Mengikut pengalaman saya yang sedikit ini, inilah kali pertama saya menetap di hotel berkonsep ‘business travel’ di Malaysia. Pada asalnya tiada niat untuk menempah hotel Nexus Business Suite. Kerana pada awalnya saya hanya menetapkan budget penginapan termasuk sarapan pagi tidak melebihi RM 250 untuk 1 malam. Akhirnya saya menempah bilik ‘Deluxe Suite’. Hotel ini agak lain sedikit. Ianya sangat luas dan memang direka seperti ruang kerja.

Nexus Business Suite : Lokasi

Lokasi hotel Nexus Business Suite ini terletak berdekatan dengan kawasan perindustrian di Shah Alam. Ya, mungkin ini bukan tarikan utama untuk menginap disini sebagai pelancong. Bagi mereka yang mempunyai urusan kerja di kawasan sekitar, ianya adalah salah satu pilihan yang tepat. Selesa, luas dan harga agak berpatutan. Hotel ini mempunyai ruang parking bawah tanah yang dikawal oleh pengawal keselamatan.

Nexus Business Suite : Kemasan

Ketika membuka pintu bilik, kita akan melalui ruang dapur atau pantry dilengkapi meja makan. Minibar, sinki dan peralatan makan lain disediakan. Dan ketika pintu bilik dibuka, ruang tidur agak luas. Meja tulis dan lampu meja disediakan bagi mereka yang mempunyai tugasan yang perlu disiapkan. Kelengkapan mandian juga disediakan dan diletakkan didalam kotak disusun rapi. Terdapat 8 siaran sahaja di TV dan terdapat ruang kosong di ruang menonton TV. Saya rasa, bilik ini boleh memuatkan 4 hingga 6 orang pada satu-satu masa jika menggunakan tilam tambahan. Secara keseluruhan ianya pengalaman baru, cuma sambungan WIFI tidaklah memberangsangkan. Mungkin ketika saya menginap bukan waktu puncak, sarapan yang disediakan agak terhad mengikut tetamu hotel. Nasi goreng, nasi lemak, mee goreng dan beberapa menu ‘western’ yang lain. Secara keseluruhan, dengan fasiliti dan sarapan yang disediakan harga yang ditawarkan agak berbaloi.



Booking.com

Jebeng Otaiā„¢

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge