Internet Laju

Persaingan sihat antara pembekal jalur lebar internet menjadi-jadi untuk tahun 2016. Perkembangan ini memberi satu berita baik terutamanya para pengguna yang menantikan kos penggunaan internet yang lebih efisien atau bermaksud kelajuan per kos yang minima dikenakan pada pengguna. Mungkin disebabkan beberapa faktor teknologi mudah didapati dan kos pembuatan atau bekalan gentian optik yang ‘murah’ serta permintaan ‘internet laju’ yang tinggi pada dewasa ini. Walaupun begitu, harapan tinggi supaya pemain-pemain utama internet untuk melebarkan kawasan liputan ‘internet laju’ dapat dipercepat atau disegarakan kerana semua orang tahu peranan ‘internet laju’ dan impaknya pada masyarakat.

Internet Laju : Time 300Mbps
Time merupakan diantara pemain utama pembekalan ‘internet laju’ sejak dulu lagi. Dengan pengenalan pakej dan plan baru seperti didalam gambar kos untuk kelajuan boleh dikatakan paling minima pada waktu ini. Jika dibandingkan diantara mana-mana pakej ‘internet laju’, pakej Time ini boleh dikatakan sangat berbaloi cuma ianya hanya boleh dinikmati di kawasan Lembah Klang sahaja dimana rumah yang diduduki telah dipasang atau dilengkapi gentian optik.

internet lajutimeplan

Internet Laju : Unifi Advance & Pro Plan
TM telah menamatkan plan lama dan memperkenalkan 3 pelan ‘internet laju’ yang terbaru iaitu dengan kelajuan 30Mbps dengan harga RM 199 sebulan dan 50Mbps dengan harga RM 249 sebulan dan pelan terbaru 100Mbps RM 299 sebulan. Dengan kadar liputan yang lebih meluas berbanding Time, Unifi menjadi pilihan utama untuk perniagaan dan konsumer serata Malaysia.

internet laju

Internet Laju : Cadangan
Rata-rata semua rakyat Malaysia lebih gemar melanggan ‘internet laju’ di telefon berbanding dengan talian tetap. Ini kerana dengan kesibukan jadual harian membuatkan kadar yang dikenakan per bulan ini sebenarnya tidak praktikal untuk mereka yang bekerja dan tiada penggunaan internet dirumah ketika waktu bekerja. Sepatutnya, pihak berwajib perlu melaksanakan suatu langkah memperkenalkan cas dikenakan hanya pada penggunaan sahaja. Ini boleh menjimatkan perbelanjaan bulanan, malah kadar penembusan internet dapat dipertingkatkan secara keseluruhannya. Secara keseluruhannya, kita semakin bergerak kearah had ‘internet laju’ melebihi 10Mbps dan pihak berkenaan bolehlah meletak had laju asas pada kadar rendah bagi golongan yang tidak berapa mampu.

Jebeng Otai™
100Mbps?..woow 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.