Saya selalu tertarik dengan Doodle oleh Google. Pada hari ini, Doodle berkisar tentang penemuan NASA terbaru iaitu 7 exoplanet yang bersaiz seakan-akan saiz Bumi kita.Apa yang lebih menarik ialah ketujuh-tujuh planet itu terletak didalam sistem bintang Trappist-1. Penemuan ini memecahkan rekod semasa kerana mereka berjaya menemukan 7 planet yang mempunyai air dimana 3 daripadanya boleh menampung kehidupan didalam 1 sistem bintang.
Penemuan NASA : Trappist-1
Bintang didalam sistem Trappist-1 ini tidaklah seperti sistem Matahari kita. Bintang kecil atau ‘ultra cool dwarf’ ini lebih rendah suhunya berbanding Matahari. Ianya sejuk sehingga air di planet-planetnya kekal dalam bentuk cecair walaupun berdekatan dengan bintang tersebut. Dan lebih menariknya ketujuh-tujuh planet itu terletak sangat dekat dengan bintangnya sepeti jarak Matahari dan Utarid. Dan mengikut sumber, disebabkan jaraknya yang dekat, seseorang boleh melihat planet bersebelahan dengan jelas kerana ianya lebih besar dari bulan dilihat dari Bumi.
Penemuan NASA : Siang dan Malam
Beberapa maklumat yang didapati planet-planet di sistem ini adalah ‘tidal lock’. Ianya tidak berputar pada paksinya sendiri atau bermaksud, sebahagian planet adalah siang dan sebahagiannya pula malam. Ini turut memberi kesan kepada cuacanya, dan kemungkinan besar cuacanya tidak seperti Bumi. Perubahan cuaca yang ektrem atau tiupan angin yang kuat dari bahagian yang siang ke bahagian yang malam.
Penemuan NASA : Spitzer
Operasi Spitzer telah dijalankan selama 14 tahun dan baru membuahkan hasil. Disebabkan kejayaan ini, pihak NASA turut mengerahkan teleskop Hubble, Keppler dan Webb untuk mengesan komposisi seperi air, gas, suhu dan sebagainya untuk membuktikan planet ini boleh dihuni. Selalunya kita melihat dalam siri dokumentari National Geographic mereka melihat ke angkasa dan mempunyai satu soalan besar adakah kita berseorangan di dunia ini?
This discovery could be a significant piece in the puzzle of finding habitable environments, places that are conducive to life,” said Thomas Zurbuchen, associate administrator of the agency’s Science Mission Directorate in Washington. “Answering the question ‘are we alone’ is a top science priority and finding so many planets like these for the first time in the habitable zone is a remarkable step forward toward that goal.
NASA
Sumber :
https://www.nasa.gov/press-release/nasa-telescope-reveals-largest-batch-of-earth-size-habitable-zone-planets-around
https://www.nasa.gov/spitzer
https://exoplanets.nasa.gov/trappist1