Pomade merupakan salah satu produk rambut yang telah lama digunakan sejak kurun ke 19 lagi. Pada waktu itu mengikut sejarah, kebanyakkan pomade menggunakan lemak beruang sebagai salah satu bahan didalamnya. Saya pasti sekarang ini lemak beruang tidak lagi digunakan. Berbeza dengan produk rambut yang lain seperti gel dan minyak rambut, rambut kita tidak akan kering. Ia senang disikat untuk menghasilkan stail rambut ‘ducktail, ‘pompadour’ dan ‘quiff’.

pomade
Hipster Hair

Pomade : Evolusi

Terdapat beberapa jenis pomade yang berada dipasaran, tetapi ianya boleh dikelaskan sebagai ‘petroleum based’ dan ‘water based’. Antara kedua-duanya terdapat kelas yang lain seperti tahap kilatan tahap ‘hold’ untuk mengekalkan bentuk rambut setelah disikat. Saya menggemari ‘water based’ disebabkan ianya mudah dicuci bersih tanpa meningkalkan kesan lekit pada rambut. Selain itu ada juga kaedah tradisional menggunakan lilin lebah dan beberapa bahan yang lain yang lebih semulajadi. Bahan semulajadi ini boleh merawat masalah kelumumur dan masalah kulit kepala yang lain. Kaedah tradisional ini pula boleh dibuat di rumah dengan hanya menggunakan ‘double boiler’.

pomade
Tengah mencuba brand INI

Pomade : DIY Pomade

Saya belum mencuba kaedah seperti dibawah, tetapi mungkin satu hari saya ingin cuba juga. Kaedah ini banyak menggunakan bahan yang mudah didapati dan tidak merbahaya kepada kanak-kanak. Kita boleh menjalankan eksperimen kita sendiri samada ingin lebih berkilat, lebih ‘hold’ atau lebih wangi mengikut citarasa masing-masing. Mungkin satu hari nanti, Jebengotai akan mengeluarkan pomadenya sendiri. 🙂

Jebeng Otai™

5 Replies to “Pomade : Apa yang best?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge