Projek Raspberry Pi : Torrent Box

Berjaya juga akhirnya saya D.I.Y ‘TorrentBox’ menggunakan set Raspberry Pi saya. Agak mudah walaupun sekali sekala ianya memeningkan kepala juga kerana perlu mahir ‘command line’ daripada Linux. Baru saya faham kenapa ianya digalakkan digunakan pada peringkat sekolah kerana ia juga merupakan set pembelajaran yang mampu menarik perhatian para pelajar. Saya hanya mengikuti tips dan panduan yang diberikan oleh ‘otai-otai’ Raspberry Pi yang telah berjaya membuat ‘headless’ TorrentBox ini. Seperti dalam entri sebelum ini, saya mengatakan ianya tidak memerlukan tenaga elektrik yang banyak sepertimana laptop atau pun komputer. Saya masih lagi mengkaji tetapan yang lebih baik kerana ‘torrentbox’ yang sedia ada ini kadangkala tidak berfungsi dengan baik dan stabil.

Projek Raspberry Pi : Torrent Box
Untuk ‘Mounting’ USB Pendrive atau Hard Disk

Projek Raspberry Pi : Torrent Box – ‘Headless’
Apa yang saya faham, terma ‘headless ini merujuk kepada peralatan yang kita sambungkan kepada Raspberry Pi atau mana-mana komputer. ‘Headless’ bermaksud ianya boleh beroperasi tanpa tetikus, monitor dan juga papan kekunci. Bagi yang belum biasa dengan Linux mungkin berasa hairan bagaimana kita ingin melakukan tetapan tanpa monitor, masukkan input tanpa papan kekunci dan tetikus? Pada awalnya saya pon agak pening juga. Salah satu kelebihan Raspberry Pi ialah mampu melakukan ‘remote access’ dari komputer lain untuk mengawal Raspberry Pi. Dari situ kita hanyanya menggunakan papan kekunci komputer untuk memasukkan input kepada Raspberry Pi. Kita juga boleh melihat paparan Raspberry Pi dari skrin monitor komputer lain dengan ‘service’ atau ‘daemon’ yang diaktifkan.

Projek Raspberry Pi :Torrent Box – Automatik
Proses memuat turun dapat dilakukan secara automatik atau dalam Windows dikenali sebagai ‘startup run’ atau lain-lain istilah yang digunakan. Ianya secara automatik, tidak perlu pemantauan yang kerap. Setakat ini set Raspberry Pi saya boleh berjalan secara automatik tetapi kadang kala juga tidak dapat memuat turun disebabkan ‘IP’ dan lain-lain lagi faktor. Selepas ‘reboot’ ianya berjalan seperti biasa.

Projek Raspberry Pi : Torrent Box – Mudah, Ringkas
Sistem ini sangat mudah jika kita ingin memuat turun yang baru. Hanya perlu meyambungnya menggunakan ‘FTP Client’ seperti Filezilla. Kita hanya perlu login, dan memuatnaik fail torrent didalam ‘folder’ yang telah ditetapkan untuk torrent memeriksa sama ada sudah dimuat turun ataupun tidak. Tidak perlu hidupkan laptop ataupun komputer, dari perisian android pun sudah memadai untuk memulakan muat turun yang baru. Sangat ringkas dan fleksibel. Selain itu, kita juga boleh ‘streaming’ secara terus dari ruang storan pada Raspberry Pi untuk ditonton secara Wifi atau menggunakan ‘port HDMI pada televisyen.

Atas sebab faktor yang menarik diatas, saya masih lagi mengkaji untuk menggunakan Xbian, dimana ia adalah ‘distro’ yang berfungsi sebagai ‘Media Center’ seperti XBMC. Kita hanya perlu menyambungkannya pada televisyen, dan boleh beroperasi seperti ‘Media Center’dengan koleksi cerita berdefinisi tinggi untuk ditonton.

Tutorial boleh didapati disini : How To Geek – How to Turn a Raspberry Pi into an Always-On BitTorrent Box

JebengOtaiâ„¢
jgn sokong cetak rompak ya..hehe

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 2 Comments

  1. Hazmin Hamudin

    Menarik projek ni. Kira benda ni macam ruang storan ke? Saya benda teknikal ni memang fail.

  2. hafidz

    Saya pun baru tahu sedikit basic pasal command line linux nih huhu 😛

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.