Cubaan demi cubaan akhirnya berjaya juga saya mengeluarkan projek android pertama saya. Sebenarnya agak malu juga untuk dihebahkan kerana ‘interface’ aplikasi ini terlalu buruk dan tidak cantik. Tidak mengapalah ia hanya untuk menyemak ‘tracking code’ Pos Laju barangan pelanggan yang telah dihantar. Sehingga kini saya masih setia menggunakan Pos Laju. Tidak dapat dinafikan ada sedikit kelemahan dari segi ‘update tracking code’, tetapi bungkusan yang dihantar berjaya sampai ke tangan pembeli. Saya masih menggunakan Pos Laju kerana saya serik di tipu oleh syarikat courier tempatan yang agak terkenal di sekitar Johor Bahru. Saya hanya menghantar 2 helai baju ke Sabah dan Sarawak dan pekerja di situ mengenakan cas 1 kg untuk setiap bungkusan. Pada ketika itu saya tidak tahu bahawa Pos Laju di Carrefour Johor Bahru beroperasi sehingga pukul 9.00 malam. Ia memang membantu bagi sesiapa sahaja yang ingin membayar bil selepas waktu pejabat.
Projek Android : Pantas dan Mudah
Aplikasi ini sangat ringkas dan mungkin tidak begitu menarik. Setelah menggunakan PhoneGap, saya rasakan pengaturcaraan Android menjadi lebih mudah. Saya hanya menggunakan ‘form’ dan ‘iframe’ sahaja untuk membuat aplikasi ini. Dibantu dengan css untuk kelihatan sedikit menarik. Bagi mereka yang tahu asas HTML, ia memberi sedikit kelebihan untuk membuat aplikasi ini. Jika hendak diikutkan banyak lagi yang perlu di belajar seperti integrasi accelerometer, kamera, gps dan sebagainya. Pujian untuk diri sendiri kerana dapat membuat program ringkas sebelum tahun 2013 bermula.
Download
nk upload kat Google Play kene bayar lak..huhu
hoho..ini sudah bagus. pasti ramai yang akan guna nanti.
sbnarnya ade org lain dh buat..hehe
la,,kalau lepas nak jugak try, lagi cepat semak tracking number.
download jer..hehe
Menarik ni! Boleh dicuba nanti.
Harap ianya berguna pada HP nanti menjelang 2013.
Setahun sistem tracking Pos Laju hanya dikemas kini apa bila barangan yang dihantar setelah diterima oleh pelanggan.
tq ..akan dicuba
walaupun tak tahu apa bende nya ni, tapi saya tahu ini memang berguna..huhu
Tahniah ! 🙂
Okay, nak download and try.
Thanks
wah hebat bah itu..nak try download lah nanti
bro! ajar!! heeh teringin nak blaja progmming tuk android..
wah bagus nih…kagum dengan bro…:)
bagus ni. memudahkan pengguna. lagi senang check kat smartphone daripada check kat laptop. dah ada asas buat aplikasi android bolehlah buat apps lain pulak lepas ni 😉
Baguih ni.. kawe pun selalu guna PosLaju.. Nak tracking diwebsite mmg leceh ehhh. Tapi kalau boleh check di smartphone baguih gak tu.
terbaik la, bro
tahniah dan selamat menggodek lagi untuk lebih menarik
Satu perkembangan yang baik.Semoga kemahiran dapat dikembangkan lagi untuk membina app yang lebih baik. Tahnih untuk bro JebengOtai..
Taniah bro, aku download je le pasal tak reti buat sendiri
bagus ni bro. mudahan ramai dapat manfaatnya lah
ini application utk tracking pos laju ek?maaf blur -.-
bagus ni senang nak trekking barang
wah..bestnya pandai buat app…nnt nak install gak la..sy pun penguna setia pos laju.
bagus app ni.. kalau dapat tahu kat orang bisnes yg selalu pos barang2 kpd customer mesti diorang download terutama bisnes online.
Tahniah tuan. Satu kejayaan yang hebat. Saya pun tidak tahu langsung ilmu nak develop aplikasi ni. Apapun tahniah. Sangat berguna bagi usahawan online dan pembeli.
tahniah bro..
bukan senang nak buat apps ni
Mungkin ramai diantara kita yang kerap menggunakan pos laju sebagai courier pilihan. Disini Doktor Komputer mengedarkan satu perisian kalkulator mengira kadar atau kos penghantaran barangan mengikut berat dan lokasi. Anda tidak perlu lagi akses internet untuk mengira sebarang kos penghantaran pos laju. ini amat effisien terutama kakitangan syarikat pengeluar produk jualan.
Nak try juga, tapi nak buat blog android kena bayar, moga leh fhm sikit2 phonegap ni…