Putar Alam

Malang rasanya apabila kenyataan benar diputar belit menjadi sesuatu yang buruk dan menimbulkan persepsi negatif pada masyarakat. Sebagai contoh isu Lynas yang masih lagi tidak reda di perdebatkan di ruangan komen samada blog pembangkang atau pro kerajaan. Anehnya, ada diantara komen tersebut mengatakan penduduk kawasan sekitar akan menerima kesan radiasi sehebat loji nuklear Chernobyl ataupun di Bukit Merah. Konsep proses dan rekaan malah sumber digunakan adalah berbeza dari kilang sebelumnya atau mana-mana loji nuklear. Bayangkan betapa dahsyatnya tafsiran dan persepsi negatif yang berjaya dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk menganggu operasi Lynas. Kesannya, pekerja-pekerja di situ tidak tahan dengan penipuan yang dibuat kerana bekerja di Lynas adalah selamat. Jika kilang itu tidak dapat beroperasi, mata pencarian mereka akan terganggu malah merugikan semua orang.

Pelbagai usaha pencerahan dan informasi diberikan namun samada sesetengah masyarakat tidak faham ataupun benar-benar degil menidakkan informasi yang benar itu. Mungkin terlalu taksub sehinggakan segala pembohongan dikatakan benar dan yang benar dikatakan penipuan semata-mata. Baru-baru ini ada juga kenyataan salah satu YB yang didakwa diputarbelit oleh sebuah akhbar tempatan walaupun akhbar itu menyiarkan teks penuh ucapan YB tersebut. Ia berkait rapat tentang isu kebebasan beragama. Memang benar didalam agama Islam, tiada paksaan untuk bukan beragama Islam memeluk agama Islam. Kebebasan beragama ini hanyalah untuk mereka yang bukan beragama Islam dan bukanlah untuk orang Islam. Kenyataan beliau mungkin mengelirukan segelintir masyarakat apabila menggunakan perkatan ‘orang melayu’ didalam kenyataan beliau. Sidang media perlu dilakukan untuk memberi laluan kepada beliau menerangkan apakah maksud yang ingin disampaikan. Itu hanyalah pendapat umum saya sahaja, pelbagai persepsi timbul dari segenap pelusuk masyarakat dan latar belakang. Ada yang menyokong, dan ada juga yang membantah dengan kenyataan beliau.

Speaking at a public forum on “Islamic State: Which version, Whose Responsibility?” in Subang Jaya on Saturday, Nurul Izzah was reported as saying that no one should be compelled to adopt a particular religion and that this applied to Malays as well.Sumber
Jebeng Otaiβ„’
menang jdik arang..kalah jadik abu..

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 36 Comments

  1. nurmisnan

    Bila sudah kata ” melayu bebas memilih….”
    meaning of that lagi2 umat islam melayu
    akan lebih faham.. Itu sbb fikir sblm berkata..

  2. Bro Zulkbo

    salam..
    ramai dah saya jumpa
    spesis putar alam nih..
    cakap je pandai πŸ™

  3. faizul

    Memang lumrah kadang2 manusia akan buat apa saja untuk raih populariti dan juga undi. Tapi bagi isu agama ini agak sensitif bagi orang melayu yg majoritinya lahir beragama islam.

    Fikir dahulu sebelum berkata.

  4. hairulafiz

    entahlah jgn masuk bab agama dalam hal politik…..

  5. hatiputera

    malas nak campur bab-bab politik.masing-masing ada kepentingan dan agenda sendiri samada pro atau pembangkang.

  6. gamep01nt

    pada abg, lynas ni bagus ke x, untuk jangka masa panjang

    1. jebengotai

      kilang lynas ni hanya kilang penapisan..ia menapis bijih ini untuk mengeluarkan mineral yg dikehendaki..mineral ini dikumpulkan..dan mahal harganya..

      apabila ia dikumpul bersama kadar radiasinya tidak bertambah atau meningkat keparas bahaya..berbeza dengan loji nuklear, ia tidak boleh dijalankan menggunakan mineral uranium yang didapati didalam tanah..ia perlu di’perkayakan’ utk membolehkan ia digunakan utk proses selanjutnya..

      utk jangka masa panjang..ia selamat..sama shja dgn kilang2 lain..

      mungkin kita boleh baca cara utk dptkan mineral ini..

      1. gamep01nt

        peh terima kasih explain. download sat pdf

        1. jebengotai

          sama2..kalo sy salah sila perbetulkan sy.. πŸ™‚

  7. Leeza dayasari

    siapa tak stress kan.. mmg stress… huuuuuuu

    1. jebengotai

      kalo pakar dh ckp mcm tu..btul la sbb mereka lebih mahir dlm bidang mereka…

  8. hafidz

    bila kata-kata berputar hingga memutarkan belit tentang sesuatu fakta. maka itulah yang berlaku. fuh~

    1. jebengotai

      btul2..kita dah tau itu fakta tp kenapa perlu dibelitkan..

  9. KiD

    bagi aku.. biar ada jawapan dari dua-dua belah pihak.. baru adil. letih nak tengok berita..

    1. jebengotai

      itu yg sebaiknya..sy pon nntikan apa yg dimaksudkan beliau..

      1. shraqs

        Kalau diikutka dlm Perlembagaan Persekutuan memang kenyataan YB tu salah bila guna term “orang Melayu”. Memang dah ada tercatat dlm Perlembagaan “Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan ….

  10. puteri kasih

    semakin banyak kes putar alam…tak gemar sgt hal politik..masing2 saling menunding jari

  11. anif

    Jadikan pengajaran.. Otak harus berfikir sebelum berkata-kata.

  12. yas

    Putar alam, tikam belakang,talam dua muka…hehehe biasak dahh…kt tmpt keje pun ada spesis nih

  13. Nadot

    tu la…byk sgt putar belit especially yg libatkan politik sampai tatau nak percaye yg mane…huhuhu

  14. Adam

    No komen,.. Politik people is always politik..

  15. shahfir

    peninglah politik nie..

  16. shraqs

    Dah dekat PR ni memang macam2 kenyataan akan keluar,.. setiap apa yang nak diucapkan perlu difikir masak2, kalau tak ramai yang akan putar belit..

  17. sollehahn

    politik bro…mmg macam tuh…ak dah masak dengan kerenah dan tipu daya politik nih..

  18. titan

    payah nak cakap..

  19. zool

    susah hal politik ni.. tak tau mana betul dan salah..

  20. rahman

    terlajak kata memang boleh membawa padah….

  21. daddydeed

    itu keja ahli politik. bukan membantu rakyat. tapi membatukan rakyat…

  22. Blog Keperawatan

    kalau masalah politik saya tak banyak cakap sahabat karena memang saya belum bisa memahaminya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.