Nadal lawan Ronaldo

Selain ayat ‘power’, kreativiti memang diperlukan untuk melariskan jualan. Ia ibarat menjual produk tanpa menggunakan kata-kata atau produk itu sendiri yang ‘bercakap’ dengan sendirinya. Lebih-lebih lagi syarikat besar seperti Nike yang perlu berfikir diluar kotak dan lain dari yang lain untuk mempromosikan produk terbaru mereka. Siapa yang tidak kenal atlit ternama seperti Christiano Ronaldo dalam sukan bola sepak dan Nadal dalam sukan tenis. Kedua-duanya merupakan atlit yang disegani yang banyak melakar kejayaan dipentas dunia. Tetapi tiada siapa sangka yang mereka ini ditemukan didalam iklan Nadal lawan Ronaldo didalam promosi Mercurial Vapor V111 yang terbaru. Anehnya mereka berlainan bidang tetapi boleh menghasilkan iklan yang agak mengagumkan. Secara sinisnya, Nike ingin menyatakan but bola keluaran terbarunya lebih pantas dari pemain tenis yang melakukan servis. Sehinggakan Nadal sendiri inginkan but yang dipakai oleh Christiano Ronaldo.

[media url=”http://www.youtube.com/watch?v=J-Psu-x-KSA” width=”600″ height=”400″]

Jika difikir secara logik, agak mustahil untuk Christiano Ronaldo menyambut servis Nadal tanpa menggunakan raket. Ia lebih kepada gimik tetapi ianya agak menghiburkan dengan ‘teaser’ terbaru ini. Kadangkala, persaingan hebat antara Nike dan jenama lain boleh mencetuskan idea dan kreativiti yang luar biasa. Tetapi ada persaingan yang tidak dapat memberi manfaat seperti yang berlaku antara Samsung dan Apple. Ia merugikan antara satu sama lain tetapi mungkin ini adalah sesuatu yang telah dijangka ataupun ia adalah salah satu laluan kreativiti untuk bidang pembuatan gadget pintar ini.

Jebeng Otaiโ„ข
Best dpt sponsor dgn nike ni.. ๐Ÿ™‚

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 25 Comments

  1. zool

    memang cool iklan ni.. ronaldo memang handal

    1. zool

      Nadal memang ada bakat main bola tapi dia pilih tenis

      1. hatiputera

        sebab dia tahu tak mampu lawan ronaldo. pasal itu dia pilih sukan tenis.

        1. zool

          oo camtu rupanya

  2. akubiomed

    Kalau betul-betul Nadal servis mahu bocor kepala Ronaldo. ๐Ÿ™‚

    1. hatiputera

      mau nyer tak bocor, servis nadal laju tu.

  3. hatiputera

    kekadang iklan yang nampak tak logik itulah yang melariskan jualan.

    1. rahman

      kebanyakan iklan memang tak logik

  4. anif

    Wahahaha.. Kaki bangku kalau dapat kasut tu.. boleh terus pandai main bola wooo ๐Ÿ˜€

    1. shraqs

      Sebab tu ramai yang beli kasut bola mahal2, walhal tak tau main pun. ๐Ÿ™‚

  5. sollehahn

    pd aku, persaingan samsung dengan apple ada manfaat tersendiri. cuma mungkin pengguna masih tak nampak sekarang. apple & samsung masing2 memperbanyak variasi device. apple akan kuarkan ipad mini utk bersaing dengan galaxy tab. samsung kuarkan s3 mini utk pengguna yang tak suka device yang besar.

  6. papa mifz

    oh ada iklan nih ke,tak pasan lak…

  7. keretahitam

    Taktik iklan mempromosikan barangan memang diluar kotak fikiran kalau jenama besar…cuba kita praktikan kat sini untuk jenama tempatan contoh Proton,Perodua…agaknya boleh tak?…

  8. ariff

    peh..best giler iklan ni..

  9. saufi

    teknik pemasaran menggunakan brand yg sedia maklum diketahui umum, mmg senang.. xperlu susah2.. guna aje duta drioang dan buat mcm2.. mesti org akan tgk dan produk terus diketahui umum..

  10. titan

    kan main ko ronaldo ek. cuba main badminton plak la kalau berani. haha..

    1. rahman

      ajak dia main guli jer,, belum tentu dia boleh menang.. huhu ๐Ÿ™‚

  11. cikgu naman

    fulamak..terbaik la iklan ni..Nadal memang dari kecik minat sukan bola kalau xsilap..tu kadangยฒ tengah lawan tenis pun dia tunjuk skill timbang bola pakai bola tenis

  12. hafizmd

    Ronaldo vs Nadal. Hebat Nike dapat pikat dua ahli sukan terbaik ni.

    Iklan camni mmg menarik! Dasat tu..

  13. Dulu Lain Sekarang Lain

    Nike mmg pandai buat iklan2 yg menarik. Depa pon kena compete dgn adidas, so tak leh buat iklan cincai. Kelebihan Nike, lebih banyak bintang glamour dgn mereka. Cuma adidas ada Messi…

  14. shraqs

    Kalau bola, player aku tak kisah sangat,.. lebih suka tengok satu team.
    BTW, iklan Nike memang selalu kreatif lah.

  15. Hafizul

    memang menarik..iklan semata-mata kan…hehe

  16. iAwani

    … saya banyak membaca tentang cara Nike memasarkan produknya. Satu hal yang pasti, Nike bijak menyambar bintang-bintang sukan kemudian kerap mengeluarkan iklan dalam bentuk video serta poster. They honor the stars!

  17. beckhr00y

    gila lah skill Ronaldo tu, walaupun tau tu gimik tapi tetap kagum juga

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.