Pada tahun 2014, Michigan State University telah berjaya menghasilkan ‘pengumpul tenaga solar’ yang lutsinar, sekaligus boleh digunakan sebagai tingkap atau paparan telefon bimbit yang berfungsi menghasilkan tenaga elekrik. Konsep yang sama kepada panel solar photovoltaic, cuma ianya agak mustahil untuk menjadikkan panel solar biasa bersifat lutsinar. Atas sebab itulah, ianya sukar untuk ditempatkan di bahagian terutamanya tingkap bangunan yang rata-rata akan menggunakan bahan seperti kaca atau plastik lutsinar.
Panel Solar Lutsinar : Bagaimana Berfungsi
Cahaya matahari adalah salah satu spektrum elektromagnet. Cahaya ‘nampak’ akan melalui terus melalui panel kaca ini. Bagi sinaran seperti UV atau inframerah akan terperangkap oleh TLSC atau ‘transparent luminescent solar concentrator’. Bahan ini menggunakan ‘garam organic’ dimana menukar sinar UV tadi kepada sinar inframerah. Cahaya yang ditukar tadi akan disalurkan kepada bahagian tepi kaca yang dipasang panel solar konvensional.
Panel Solar Lutsinar : Efisien
Kadar efisien panel solar lutsinar ini adalah 1% sahaja, manakala panel yang tidak lutsinar mencapai sehingga 7%. Para pengkaji mengatakan 10% efisien adalah sangat memadai, kerana jika digunakan pada keseluruhan tingkap bangunan ia akan memberi impak penjimatan tenaga yang besar. Selain itu keunikan sifat lutsinar ini boleh digunakan di beberapa peralatan seperti telefon pintar dimana ianay boleh mengecas setiap masa asalkan terdedah kepada cahaya matahari.
Panel Solar Lutsinar : Masa depan
Mungkin ianya akan dikeluarkan beberapa tahun akan datang. Pilihan untuk memasang panel solar lutsinar ini pada saya adalah sesuatu yang baik. Selain mengurangkan jejak karbon, ianya adalah usaha yang pada saya lebih bermanfaat dari sambutan ‘Earth Hour’ dimana menutup bekalan elektrik selama 1 jam tidak memberi kesan apa-apa. Ada yang berpendapat, sambutan itu lebih membawa keburukan kerana selama 1 jam penghasilan tenaga elektrik dari janakuasa tidak digunakan sepenuhnya. Ianya adalah salah satu pembaziran kerana sistem elektrik bukanlah seperti sistem bateri atau tenaga itu disimpan untuk digunakan.
Wahhh sangat bagus.. boleh mengurangkan penggunaan elektrik nanti..hehe
kalo hrga die lebih murah..apa salahnya kan..hehe