Moneyball : Statistik vs Pengalaman

#Torrentbox saya sudah berjaya beroperasi. Untuk ujikaji pertama saya telah memilih cerita ‘Moneyball’ yang dilakonkan oleh Brad Pit membawa watak Billy Beane, jurulatih ‘baseball’ Oakland Atletics. Pada mulanya saya skeptikal setiap filem Hollywood dengan beranggapan cerita mereka hanya rekaan, tetapi sangkaan saya meleset. Ia benar-benar terjadi. Secara ringkasnya saya, pasukan ini berada di kedudukan bawah liga ‘baseball’ dengan kekalahan bagi setiap perlawanan yang mereka hadapi. Ia bermula selepas 3 pemain utamanya di tawarkan kontrak jutaan ringgit dan meninggalkan kelab mereka dalam keadaan terkuntang kanting untuk memilih pemain baru menggantikan 3 slot kekosongan. Disini, ‘scout’ mereka bermesyuarat bagi memilih pemain yang terbaik untuk kelab mereka. Walau bagaimanapun, dana tambahan yang diminta oleh Billy Beane tidak diluluskan kerana prestasi kelab yang teruk. Bahagian ‘scout’ pula tidak menyedari masalah dana ini dan dari pengalaman mereka, mereka mencadangkan nama-nama hebat yang bernilai tinggi sedangkan kelab tidak mempunyai budget yang cukup untuk menawarkan kontrak.

Moneyball

Moneyball : Economist
Pada suatu hari, Billy Beane telah menemui seorang pemuda yang mempunyai kelulusan Ekonomi bekerja kelab ‘baseball’ terkemuka untuk membeli pemain mereka gagal. Kegagalan urusan jual beli itu adalah disebabkan oleh pemuda ini. Dia berasa hairan dan bertanyakan siapa dia. Akhirnya dia tertarik dengan teori ‘Moneyball’ yang digunakan dan mengambilnya bekerja sebagai penasihat. Sebagai tugasan pertama, Billy Beane meminta 3 pemain untuk dipilih tetapi pemuda ini menyediakan 50 senarai nama pemain.

Moneyball : Sukar
Pada awalnya agak sukar kerana Billy Beane ditentang oleh ‘scout’nya sendiri kerana mereka beranggapan, pengalaman lebih baik dari statistikk dan nombor semata. Begitu juga dengan jurulatihnya, tidak mahu menggunakan pemain gantian yang dipilih Billy Beane kerana mengikut pengalaman mereka, pemain-pemain ini bermasalah walaupun sebenarnya mereka berbakat tinggi. Pemain-pemain yang dipilih terdiri dari pemain ‘undervalue’ disebabkan kecederaan lepas, masalah displin dan sudah berusia. Keputusan sukar dibuat, Billy Beane terpaksa menjual pemain untuk tidak memberikan jurulatih itu alasan lagi tidak menggunakan pemain yang dipilih melalui teori ‘Moneyball’.

The Moneyball thesis is simple: Using statistical analysis, small-market teams can compete by buying assets that are undervalued by other teams and selling ones that are overvalued by other teams. Kredit

Moneyball : Berturut-turut
Pelbagai halangan dilalui dan kelab Oakland A’ berjaya memenangi 20 perlawanan serentak. Memang mengejutkan pelbagai pihak terutamanya yang mengutuk dan memandang rendah beliau. Teori ini berjaya kerana pemain yang berharga tinggi tidak semestinya berbakat manakala yang berharga rendah adalah sebaliknya. Bahasa mudahnya, ‘best value for money’.

JebengOtai™
Salah satu cerita yang best untuk ditonton..statistik dan kebarangkalian mmg berkait rapat dalam kehidupan..setakat ini, ‘moneyball’ gagal digunakan didalam sukan bola..terlalu sukar dan banyak parameter yang perlu diambil kira..mungkin org kita sendiri leh terbitkan teori yang sama untuk sukan bola sepak pula.. 🙂

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has 3 Comments

  1. pahan

    ada masa nanti akan tengok ct ni.hehe. macm best je.

  2. Juan

    ulasan menarik ni yg buat aku nak tonton nih

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.