Kecoh sebentar apabila sekumpulan mahasiswa yang ditatang bagaikan minyak penuh menuntut ‘ kebebasan akedemik ‘ tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat. Apa yang diperjuangkan adalah menuntut AUKU di mansuhkan kerana pada mereka, ia menghalang ‘ kebebasan akademik ‘ para mahasiswa. Malah lebih mengecewakan, mereka lebih suka memilih pendekatan agresif berbanding duduk berbincang dan bersua muka dengan pihak yang sepatutnya. Dalam perjuangan tersebut ditakuti para mahasiswa ini dipergunakan oleh pihak-pihak yang mengambil kesempatan menimbulkan huru-hara di negara ini.
KLANG: Ceramah menuntut kebebasan akademik anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Dewan Serbaguna Kampung Idaman, di sini, malam tadi kecoh apabila hampir 50 penduduk yang tidak berpuas hati dengan ceramah itu, bertindak mengepung dewan berkenaan.
Dalam kejadian pada jam 8 malam itu, penduduk turut mendesak program terbabit dihentikan serta-merta selain bertindak memecahkan kerusi dan menyelerakkan dewan itu sebelum ceramah bermula.
Kejadian tegang itu berlarutan hampir dua jam, sebelum polis mengambil keputusan mengiringi semua pelajar berkenaan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan bagi tujuan keselamatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamed Mat Yusop, ketika dihubungi, berkata lima individu ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebas pagi semalam selepas polis berpuas hati dengan keterangan diberikan.
“Selain itu, 40 orang turut dipanggil bagi proses kawad cam dan siasatan masih diteruskan daripada pelbagai sudut sebelum kertas siasatan dapat dilengkapkan,” katanya.
Mohamed berkata, selain dibaling kerusi dan batu, siasatan awal mendapati kumpulan mahasiswa itu turut dikejar penduduk kampung ketika mereka ingin keluar dari kawasan terbabit.
“Berdasarkan maklumat diterima, mahasiswa ini mengadakan siri jelajah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan ia menimbulkan kemarahan penduduk sekitar yang bertindak mengejar kumpulan mahasiswa ini,” katanya. Berita Harian
sedar lah wahai anak bangsa..sblum terlmbat dan mensia2kan harapan ibu bapa..
amukan mmg tiada kesudahan huu..
amukkan tidak mengira bertempat…
Assalam..
Belajar sampai habis dulu…
Dah grad nanti buat la nak buat apa pun..
setuju..knpa lah bazirkan peluang..ramai lagi yg nk smbung belajar tp x dpt msuk IPT..
semua x gunakan akal yg diberi..terlalu ikut perasaan..ni la jadinya..
patutnya belajar kasi abih dulu..ni tidak..x pasal2 kena gantung dr belajar..kan sendiri juga da rugi..hadoiiyaii
haha..adoiyaii
3 sem lak tu..1 setgh thun..ruginya..
harap2 mereka sedar dan belajar dulu sehingga berjaya
🙂
P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2 dengan Klik Semua Share Button(Facebook, Twitter, Google + dan LinkedIn) dan Komen di entri(link dibawah) LEBIH Dari 7 Perkataan 🙂
http://denaihati.com/ipad-2-gadget-impian-hans
Sy akan tlg rakan2x..jgn risau..huhu
belajar pun masih tercirit-birit… masih ada hati nak tuntut tu tuntut ni… kasihan.. anak Melayu tu… 🙁
tu la yg sy x phm nya..bende yg x penting dijdikkan isu besar..
isu ini dh lama dah.. huhuhuhu
aah dh lama..dh dijatuhkan hukuman gantung sem..cume x setuju kenapa die x hargai masa mudanya utk timba ilmu pengetahuan..