuk pembiayaan seterusnya.
Jika pinjaman RM 200,000.00 selama 30 tahun dengan bulanan RM 1098.00. Jumlah setahun adalah :
= RM 1098.00 x 12
= RM 13,176.00
Dividen 2018 – 6.5%
= RM 200,000.00 x 6.5%
= RM 13,000 ~ kita perlu menambah RM 176.00 untuk tampung dividen bagi bayaran bulanan.
Dividen 2019 – 5.0% (anggaran)
= RM 200,000.00 x 5.0%
= RM 10,000 ~ kita perlu menambah RM 3176.00 untuk tampung dividen bagi bayaran bulanan.
Pengiraan ini tidak masuk faktor-faktor seperti pengurangan kadar asas dan faktor lain yang mempengaruhi bayaran bulanan pembiayaan ASB.
Melabur ni untungnya dalam jangka masa panjang. Jangan takut kalau rugi setahun dua kalau jumlah keseluruhan masih lagi untung. Tapi kalau setiap tahun untuk lagi la bagus kan?