Rangkaian Rumah

Rangkaian rumah atau ‘home network’ jika tidak diuruskan dengan sempurna akan menyebabkan kita tidak dapat menggunakan fungsi internet dan rangkaian di rumah secara optimum. Ianya juga amat penting kerana dengan adanya rangkaian rumah yang teratur kita dapat menjadikan rumah kita pintar dan lebih efisien. Yalah, kita semakin menghampiri tahun 2020 dan dari tahun ke tahun aplikasi mesra internet bertambah dengan begitu mendadak. Selain faktor ekonomi, kita perlu memantau penggunaan internet dan rangkaian rumah kita.

Rangkaian Rumah : Perkakasan

Perkakasan asas seperti router, hub atau switch memainkan peranan penting dalam menguruskan rangkaian rumah. Mungkin ada yang tertanya kenapa tidak menggunakan WIFI sahaja. Ianya lebih mudah dan tidak perlu perkakasan yang kompleks. Betul, tetapi tidak semua perkakasan elektrik dan elektronik dilengkapi dengan WIFI. Sebagai contoh printer jika disambungkan kepada rangkaian rumah, kita tidak perlu membeli dua atau tiga printer yang lain untuk memenuhi kegunaan. Ianya juga dapat menjimatakan elektrik dan menggunakan perkakasan itu ke tahap optima. Begitu juga dengan Smart TV, kita boleh melayari siaran IPTV ataupun melakukan sidang video untuk mengoptimumkan penggunaan.

rangkaian network

Rangkaian Rumah : Berkembang

Berikut adalah beberapa contoh sahaja. Semakin banyak perkakasan direka untuk disambungkan ke rangkaian rumah. Kamera IP, penghawa dingin, ‘plug point’ pintar dan beberapa perkakasan lain yang boleh kita gunakan. Mungkin, dengan sedikit DIY, kita boleh mengawal kesemua perkakasan ini hanya melalui browser atau telefon sahaja. Bagi mereka yang bekerja, memerhatikan anak-anak di rumah melalui telefon dapat mengurangkan kerisauan dengan apa yang akan berlaku seperti kemalangan, kebakaran dan sebagainya.

Rangkaian Rumah : Kawalan

Selain dapat mengawal keseluruhan perkakasan, kita juga perlu memantau pengunaan internet di rangkaian rumah kita. Pemantauan ini penting kerana kita tidak pasti siapa yang berinteraksi dengan anak-anak kita di alam maya dan laman sesawang mana yang perlu ditapis. Ianya merupakan tanggungjawab ibu bapa kerana jika kita tidak pantau, ianya akan menganggu pemikiran dan perkembangan minda anak-anak kita. Kawalan-kawalan ini boleh dibuat dengan perkakasan seperti router ataupun sistem perkakasan firewall.

Jebeng Otaiā„¢
internet ni mcm sungai, kalo dikawal byk manfaatnya..

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.