Masalah Entry-Title Google Webmaster

Dari masa ke masa kita akan mempelajari sesuatu yang baru jika kita mempunyai laman sesawang seperti masalah entry-title ini. Belajar dari masalah merupakan lumrah kehidupan manusia. Dalam pembinaan laman sesawang, ,kita pasti akan menemukan masalah ‘entry-title’ atau ‘hentry’ di Google Webmaster. Pada awalnya bingung juga memikirkan apakah masalah sebenarnya. Secara ringkasnya, bot enjin carian tidak memahami apa isi kandungan entri kita. Bot ini akan mengambil data kita tanpa mengetahui apa yang ingin kita sampaikan. Ia juga turut mempengaruhi SEO kerana ‘stuctured data’ atau lebih mudah susunan isi kandungan ini akan dipaparkan pada enjin carian jika kita memenuhi kriteria yang dikehendaki sebab bot tidak tahu mana satu tajuk, isi kandungan, tag dan sebagainya.

masalah entry-title

Masalah Entry-Title : Microformat.org atau Schema.org

Terdapat pelbagai cara untuk menyusun data dengan lebih tepat sesuai dengan apa yang dikehendaki. Kita boleh menggunakan satu atau beberapa format sekaligus untuk memberitahu bot enjin carian tentang susunan data kita dengan betul. Cuma jika terlalu banyak, kod yang digunakan akan menjadi semakin kompleks dan agak sukar untuk mematuhi setiap format. Pada pendapat saya, gunakan 2 sahaja sudah memadai.

Masalah Entry-Title : entry-title, author dan updated

Masalah berikut selalunya terjadi pada laman sesawang yang menggunakan CMS seperti WordPress. Ini kerana, tema atau ‘template’ yang digunakan tidak direka untuk menggunakan Microformat dan Schema. Entry ini pula adalah menerangkan bagaimana ingin memperbaiki masalah ‘entry-title’ dan microformat amnya.

// “Error: Missing required field “entry-title”.”
// cari kod seperti dibawah pada tema / template
<h1 class="title single-title"><?php the_title(); ?></h1>

// tambah class micoformat entry-title
<h1 class="title single-title entry-title"><?php the_title(); ?></h1>

// ” Error: Missing required field “updated”.”
<span class="post_date"><?php the_time('j F,Y'); ?></span>

// tambah class microformat updated
<span class="post_date date updated"><?php the_time('j F,Y'); ?></span>

// “Error: Missing required hCard “author”.”
<span class="theauthor"><?php the_author(); ?></span>

// tambah class microformat seperti dibawah
<span class="vcard author">
<span class="fn"><?php the_author(); ?></span>
</span>

Masalah Entry-Title : hentry

Sebelum memulakan proses mengedit tema, sila pastikan kedudukan div hentry dahulu. Ini kerana, jika masalah ‘entry-title’ terletak diluar dari div ‘hentry’, Google masih lagi menunjukkan notifikasi ‘error’ didalam Google Webmaster atau didalam ‘testing tool Google‘ ini. Agak lama juga saya memikirkan masalah ini dan pelbagai kaedah saya gunakan tetapi tidak berjaya disebabkan terletak di luar div hentry.

Sumber :

Jebeng Otaiā„¢
kurang 1 masalah..

jebengotai

Menulis sekadar perkongsian. Memberi info dari pembacaan, pengalaman dan kajian dari penulis. Mungkin dari sini, pandangan kita dapat diperluaskan. - Freelance VPS setup ( NGINX + Pagespeed + Vesta ) - Part-Time Blogger

This Post Has One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.