Promosi TM Thank You Suprise

  • Post category:Semasa
  • Post comments:2 Comments

Dalam pembentangan Budget yang lepas, sudah maklum kelajuan internet pagi pengguna di serata Malaysia akan meningkat dengan harga yang lebih rendah berbanding sebelumnya. Langkah ini telah dimulakan oleh Telekom Malaysia, dengan mengadakan promosi TM ‘Thank You Suprise’ untuk menggalakkan pengguna Unifi atau Streamyx sedia ada untuk mengisi borang di laman sesawang TM. Selepas diisi, akan dipaparkan notifikasi langganan akan dinaiktaraf.

tm promosi thank you suprise

Promosi TM Thank You Suprise : Call 100

Pada awalnya, saya skeptikal dengan pengumuman ini kerana saya terbaca promosi ini melalui media sosial. Untuk #semakfakta, saya pegi ke laman sesawang rasmi TM untuk melihat sama ada promosi ini benar-benar wujud ataupun tidak. Memang betul, ianya promosi yang sah dikuatkan lagi dengan panggilan telefon 100 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Saya difahamkan jika langganan Unifi 30Mbps, ianya akan dinaiktaraf ke 50Mbps. Tiada kos tambahan dan kontrak dan kos sama dengan langganan sebelumnya

Promosi TM Thank You Surprise : Semak Email

Pelanggan akan menerima email ‘Order Id’ untuk memudahkan pelanggan menghubungi 100 untuk mengetahui status naiktaraf terkini. Melalui perbualan dari operator TM, ada pelanggan yang sudah menikmati naiktaraf ini, dan ada yang masih menanti proses ini. Bagi kawasan tertentu tidak dapat menyokong naik taraf ini sebagai contoh dari 50Mbps ke 100 Mbps kerana ianya bergantung kepada ibu sawat kawasan tersebut dan beberapa faktor yang lain. Untuk kepastian, boleh menghubungi TM, dail 100.

Promosi TM Thank You Suprise : Kenangan Dulu

Ketika bermulanya era internet, saya teringat kenangan dahulu dimana kita masih menggunakan modem 56kbps. Boleh dikatakan itulah yang paling pantas pernah kita guna.Dari tahun ke tahun, sehinggalah 100Mbps betapa semakin majunya kita khususnya rakyat Malaysia menikmati kelajuan internet dan yang penting kosnya dapat dikurangkan. Mungkin selepas ini penggunaan internet akan lebih menyeluruh dan kita perlulah menggunakannya sebaik mungkin untuk membantu meningkatkan taraf hidup kita.

Sumber :

http://www.thestar.com.my/tech/tech-news/2017/01/24/tm-speed/

Jebeng Otaiā„¢
dulu 56kbps jer…huhu

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 2 Comments

  1. sabree hussin

    Masih tak dapat lagi. Syok jugak kalau boleh dapat internet yang lebih laju dari sekarang

    1. jebengotai

      mmg syok la..harga sama tp kelajuan bertambah..huhu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.