Episod kali ini merupakan kemuncak pergelutan antara Luffy, Trafalgar Law dan berkemungkinan besar bertemu seterunya Caesar Clown, bekas pembantu Vegapunk. Krew Luffy telah mengalami sedikit masalah kerana ada diantaranya telah ditukar roh dan diletakkan didalam jasad krew-krewnya yang lain. Abiliti unik Trafalgar ini amat pelik. Berbagai krisis dihadapi krew Topi Jerami (Strawhat) seperti kanak-kanak gergasi yang dikurung oleh Caesar Clown, yang telah diberikan dadah berbentuk gula-gula manakala Smoker dan pasukan Marin pula telah dikalahkan oleh Trafalgar. Tidak pasti pula Trafalgar memihak kepada pihak yang mana kerana semua tindakannya seperti ingin mencari sesuatu di pulau itu. Adakah kemelut CAesar Clown, Trafalgar dan Luffy akan berakhir dengan pertarungan?

Entri ini bukanlah sinopsis sebenar episod terbaru One Piece. Hanya sekadar menguji keberkesanan SEO menggunakan salah satu manga Jepun iaitu One Piece yang merupakan antara paling popular didunia selain Naruto dan Bleach. Saya amat meminati karya Ichiro Oda ini kerana ia lain dari yang lain. Ia berkisar tentang pengembaraan lanun Monkey D. Luffy untuk mendapatkan One Piece yang dikatakan himpunan harta karun Gold D. Roger. Apa yang pasti samada khabar angin itu benar atupun tidak, Luffy meneruskan pengembaraan untuk menggapai One Piece yang pada hemah saya ia merupakan simbol tidak putus asa dan terus maju ke depan mencapai impian.

Ronoroa Zoro
Walaupun Luffy merupakan watak yang hebat dan paling kuat antara lanun Topi Jerami, saya lebih meminati Ronoroa Zoro. Setelah berlatih selama dua tahun dibawah pemantau Hawkeye Mihawk, Zoro semakin hebat dan setiap serangannya tangkas dan jitu. Karekter yang diilhamkan Oda ini, tampak menarik dan perwatakan yang berkesan kerana semua jenis teknik pedang, nama ‘Meitou’ dan usaha untuk menjadi pemedang terunggul didunia memang berbeza dari watak mangaka lain. Nama-nama pedang terbarunya ialah :-

  • Sandai Kitestsu – pernah mengorbankan pemiliknya dan terkena sumpahan.
  • Shisui – pedang ini dikatakan mempunyai semangat jahat dan agak liar.
  • Wado Ichimonji – dihadiahkan oleh gurunya dan merupakan pedang Kuina.

JebengOtaiβ„’

95 Replies to “One Piece 667

      1. aku dan tercangkuk mesti nak tahu apa yang terjadi lepas tu.samalah masa zaman komik hong kong dulu kalau dah sekali dua baca sampai khatam lah jawabnya.aku suggest tengok anime dulu 25episode je baru baca memang brutal habis.
        onlajer recently posted..Masa untuk jadi budak-budakMy Profile

  1. Dari kecik sampai besar memang tak berpeluang tengok katun. Komik jauh sekali. Hidup dalam keluarga yang cuma cukup untuk makan tidak memungkinkan untuk tengok tv. Sekarang bila dah ada peluang tu,cuma mampu dengar cerita dari kawan-kawan kehebatan watak2 tu semua.

  2. Anime, aku minat yg related to Gundam and Macross aje. Tapi kalau komik, ada dua kotak penuh kat rumah. Mostly from Marvel and DC aje. Kalau kau rasa tua, aku rasa .. aku lagi tau kut πŸ™‚

  3. normally.chii sekadar layan anime yg x panjang sgt episodnya..cthnya full metal panic,azumanga daioh,Ouran high school host club..ehehe..

  4. Aku memang tak tahu nak layan kartun2 ni sumer,.. tak paham dibuatnya. Aku pernah layan komik Pendekar Laut & Pedang Setiawan je dulu2. Bila dah kluar versi2 yang kemudian tu,.. mula aku pening tak paham sebab banyak sangat dah πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge