Apa sebenarnya yang boleh kita buat dengan pendrive atau flash drive? Jika hanya sekadar menyimpan gambar, lagu dan fail-fail lain , kita hanyalah menggunakan sedikit sahaja fungsi pendrive. Di dalam entri kali ini, saya senaraikan fungsi lain pendrive yang boleh dicuba oleh sesiapa sahaja.
Pendrive 48GB ( termasuk penghantaran ) = RM115.00 sahaja? ..Klik Sini
Live USB
Kelajuan sesuatu komputer atau laptop bukan hanya bergantung kepada spesifikasi yang tinggi malah sebenarnya lebih kepada sistem operasi atau OS yang digunakan. Bagi mereka yang ingin mencuba perisian lain yang lebih laju seperti Ubuntu atau sistem Linux yang lain, mereka boleh menggunakan pendrive sebagai LiveUsb tanpa membuang sistem Windows yang sedia ada. LiveUsb ini berfungsi apabila OS seperti Ubuntu diinstall ke dalam pendrive tersebut.Cara ini amat mudah dan praktikal sebelum OS Linux ini di install sepenuhnya kedalam komputer tersebut.
ReadyBoost
Kadangkala kita mengeluh kerana komputer kita menjadi perlahan disaat kita memerlukan keupayaan sepenuhnya. Teknologi ReadyBoost telah diperkenalkan sejak dari Windows Vista bagi membantu meningkatkan keupayaan komputer dengan hanya bantuan pendrive. Berbeza dengan harddisk, pendrive lebih laju kerana tidak melibatkan pergerakkan mekanikal ketika menyimpan data. Kelebihan ini boleh digunakan bagi menampung bebanan memory komputer tersebut. Data disimpan sebagai memory sementara sebelum diproses semula.
Aplikasi Mudah Alih @ Portable
Saya menggemari aplikasi mudah alih ini kerana ianya pantas dan mudah digunakan. Bayangkan jika kita boleh membawa semua perisian hanya menggunakan pendrive tanpa perlu install di komputer yang hendak kita gunakan. Aplikasi ini amat penting jika kita mempunyai bookmark di browser ketika membuat assignment. Jika kita berada di tempat dan menggunakan komputer lain, kita hanya perlu memasang pendrive tersebut dan aktifkan browser mudah alih untuk melayari website yang telah ditandakan.
MP3 @ MP4 Player
Kebanyakkan sistem audio ataupun televisyen masa kini telah dilengkapi dengan pemain MP3. Kita tidak perlu lagi membawa kepingan cakera padat untuk memainkan beberapa lagu yang telah disimpan di dalamnya. Hanya menggunakan pendrive, kita boleh menyimpan beribu-ribu lagu bergantung mengikut kapasiti sesuatu pendrive itu. Oleh kerana tiada pergerakkan mekanikal, lagu-lagu dapat diputarkan dengan lancar ketika melalui jalan yang tidak rata.
Keselamatan Komputer
Salah satu aspek penting bagi mengelakkan identiti diri dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab. Pendrive juga boleh digunakan sebagai kekunci khas untuk melindungi komputer digunakan tanpa izin oleh mana-mana pihak. Antara perisian yang boleh digunakan ialah Predator. Perisian ini melindungi komputer setelah pendrive dicabut dari slot USB. Skrin akan menjadi gelap, tetikus dan papan kekunci tidak berfungsi membuatkan penceroboh tidak dapat menggunakan komputer tersebut.
Thumb drive saya tidak lebih pengunaannya sekadar untuk menyimpan fail kerja sahaja.
Byk fungsi sbnrnya..hehe..sy pon simpn file sj..
Pendrive tmpt ternk virus juga..:-)
dulu aku pernah install pelbagai program portable dalam pendrive, malah menjadikan pendrive aku sangat pelbagai fungsi, kalau kat CC xda install winrar, pendrive aku ada, kalau kat CC xda aplikasi PDF, pendrive aku ada dan sedia menjalankan aplikasi portable secara penuh, hehhe
CC = cyber cafe
btul..bile emergency senang jer nk pki..x yah nk download n install π
err..sya baru beli harddisk jenama buffalo… takde nak simpan apa2 pun cuma banyak simpan gambar
hardisk pon leh wat readyboost, simpan portable apps,leh wat mp3 @ media player..liveusb
* pling best leh wat network storage..silap2 leh wat personal cloud π
Kalau ada protable app yang boleh diinstall dalam pendrive tu bolehla kongsikan ye. Selama ni cuma tau pendrive cuma untuk simpan fail je. Pendrive kalau tak dimanafaatkan rasa rugi la pulak.
mmg ade community portable apps ni..
nnt try review top 10 best portable appz..
Sebelum ni pun mak hanya tahu simpan file2 je. Paling tak sangka, point yg blh digunakan utk keselamatan komputer. Lain kali leh buat n3 utk ajar cara2 jadikan pendrive sbg alat keselamatan tu tak??
sbanrnya sy pon x pnah try..tp leh jugak kalo nk cube..nnt sy sharekan reviewnya π
good info ni.. thanks for sharing.. π
sharing is caring π
betul2..pasni xyah beli cd2..masukkan lagu kt pendrive je..eheh
rata2 semua device cam radio,printer dah ade slot utk baca data dri usb..so xyah nk on komputer utk print @ dgr lagu dan tgk citer π
Dah lama tak guna thumb drive ni. Ntah mana aku letak pun tak tau dah. Aku banyak pakai cloud saje skrg ni… mudah access. File2 besar simpan external HD je.. tu pun dah jarang2 pakai..
cloud pon bgus juga..tp kalo ade function direct play @ direct appz mmg best la..mmg kompem xpki pendrive lg..hehe
Assalam..
Selama ni simpan je pendrive tu..
Memang betul, kalau guna komputer lain, macam tak best je sebab apa yang kita nak tak ada di situ..
yela..kdg2 dh pinjam komputer org x leh wat mcm komputer sendiri..hehe
Wow! Yg paling aku suka yg no 1 tu. Nak cuba cari camne nak buat benda ni.
Thanks JO. Mmg caringlah =)
x brape ssh sgt..download mane linux distro..lepastu download linuxlive usb..ikut setup die..lepastu dh leh try..
agak simple..dlm 10-30 minit dh siap.. π
Aku pun kurang guna sgt pendrive…klau guna pun mmg sbg temp storage…tp ada juga pendrive yg aku simpan tuk lagu dan movie..btw nentri yg baik jg ni sbb first time aku tau p/drive digunakan sbg pengganti OS…
kalo guna liveusb ni leh try mane2 os linux terutamanya..mane la tau kot2 dh borink dgn windows..hehe
cube liveusb x yah nk format os dlm komputer..
peh, predator. i like. hehe
hehe..i like jugk..hehe
aku slalu guna utk liveusb jer… wat kerja illegal ckit..
Huiyoo..kdg bosan ngn windows..pki live usb trus..huhu
Memang banyak kegunaan Pen Drive (Flash drive) ni.. Untuk tujuan jahap pun boleh!
Eh.. Typo “Jahat” π
π
Tujuan jahat??..dh salh guna plak..huhu
aku mmg baru nak membeli pendrive…
dah semester akhir baru nak ade.. ehhehe
sedihkan…
sebelum ni pinjam orang punya je…
tapi rasa cam susah je…
tu yang rasa kene beli sendiri…
mmg ssh pon..kdg2 segan jgak slalu pinjam..bio ade pendrive sendiri..lgik best..hehe
p/s: satu kompeni kene virus..gara2 pendrive pinjam2 ni..huhu
sllu buat simpan gamabr anak2 jer patu masuk dlm dvd heee
owh..kumpul gmbr bru burn dvd..ok gak tu..
masa study slu isi assignment dlm tu tak pun mp3 hee…
kalo dulu pendrive 256mb dh kire besar dah..hehe
Thanks, betul apa yg ditulis tu.
Kalau g lab komputer better sediakan portable chrome/mozilla sbb selalunya kat lab ada IE je, hampeh betul. Hahaha
memudahkan kerja dengan hanya membawa pendrive shja.. π
ya. aku setuju sangat tu..
48GB? biar betul? nda pernah dengar pula pendrive 48gb. antara kelima-lima tu, saya guna 4 saja. liveusb tak pernah guna. sebenarnya banyak lagi kegunaan pendrive kalau kita tahu caranya. π
kalo pendrive besar wat live usb mmg best.. π
salam. pendrive sy dah beberapa kali kena virus semasa dicucuk ke PC lain. Jadi sy x leh sebarang cucuk pendrive tu. nanti x pasal2 hilang segala fail….
tu mmg bhya..lgik2 kalo byk file penting..mmg kene backup slalu..
apa korang tulis,aku x paham sebenarnya…saya tau gune pendrive tuk letak filem,citer,dan alih barang jewp
pendrive sy x blh nak tambah file,tapi msh bnyk ruang kosong..knapa ek?
mungkin format lain yg x dpt dibaca windows..
Saya pwrnah guna pen drive untuk pasang Ubuntu sebagai OS komputer.
Ia boleh dikatakan laju juga tanpa pwrlu kita buang Windows XP.
btul tu..x yah nak leceh2 format baru..
boleh tolong pencerahan kalau baru beli pendrive. boleh ajarkan saya bagaimana cara penggunaannya.